Its Cafe Alor Setar. Menampilkan konsep cafe dan kedai telefon. Menarik betul. Kafe yang terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai ini sentiasa dikunjungi food hunter.
Kedai bersih, konsep kedai cantik dan sesuai untuk kaki Insta. Makanan semua sedap ya amat. Cafe ni tenang dan pekerjanya semua friendly.
Kepada penggemar makanan di Alor Setar, pasti tercari-cari restoran yang menyajikan makanan yang sedap. It’s Cafe menyediakan hidangan makanan gabungan timur dan barat. Japanese Pancake, Waffle with Chocolate Chips Ice Cream Tomyam Fried Noodle dan Chicken Cube Rice pasti menjadi pilihan.
Ada juga makanan Itali seperti pizza untuk anda nikmati di sini.
Jangan lupa pesan minuman yang sedap seperti Hazelnut Latte dan Chocolate Milkshake.
Harga makanan mengikut jenis makanan yang dipesan. Harga makanan di sini juga dikatakan agak berpatutan Sesuai untuk breakfast, lunch dan dinner. Buka sampai 10malam.
Dekorasi restoran bertemakan santai. Terdapat hiasan barangan antik. Pasti ada yang mengimbau kenangan.
Dari review orang ramai yang pernah ke sini, semua memuji kesedapan makanan. Ada juga penggemar kopi lepak di sini untuk menikmati kopi yang sedap. Disyorkan makan dengan Coffee Walnut Muffin yang sedap tak terhingga.
Satu pengalaman yang menarik jika anda dapat berkunjung ke Its Cafe Alor Setar. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga.
It’s Cafe
34, Ground Floor,
Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai,
05050 Alor Setar, Kedah
Facebook : It’s Cafe