Mencari kedai makan sedap area TTDI?

Bagi yang menetap sekitar TTDI atau bercadang untuk berkunjung ke sana, adakah anda penat memikirkan kafe mana yang patut anda serbu untuk mengisi perut anda yang kosong dengan makanan yang enak-enak?

Usah risau, kami ada senarainya! Taman Tun Dr Ismail atau lebih dikenali dengan TTDI ini cukup terkenal dengan kafe-kafe yang menarik. Di sini kami senaraikan 10 kafe yang wajib anda serbu sekitar TTDI, teruskan membaca ya!

Jika anda ada cadagan tempat makan di Taman Tun Dr Ismail yang lain jangan lupa untuk komen di bawah.

#1 Aether Cafe

Lokasi kafe ini agak unik kerana ia terletak di dalam Pusat Kanak-Kanak Tuanku Bainun, namun mudah sahaja untuk anda cari lokasinya di Google Maps.

interior @ Aether Cafe

Imej via Foursquare

Interior kafe ini cukup santai. Di setiap sudut kafe, ada sahaja pokok bunga yang menghiasi, memang menyamankan! Cukup sesuai buat sesiapa yang ingin bersantai atau membaca buku sambil menikmati menu-menu di sini.

wafel @ Aether Cafe

Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan makanan Barat dan pencuci mulut. Antara pencuci mulut yang paling digemari di sini ialah wafel. Ada berbagai jenis, anda wajib cuba salah satunya!

Alamat: 48, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, untuk hari minggu bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam manakala untuk hujung minggu bermula dari jam 9 pagi hingga 8 malam

#2 Thursdvys

Nama kafe ini pasti kedengaran unik bagi anda, bukan? Sebutan untuk kafe ini ialah ‘Thurdsdays’. Kafe yang berkonsepkan moden ini menghidangkan menu berasaskan makanan Barat.

Baba's Breakfast @ Thursdvys

Imej via Foursquare

Menu yang disajikan di kafe Thursdvys ini cukup beraneka. Dari menu sarapan, pasta dan pencuci mulut, semuanya ada! Antara menu yang kami sarankan untuk anda cuba ialah Baba’s Breakfast, dijamin mengenyangkan!

Alamat: 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 1 malam

#3 Goodness Greens

Sudah puas mencuba makanan segera dan ingin menukar selera ke arah diet yang lebih sihat? Namun, anda pasti risau jika anda terpaksa menelan makanan yang tidak kena dengan selera anda, bukan?

Menu @ Goodness Greens Cafe

Imej via Foursquare

Cubalah menu-menu di Goodness Greens Cafe! Menghidangkan menu sihat yang cukup berbagai, kesemuanya enak-enak belaka. Bolehlah anda mengamalkan diet yang sihat dan makan sedap-sedap pada masa yang sama, yay!

Alamat: 32, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 8 pagi 10 malam

#4 Pickle & Fig

Kafe yang berkonsepkan minimalis ini pasti sesuai buat pengunjung yang ingin menikmati makanan kesukaan mereka dalam suasana yang santai. Tidak dinafikan, interior sesebuah kafe memang memainkan peranan untuk menaikkan ‘mood’ pengunjungnya.

Beef Panini @ Pickle & Fig

Imej via Foursquare

Di Pickle & Fig, menu yang disajikan cukup berbagai. Dari Protein Bowl ke makanan berat, semuanya ada dan cocok dengan citarasa pelanggannya. Antara menu kegemaran ramai ialah Beef Panini, pencinta keju pasti akan jatuh cinta dengan menu ini!

Alamat: 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr. Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam

#5 Chequers

Ada penggemar wafel di sini? Jika ada, anda wajib serbu kafe Chequers di TTDI ini! Wafel yang dihidangkan di sini bukan biasa-biasa, menunya juga cukup beraneka. Pasti bikin anda rambang mata hingga tak tahu mahu pesan yang mana!

Chicken Waffle @ Chequers

Imej via Foursquare

Yang istimewa tentang wafel di sini ialah ianya dibuat sendiri dan bahan-bahan yang digunakan juga segar-segar belaka! Antara wafel yang digemari pengunjung di sini ialah Chicken & Waffles, dijamin sedap!

Menu lain seperti hidangan pasta, snek, burger dan salad juga turut dihidangkan di sini. Cukup beraneka, bukan?

