Masakan Baba Nyonya memang tidak asing lagi di negara kita, bukan sahaja di Melaka malah di berbagai negeri di Malaysia. Kaum Baba dan Nyonya ini juga terkenal dengan gaya masakannya yang unik. Teknik masakannya menggabungkan gaya masakan Cina dan Melayu yang menggunakan rempah ratus yang istimewa, serta kuih tradisional yang sememangnya enak dan berbagai rasa!

masakan baba nyonya @ Ivy's Nyonya Cuisine

Imej via Foursquare

Bagi penggemar masakan Baba Nyonya yang merancang untuk berkunjung ke Georgetown, kota yang tidak asing lagi di Pulau Pinang, kami sarankan anda serbu restoran yang menghidangkan masakan Baba Nyonya yang asli ini – restoran Ivy’s Nyonya Cuisine yang terletak di Jalan Chow Thye, George Town ini!

assam ikan @ ivy's nyonya cuisine

Imej via Foursquare

Asam Pedas Ikan, Menu Paling Istimewa di Ivy’s Nyonya Cuisine

Ngo Wa atau lebih dikenali dengan nama Asam Pedas Ikan merupakan antara menu yang paling istimewa di restoran Ivy’s Nyonya Cuisine ini. Masakan asam pedas cukup terkenal di negara kita, namun pernahkah ada mencuba asam pedas Baba Nyonya? Dihidangkan bersama bunga kantan yang dicincang yang menaikkan bau asam pedas yang memukau, rasa asam pedas yang masam dan pedas, hidangan ini sememangnya cukup menyelerakan!

kari ayam kapitan @ Ivy's Nyonya Cuisine

Imej via Foursquare

Kari Ayam Kapitan, Menu Baba Nyonya Paling Asli

Sebut sahaja masakan Baba Nyonya, tidak sahlah jika menu ini tidak termasuk dalam senarai – kari ayam kapitan! Kari ayam kapitan di Ivy’s Nyonya Cuisine ini sama sahaja seperti kari ayam kapitan yang lain tapi ada keistimewaannya yang tersendiri. Yang menariknya, menu ini tidak menggunakan serbuk kari, ianya menggunakan bahan-bahan asli seperti bawang merah, serai, lengkuas dan halia. Rasanya jugak lebih enak, kuahnya pekat dan ayamnya cukup lembut. Memang memikat!

Rendang Daging @ ivy's nyonya cuisine

Imej via Foursquare

Rendang Daging, Sedap dan Kaya dengan Rempah Asli

Penggemar rendang, kami ada berita baik buat anda! Rendang daging di Ivy’s Nyonya Cuisine ini merupakan antara menu yang paling laku di sini. Rata-rata pelanggan yang pernah merasainya memuji rasa rendangnya yang sedap dan kaya dengan rempah asli, daging yang lembut, cukup enak dimakan bersama nasi puitih panas-panas!

Joo HJoo Hoo Char @ Ivy's Nyonya Cuisine

Imej via Foursquare

Joo Hoo Char, Menu Sayuran Pelengkap Hidangan

Tidak lengkaplah sesebuah hidangan kalau tiada sayur, bukan? Joo Hoo Char merupakan menu sayuran Baba Nyonya yang cukup popular dan turut dihidangkan di Ivy’s Nyonya Cuisine. Antara bahannya ialah bengkuang dan sotong yang dicincang halus, dan dimakan bersama salad. Cukup enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama menu lain, kami berani jamin!

Assam Prawns @ Ivy's Nyonya Cuisine

Imej via Foursquare

Banyak Lagi

Anda penggemar makanan laut? Kami cadangkan agar anda cuba menu ini -Assam Prawns! Keistimewaan utama menu ini ialah ia udangnya diperap dengan begitu baik sekali, jadi rasanya cukup sedap dan udangnya juga rangup. Selain itu, anda juga boleh melengkapi hidangan anda dengan Sambal Petai Hae Bee atau sambal belacan, boleh bikin ketagih dengan keenakannya!

Bee Koh Moi @ Ivy's Nyonya Cuisine

Imej via Instagram

Untuk pemanis mulut pula, Bee Koh Moi merupakan antara pemanis mulut terbaik di Ivy’s Nyonya Cuisine. Bee Koh Moi ini ialah bubur pulut hitam yang dihidangkan bersama santan. Rasanya cukup manis dan berlemak, namun tidak pula memuakkan. Malah, rasa macam nak makan bermangkuk-mangkuk!

Terlampau banyak menu yang menarik di Ivy’s Nyonya Cuisine ini. Kami sarankan agar anda sendiri yang datang ke sini dan cuba merasai keenakan dan keaslian masakan Baba Nyonya di sini! Bertempat di Jalan Chow Thye di George Town, Penang, cepat-cepatlah singgah Ivy’s Nyonya Cuisine semasa anda melancong ke Penang. Cepat terjah sebelum terlepas peluang ya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.