Bercadang untuk bercuti di Langkawi? Sambil makan angin, pasti anda mahu singgah di tempat makan yang menarik, bukan? Singgah sahaja di restoran makanan tengah hari ini – restoran Kak Yan Nasi Campur!

Jika anda sebut nama restoran ini pada orang Langkawi, pasti mereka pernah terdengar tentangnya. Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan, jelas menunjukkan yang ianya begitu terkenal.

Apa yang membuatkan restoran Kak Yan Nasi Campur begitu popular? Hidangan apa yang boleh dicuba? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca!

Lauk-Pauk Yang Sedap Rasanya dan Berpatutan Harganya

Sesetengah kedai makan selalunya menyediakan beberapa jenis lauk-pauk sahaja. Bila lauk kegemaran sudah kehabisan, rasa frust memang tidak mampu digambarkan!

berbagai jenis lauk @ kak yah nasi campur

Imej via Foursquare

Namun,  isu tersebut berkemungkinan tidak akan anda hadapi jika anda singgah di restoran ini. Hal ini kerana lauk-pauk di sini ada beraneka jenis.

makan @ kak yah nasi campur

Imej via Foursquare

Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Kebanyakan pelanggan mengakui walaupun mereka mengambil beberapa jenis lauk, harga selalunya kurang RM 10!

Ikan Bakar, Hidangan ‘Laku Keras’ Yang Wajib Cuba

Memang tak sahlah jika hidangan ini tidak disediakan untuk makan tengah hari di mana-mana restoran – ikan bakar! Jika dimakan bersama nasi putih panas-panas, memang ‘padu’!

ikan bakar @ kak yan nasi campur

Imej via Foursquare

Di restoran Kak Yan Nasi Campur, menu ini merupakan antara menu yang terlaris. Jadi, anda wajib datang pada waktu yang sesuai kerana takut kehabisan!

Rata-rata pelanggan memuji ikan yang dibakar dengan begitu sempurna. Isi ikan yang juicy cukup enak dicicah bersama sambal kicap dan air asam. Memang rugi tak cuba!

Ulam-Ulaman Segar, Enak Dimakan Bersama Sambal Belacan!

Tak lengkaplah sesebuah hidangan kalau ulam-ulaman tak ada dalam pinggan! Restoran ini juga ada menyediakan beberapa jenis ulam-ulaman yang segar-segar.

ulam

Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda dapati ialah ulam pucuk paku, ulam raja, kacang botor, rebung dan banyak lagi. Kalau dimakan bersama sambal belacan, pasti lebih menyelerakan dan menyihatkan!

Banyak Lagi

Selain ulam, sayur-sayuran juga turut disediakan. Sambal tempe atau tempe goreng juga boleh anda tambah dalam hidangan anda. Lebih berganda kekenyangannya!

Hidangan sampingan seperti telur masin dan bergedil juga boleh didapati di sini. Banyak betul lauk-pauk yang disediakan, patutlah ramai rambang mata!

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu menikmati makanan tengah hari yang sedap-sedap di restoran Kak Yan Nasi Campur? Pasti anda sudah terliur terbayangkan lauk-pauknya yang berbagai jenis, bukan?

Apa tunggu lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke Langkawi! Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran ini. Kami galakkan agar anda datang awal, takut berebut tempat duduk nanti!

Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 4 petang

Mencari lebih banyak tempat makan sedap sekitar Langkawi? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Langkawi/a>

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.