Terdapat pelbagai khasiat ketumbar yang mungkin anda tidak tahu. Ketumbar sememangnya herba yang pasti ada di dapur anda. Ketumbar merupakan pasli Cina, disebabkan itu banyak masakan cina yang menggunakan daun ketumbar.
Selain daunnya yang mempunyai bau yang unik, herba ketumbar ini juga menjadi salah satu perasa penyedap masakan. Di Amerika Syarikat, daun ketumbar dikenali sebagai cilantro, manakala biji ketumbar dikenali sebagai coriander.
Selain itu, banyak hidangan Timur Tengah dan Asia yang menggunakan ketumbar dalam masakan mereka. Contohnya seperti, sup, salsa, kari, masala dan masakan Thailand seperti tomyam. Selain dari menyedapkan masakan anda, ternyata ketumbar juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Jom baca artikel di bawah untuk mengetahui manfaat ketumbar.
Air rendaman ketumbar akan memberi manfaat kepada kesihatan selagi anda mengkonsumi ketumbar dengan tepat dan tidak berlebihan. Bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap ketumbar, penderita penyakit hati, gangguan pernapasan dan mereka yang mempunyai kulit sensitif tidak boleh mengkonsumi air rebusan ketumbar ini.
Antara khasiat ketumbar ialah dapat mengurangkan pertumbuhan sel kanser terutamanya prostat dan payudara. Terdapat satu penelitian yang dijalankan menunjukkan rempah latin Coriandrum sativum menunjukkan ramuan yang terdapat di dalam rempah ini membantu mengurangi kanser ini.
Kandungan yang terdapat di dalam ketumbar dapat menghindari pengumpulan sel kanser yang mampu menjadikan kondisi lebih teruk. Terdapat juga penilitian yang menunjukkan ketumbar mempunyai efek anti kanser terhadap sel kanser payudara.
Salah satu manfaat ketumbar yang lain adalah dapat menurunkan gula darah. Biji ketumbar, ekstrak ketumbar mahupun minyaknya dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Penelitian menunjukkan, biji ketumbar membantu mengurangi gula dengan meningkatkan enzim dan seterusnya menghilangkan gula yang terdapat di dalam darah.
Air ketumbar ini sememangnya sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah diabetes. Hal ini kerana, ketumbar mempunyai serat yang cukup tinggi. Selain itu, ketumbar juga membantu meningkatkan penghasilan insulin dengan merangsang kelenjar endokrin. Disebabkan itu, ramai yang mula meminum air ketumbar bagi mengurangkan kandungan gula dalam darah mereka.
Selain manfaat di atas, ternyata ketumbar juga dapat membantu kesihatan otak manusia. Daun ketumbar sangat terkenal dengan sifat antioksidannya, disebabkan itu, ekstrak ketumbar dapat melindungi otak manusia daripada kerosakan sel saraf seperti sawan yang disebabkan oleh dadah dari ubat yang dikonsumi.
Terdapat pelbagai penyakit otak seperti Parkinson, Alzheimer, dan multiple sclerosis, dikaitkan dengan keradangan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa daun ketumbar mampu meningkatkan daya ingatan yang dapat membantu mereka yang mengalami penyakit Alzheimer.
Jika anda mempunyai masalah pencernaan, meminum air rendaman daun ketumbar mungkin dapat membantu. Hal ini disebabkan kandungan antioksidan yang mampu membantu merenggangkan usus. Minyak ketumbar yang diekstrak membantu mempercepatkan dan menggalakkan pencernaan perut yang sihat.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, ubat yang mengandungi ketumbar yang dikonsumi sebanyak 3 kali sehari mampu mengubat sakit perut, masalah perut kembung dan ketidakselesaan di perut. Bagi mereka yang mengalami sindrom usus rosak juga sangat disarankan untuk mengkonsumi ekstrak daun ketumbar ini.
Sekiranya anda kurang selera makan, apa kata tambahkan ekstrak ketumbar ke dalam masakan mahupun makanan anda. Hal ini kerana, terdapat satu kajian yang dijalankan terhadap seekor tikus. Tikus tersebut dilihat makan lebih banyak berbanding tikus yang hanya diletakkan air yang biasa.
