Jika bercuti ke utara, selain nasi kandar, laksa juga menjadi salah satu juadah popular yang sering dicari. Kalau tengah cari nak makan yang santai dan best di Langkawi, boleh terjah Laksa Power Pantai Airport. Laksa Power salah satu tempat menarik di Pulau Langkawi untuk makan-makan. Terletak di sebelah Lapangan Terbang Langkawi, ia menyajikan pemandangan yang santai, udara yang nyaman sambil menikmati pemandangan pantai dan kapal terbang berlepas dan mendarat. Di sepanjang jalan di belakang airport terdapat banyak gerai jual makanan. Namun gerai Laksa Power yang sentiasa ramai orang kunjungi. Dah nama pun Laksa Power, hidangan paling best sudah tentu laksa.
Banyak makanan yang ada dijual di sini, antaranya rojak, pasembur, bihun sup, nasi ayam, cendol pulut, char kuey teow dan juga laksa. Waktu petang paling sesuai datang ke sini. Tak panas dan angin sepoi-sepoi bahasa. Lepak sambil tunggu matahari terbenam pun best juga.
Memang tak dapat dinafikan Laksa Power Pantai Airport memang sedap. Kalau tengok gambar boleh nampak kuahnya yang pekat dengan isian ikan. Ditambah lagi dengan telur rebus. Memang lengkap!
Laksa ini rasanya lain macam sikit memang mengancam bila makan, tengok simple jea, rasanya originality nikmat laksa itu memang terasa.
Sekali anda cuba pasti nak lagi. Kuah laksanya cukup pekat. Kemanisan isi ikan boleh dirasai apabila menghirup kuahnya
Pasembur atau lebih dikenali dengan Rojak Mahsuri disini memang harus dipuji. Sedap! Harga pasembur ikut apa yang kita ambil. Cuba jangan bandingkan dengan rasa rojak Penang. Cuma Rojak Mahsuri ni punya rasa yang tersendiri. Paling penting harga berpatutan.
Kedainya simple sampai satu tahap memang penuh. Laksa disini pernah viral bukan saja di Malaysia malah di luar negara. Kebanyakan yang nak datang makan di sini sebab nak layan suasana pantai. Sambil tu tengok kapal terbang.
Lagipun di sini senang nak parking. Kawasan luas. Dah penat-penat shopping atau berjalan-jalan, boleh singgah di sini.
Okay apa kata yang nak ke Langkawi tu boleh singgah Laksa Power Pantai Airport Langkawi. Masukkan di dalam jadual tempat amkan yang wajib disinggah.