Alamat: 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, bermula dari jam 8 pagi hingga 11 malam

#6 The Other Half Cafe

Interior @ The Other Half

Imej via Foursquare

Ingin bersarapan atau ‘brunch’ di kafe yang interiornya cantik dan pada masa yang sama mengetengahkan konsep minimal dan moden? Kafe The Other Half di TTDI ini pasti cocok dengan citarasa anda!

Nasi Lemak Risotto @ The Other Half

Imej va Foursquare

Menghidangkan menu-menu Barat yang cukup sesuai dinikmati semasa bersarapan, antara menu yang wajib anda cuba di sini ialah Nasi Lemak Risotto. Eh, menu ini menyajikan apa ya?

Menu ini menyajikan sambal risotto, timun yang dicincang halus bersama ayam yang digoreng rangup. Kedengaran unik kerana ianya gabungan makanan tempatan dan Barat, namun setelah dicuba anda pasti jatuh cinta!

Alamat: 2-1 Greens Terrace, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 9 pagi hingga 5:30 petang

#7 Little Wonton Cafe

Ada penggemar wonton di sini? Bagi yang tidak pernah terdengar tentangnya, wonton ialah sejenis ladu Cina yang selalunya diisikan bersama isi daging dan dimakan bersama sos yang pedas atau manis.

Charcoal Noodle & Wonton

Imej via Foursquare

Ada dua jenis menu yang disajikan – Charcoal Noodles dan Air Fried Wontons. Untuk Charcoal Noodles, anda boleh mencuba Curry Laksa dan Tomyam. Untuk Air Fried Wontons pula anda boleh mencuba Mushroom Onion Cheese dan Chicken Potato, memang berbagai!

Alamat: 1st Floor, 20-1, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam

#8 Kaffe Cafe

Pencinta kopi pasti akan menyukai Kaffe Cafe ini! Menghidangkan pelbagai jenis kopi seperti Espresso, Americano, Latte, Mocha dan Capuccino, kopi di sini dijamin berkualiti!

All Day Big Breakfast & Coffee @ Kaffe Cafe

Imej via Foursquare

Selain kopi, menu pencuci mulut dan menu sarapan juga turut dihidangkan. Menu sarapan di sini seperti menu All Day Big Breakfast merupakan antara menu yang dipesan ramai, dijamin mengeyangkan!

Alamat: 23, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 1 pagi, manakala hari Ahad pula bermula dari jam 9 pagi hingga 1 pagi

#9 Quar/Tet TTDI

Sukakan French Toast? Burger? Brownies? Dan bermacam-macam makanan Barat lagi? Kafe Quar/Tet TTDI ada hampir kesemua menu Barat kegemaran anda, sebut sahaja yang terlintas di minda!

Egg Ben @ Quartet TTDI

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di kafe Quar/Tet TTDI ini ialah Egg Ben, French Toast dan Steak Sandwich. Cukup enak dikenakan semasa bersarapan atau waktu petang bersama secawan kopi panas!

Alamat: 21, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam

#10 Foo Foo

Bila stres, apakah jenis makanan yang terlintas di minda? Pasti makanan manis seperti pencuci mulut, bukan? Bagi yang ingin menikmati pencuci mulut yang cukup beraneka dan enak-enak, anda boleh merasainya di kafe Foo Foo.

Pencuci Mulut @ Foo Foo

Imej via Foursquare

Cukup terkenal di sekitar TTDI kerana variasi pencuci mulut yang dihidangkan, tidak dinafikan bukan sahaja kafe ini menjanjikan keenakan, malah hiasan untuk pencuci mulutnya juga sangat cantik. Anda wajib merasainya sendiri, pasti puas hati!

Alamat: First Floor,, 64, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, bermula dari jam 3 petang hingga 11 malam

Banyak juga kafe yang penuh elegan sekitar TTDI ini, bukan? Cukup sesuai buat sesiapa yang ingin meluangkan masa bersama insan yang tersayang dalam suasana yang penuh santai lagi romantis.

Bagi yang sudah mula merancang untuk berkunjung ke kafe-kafe yang kami senaraikan ini, lekaslah berbuat demikian sebelum terlepas peluang ya! Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Jemput juga membaca artikel menarik lain tulisan kami. Contohnya seperti makanan thai di KL dan restoran chicken chop di KL

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.