Ekstrak ketumbar ini juga telah digunakan sebagai perangsang selera dalam perubatan tradisional Iran. Terdapat catatan yang menyatakan bahawa ramuan ekstrak ketumbar dapat meningkatkan nafsu makan secara signifikasi.
Bagi para wanita, khasiat ketumbar yang satu ini pasti akan menarik perhatian anda. Selain dari dapat menyihatkan badan, ketumbar juga dapat menyihatkan kulit dan rambut. Air ketumbar dapat merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan membantu kulit muka dari naiknya jerawat.
Bagi mereka yang mempunyai ruam-ruam juga dapat menggunakan air ketumbar untuk melegakan ruam tersebut. Terdapat kajian yang dilakukan menyatakan bahawa antioksidan yang terdapat di dalam ketumbar membantu mencegah sel yang dapat menyebabkan kerosakan kulit. Ketumbar mampu melambatkan proses peenuaan dan membaiki kerosakan kulit akibat sinaran ultraviolet B.
Menariknya lagi, air rendaman ketumbar juga dapat mengatasi masalah kulit berminyak dan dapat membantu mencerahkan kulit wajah anda. Selain itu, ketumbar dapat membantu menghindari kulit dari iritasi dan jangkitan yang dapat merosakkan kulit muka.
Seperti yang anda ketahui, kesemua bahagian ketumbar boleh dimakan di mulai dari daun, batang sehinggalah bijinya. Walaupun begitu, rasa daun ketumbar dan biji ketumbar sangat berbeza. Disebabkan ketumbar yang mempunyai banyak khasiat dan rendah kolesterol, ketumbar sangat bermanfaat untuk digunakan bagi mereka yang sedang berdiet.
Biji ketumbar boleh ditambah kepada makanan yang dibakar dan sayur seperti sayur jeruk, dan hidangan panggang. Hal ini kerana, biji ketumbar akan mengeluarkan aroma yang unik Ketika dipanaskan. Biji ini kebiasaannya akan dikisar sebelum digunakan di dalam pes atau doh.
Berbanding dengan biji ketumbar, daun ketumbar kebiasaannya digunakan untuk dimasukkan ke dalam sup, salad, salsa tomato ataupun masakan Thai seperti mi Thai. Daun ini juga dapat digunakan untuk membuat pes burrito atau sos perapan.
Selain dari khasiat yang telah dinyatakan di atas, ketumbar juga dapat memperkuatkan imunisasi badan. Antioksidan yang terdapat di dalam ketumbar sangat tinggi sehingga mampu menghalang radiasi bebas dan seterusnya mencegah kerosakan sel dalam tubuh badan.
Selain itu, ia juga bermanfaat untuk mencegah batuk. Hal ini kerana, kandungan ketumbar yang terdapat antioksidan berfungsi sama seperti vitamin C. Sistem imun inilah yang membuatkan virus dan bakteria susah untuk menjangkiti tubuh manusia.
Khasiat ketumbar juga adalah mampu memberikan nutrisi pada mata. Ketumbar yang mempunyai vitamin C mampu membentuk jaringan yang memerangkap kolagen di kornea mata. Bukan itu sahaja, ketumbar juga menjaga pembuluh darah supaya tetap kuat dan fleksibel. Ketumbar juga mengandungi nutrisi beta karoten.
Beta karoten ini biasanya terdapat di dalam tumbuhan yang berwarna berwarna merah, kuning, dan oren. Manfaat yang terdapat pada beta karoten ini termasuk membantu mencegah rabun ayam, katarak dan degenerasi makula.
Kesimpulan
Ketumbar sememangnya memberikan banyak manfaat kepada manusia. Selain daun ketumbar yang mudah untuk didapati, khasiat ketumbar bukan sahaja terhad kepada tubuh badan, malah bagi mata, rambut dan bahagian dalaman seperti otak juga dapat dijaga dengan mengamalkan air rendaman dan memasukkan rempah biji ketumbar ke dalam masakan.
Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa tidak semua badan dapat menerima khasiat ketumbar ini. Pastikan anda mendapatkan nasihat dari dokter sebelum mengkonsumi air rebusan ketumbar. Bagi mereka yang boleh mengkonsumi daun ketumbar juga dinasihatkan untuk melihat kuantiti pengambilannya kerana pengambilan secara berlebihan mungkin akan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti: