Mungkin ada yang kata laksa di sini biasa-biasa sahaja. Tapi bagi penulis yang selalu mencuba laksa, Laksa Zakaria Teluk Kechai memang ‘power’.
Kalau nak datang sini tak ramai orang memang susah. Setiap hari pasti ramai orang di sini. Ruang makan semuanya dipenuhi pengunjung, tidak ada meja kosong.
Pengunjung bukan saja menikmati laksa di restoran yang terletak bersebelahan sawah padi, namun ramai memesan laksa untuk bungkus dibawa pulang. Ada yang bungkus berkilo-kilo.
Faktor penting untuk memastikan laksa itu sedap dan menjadi kegilaan ramai ialah kuahnya. Kuahnya pekat, laksa ‘gebu’ dan lembut, sebaik saja masuk ke mulut, memang tak terkata. Begitulah keenakan dan penangan Laksa Zakaria Teluk Kechai.
Ramuan yang di gunakan adalah resipi turun-temurun keluarga. Antara nilai tambah yang mereka gunakan bersama kuah ialah sambal kelapa. Sambal kelapa di anggap sebagai perencah tambahan nak bagi ‘kick’ kuah laksa berkenaan. Mereka juga menggunakan isi ikan selayang atau sardin untuk memastikan kuahnya tidak terlalu pekat atau cair, ia perlu setara.
Laksa beras yang digunakan juga bukan yang dibeli di kilang. Dihasilkan sendiri oleh mereka. Laksa yang sudah siap dikilang, rata-ratanya liat, campuran tepungnya tidak sekata, bila kita makan tak sedap. Laksa beras yang dibuat sendiri mempunyai tekstur yang gebu dan sedap. Makan dengan kicap pun sedap.
Kedai makan ini menjadi tumpuan kerana terletak berdekatan dengan Jeti Kuala Kedah. Iaitu pintu masuk utama ke Pulau Langkawi. Ramai yang pulang bercuti dari Langkawi akan singgah ke kedai makan ini.
Di sini juga ada di jual sate yang sedap. Kuah kacang likat dan berbeza dengan kedai lain. Sebelum pesanan laksa sampai anda boleh makan dahulu nasi lemak daun pisang yang tersedia di atas meja.
Perniagaan Laksa Zakaria Sekeluarga, Teluk Kechai
Lokasi: Alamat: No 250, Jalan Kuala Kedah, Teluk Kechai, Alor Setar, Kedah (berdekatan Masjid Teluk Kechai)
GPS: 6.094 999, 100.320 231
Masa operasi: Setiap hari (12 tengah hari hingga 8 malam)