Kering idea memikirkan jenis roti canai yang ada?

Roti canai merupakan antara menu di kedai mamak yang paling popular. Pergilah ke mana-mana kedai mamak, semestinya ianya wajib disenaraikan dan merupakan antara menu yang menjadi rebutan.

Ianya bukan sahaja sesuai dinikmati sebagai menu sarapan, malah ada juga yang menikmatinya untuk makan petang dan makan malam. Sangat popular!

Jenis roti canai juga ada banyak. Pening kepala kerana memikirkan roti canai apa untuk dipesan? Berikut kami senaraikan 27 jenis roti canai untuk anda cuba. Teruskan membaca!

#1 Roti Kosong

Ini adalah antara jenis roti canai yang paling kerap dipesan oleh ramai orang – roti kosong.

Imej via Murni Discovery

Walaupun dimakan begitu sahaja bersama kuah dhal atau kuah kari, ianya masih menyengat. Nama sahaja roti kosong, namun ianya penuh dengan keistimewaan!

#2 Roti Telur

Ada yang mahu menikmati menu yang lebih mengenyangkan untuk sarapan? Pesan sahaja roti telur jika ke kedai mamak.

Imej via Foursquare

Ada yang menggaulkan telur bersama bahan rotinya dan ada juga yang memberikan telur rebus secara berasingan. Kedua-duanya tetap sedap!

#3 Roti Tampal

Roti tampal ini kelihatan seakan-akan dengan roti telur, namun bezanya terletak kepada cara ianya dimasak.

jenis roti canai
Imej via Facebook

Telur akan dimasak terlebih dahulu dan kemudiannya akan ditampal di atas roti. Memang kena dengan nama!

#4 Roti Sardin

Ada yang sukakan sardin di sini? Jika ya, antara jenis roti canai yang wajib anda cuba ialah roti sardin.

jenis roti canai
Imej via tasteatlas

Ianya disediakan dengan meletakkan sardin di atas roti canai yang sedang dimasak. Jika sardin yang digunakan segar, pasti lebih enak!

#5 Roti Tisu

Pernah melihat pelayan membawa sejenis roti yang berbentuk kon dan tinggi? Pasti anda kecur air liur melihatnya, bukan?

Imej via Foursquare

Roti tersebut ialah roti tisu. Roti tisu ini sejenis roti yang garing dan tinggi. Ada juga yang disediakan bersama susu cair dan gula jadi rasanya cukup manis.

#6 Roti Banjir

Roti banjir ini merupakan roti canai yang disajikan bersama kuah yang membanjirinya.

Imej via Twitter

Jika anda sukakan roti jenis berkuah banjir, inilah jenis roti canai yang wajib anda pesan. Sedap dan mengenyangkan!

#7 Roti Bawang

Roti bawang ini merupakan sejenis roti yang disajikan bersama hirisan bawang bersamanya.

Imej via murnidiscovery

Ada yang menggunakan roti canai biasa dan ada juga yang menggunakan roti telur. Menu yan berbeza, namun kelazatannya tetap setanding.

#8 Roti Bom

Roti bom ini kelihatan seakan-akan roti canai kosong, namun ianya berbeza dari segi ketebalan dan saiznya.

Imej via Pinterest

Roti bom ini lebih tebal dan saiznya lebih kecil berbanding roti canai biasa. Walaupun bersaiz kecil, ianya tetap mengenyangkan!

#9 Roti Tsunami

Nama pun tsunami, semestinya tahap kebanjiran kuah untuk roti ini lebih padu dari yang biasa.

jenis roti canai
Imej via reddit

Beza roti banjir dan roti tsunami ialah roti tsunami ini disajikan bersama telur goyang.

#10 Roti Planta

Sukakan roti canai yang lebih garing dan lebih berlemak rasanya? Pesan sahaja roti planta.

Imej via Facebook

Untuk menyediakannya, roti ini akan digoreng hingga garing dan kemudiannya disapukan planta di atasnya.

#11 Roti Milo

Ingin mencuba roti canai yang lebih manis? Jika berkesempatan, pesan sahaja roti milo alang-alang berkunjung ke kedai mamak.

Imej via Facebook

Seperti namanya, roti ini mempunyai inti milo. Yang membuatkan roti ini digemari ialah rasa milo yang mencair di dalam mulut setelah dikunyah.

#12 Roti Susu

Mahu mencuba roti yang rasanya lemak-lemak manis? Jika ya, roti canai jenis berlemak yang wajib anda cuba ialah roti susu.

Imej via murnidiscovery

Susu yang digunakan ialah susu pekat manis yang akan dicurahkan ke atas roti canai yang sudah digoreng.

#13 Roti Keju

Ada peminat keju di sini? Jika anda sukakan keju dan roti canai, menu yang wajib anda nikmati di kedai mamak ialah roti keju.

Imej via sethlui

Ada yang menyajikan keju sebagai inti dan ada juga yang meletakkan kepingan keju di atas roti. Semakin banyak keju, semakin enak rasanya!

#14 Roti Pisang

Kelihatan ringkas sahaja nama hidangan ini, namun roti canai jenis ini sudah menambat hati ramai orang – roti pisang.

Imej via Dapur Ratu

Ianya sebenarnya roti canai yang yang berintikan pisang. Ada juga yang menyajikannya besama susu pekat manis ala ala roti pisang Thai.

#15 Roti Maggi

Bunyinya unik dan jenis roti canai ini jarang dijumpai. Namun, ini tidak bermaksud yang roti maggi ini tidak wujud.

Imej via 88razzi

Ianya ada disajikan di kebanyakan kedai mamak. Roti canai yang disajikan bersama maggie goreng ini sememangnya sedap dan gabungannya cukup mantap.

#16 Roti Hawaii

Unik nama roti canai ini. Ianya juga tidak mudah untuk didapati jadi jika berpeluang, anda wajib pesan menu ini.

Imej via Burpple

Ianya merupakan roti canai yang disajikan bersama nanas, telur dan sosej yang kemudiannya disajikan bersama mayonis di atasnya.

#17 Roti Fujima

Pernah terdengar tentang roti Fujima? Ianya merupakan roti yang disajikan bersama aiskrim vanila.

Imej via murnidiscovery

Roti canai ini menggunakan inti pisang atau jagung. Ianya agak susah untuk ditemui namun jika anda ke restoran Murni Discovery, anda pasti akan bertemu jodoh dengan roti ini.

#18 Roti Canai Nachos

Satu lagi jenis roti canai yang unik ialah roti canai nachos. Menu ini memang unik kerana ianya menggabungkan citarasa Barat dan tempatan.

Imej via Foursquare

Roti canai yang disajikan bersama nachos ini turut menjadi kegilaan pencinta keju kerana ianya dilimpahi dengan jumlah keju yang banyak.

#19 Roti Canai John

Selalunya kita mencuba roti John, apa kata kali ini anda cuba roti canai John pula?

roti canai john
Imej via kavege

Semestinya jenis roti yang digunakan ialah roti canai. Ianya menggunakan bahan yang sama untuk roti John, jadi jangan lupa cuba!

#20 Roti Canai Meriah / Pelangi

Roti canai ini sememangnya meriah. Kami yakin rupanya yang berwarna warni ini pasti menambat perhatian anda.

Imej via Facebook

Roti ini mula tular sejak beberapa tahun lalu, jadi tidak mustahil kebanyakan gerai sudah mula menyediakannya.

#21 Roti Jepun

Kami yakin sebaik sahaja anda melihat rupa roti Jepun ini, anda pasti teruja untuk merasainya. Bahan-bahan yang digunakan juga menarik.

Imej via murnidiscovery

Ianya menggunakan dua telur, marjerin, keju dan susu sebagai bahan-bahan utamanya. Rasanya juga semestinya enak!

#22 Roti Jagung

Cara penyediaan roti jagung ini memang mudah. Ianya juga muah diapati di kebanyakan kedai mamak.

Imej via Your Hunger Stop

Roti canai ini menggunakan jagung sebagai intinya. Jika dimakan bersama kuah dhal, pasti lebih sedap.

#23 Roti Ayam

Jika anda pernah ke kedai Roti Canai Transfer Rad yang terletak di Penang, anda pasti pernah cuba roti ayam ini.

jenis roti canai transfer road
Imej via Foursquare

Ianya merupakan roti canai yang disajikan bersama kuah ayam merah. Semestinya sedap dan sesuai dengan citarasa ramai!

#24 Roti Cobra

Sebelum anda kegundahan, kami ingin nyatakan yang roti cobra ini selamat untuk dimakan.

Imej via Facebook

Ianya merupakan roti canai yang mempunyai kari daging di atasnya dan disajikan bersama telur separuh masak.

#25 Roti Jantan

Pernah mencuba roti ini iaitu roti jantan? Bagi yang tertanya-tanya ianya merupakan sejenis roti telur.

Imej via Facebook

Beanya dengan roti telur yang biasa ialah ianya menyajikan roti canai bersama dua biji telur rebus atau telur mata.

#26 Roti Salad

Jika anda lebih menggemari sayur-sayuran, apa kata anda cuba roti canai jenis ini – roti salad?

Imej via Rr.Spink

Ianya merupakan roti canai yang berintikan sayur-sayuran. Sekali imbas, ianya kelihatan seperti burito yang merupakan sajian Mexico.

#27 Roti Kaya

Jenis roti canai ini sesuai untuk dinikmati untuk sarapan pagi – roti kaya.

Imej via murnidiscovery

Roti canai yang disajikan bersama kaya sama ada sebagai inti atau topping ini manis dan semestinya sesuai dijamah sarapan pagi.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis roti canai yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya bikin anda kecur air liur?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri, Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.