Sekiranya anda bercuti di Langkawi dan sudah kelaparan setelah seharian mandi di pantai, amat dicadangkan untuk singgah menjamu selera di Desa Permata Ikan Bakar Seafood Langkawi.

 Desa Permata Ikan Bakar Seafood merupakan sebuah restoran yang menghidangkan makanan laut selera tempatan dengan harga yang lebih murah daripada kebanyakan kedai seafood lain. Lebih dikenali sebagai ikan bakar Langkawi.

Anda boleh memilih seafood yang diingini dengan pelbagai jenis masakan ala kampung yang ditawarkan seperti asam pedas, masak lemak, gulai panas dan lain-lain.

ikan bakar langkawi
Imej via [google]

Anda perlu masuk ke kawasan perumahan sedikit untuk sampai ke restoran ini. Tetapi jangan risau kerana kawasannya mudah untuk meletak kenderaan.

ikan bakar langkawi
Imej via [google]

MENU DESA PERMATA IKAN BAKAR SEAFOOD LANGKAWI

Desa Permata Ikan Bakar Langkawi ini menawarkan pelbagai set ikan bakar, makanan laut dan goreng-gorengan. Anda boleh memilih ikan dan seafood pelbagai saiz dan harga untuk dimasak.

Boleh dibakar, masak tiga rasa, gulai, masak lemak dan sebagainya mengikut citarasa anda.  Tidak perlu ditimbang dan harganya sudah dikira bersama upah masak.

ikan bakar langkawi
Imej via [google]

Selain itu, beraneka nasi goreng turut disediakan. Antara menu masakan yang terkenal adalah nasi goreng Thai, nasi goreng udang, nasi goreng tomyam, nasi goreng seafood dan macam-macam lagi.

Jika tidak mahu makan nasi sebagai sajian utama, restoran ini turut menyajikan mee, kuey teow, maggie, bihun dengan pelbagai variasi masakan seperti goreng, hailam, bandung dan tomyam untuk anda nikmati.

Tomyam dan sup pelbagai jenis disediakan seperti tomyam ayam, tomyam udang, tomyam cendawan dan lain-lain lagi.

ikan bakar langkawi
Imej via [google]

MENU LAIN DI DESA PERMATA IKAN BAKAR SEAFOOD LANGKAWI

Selain makanan laut, Ikan Bakar Langkawi ini juga menyajikan kepada anda menu berunsurkan ayam dan daging.

Menu ayam dan daging boleh dipilih pelbagai cara masakan seperti masak merah, halia, pedas, paprik, kunyit dan goreng tepung. Telur bistik, dadar, mata kerbau dan masak sambal juga terdapat dalam senarai pilihan menu.

Di samping itu, mereka juga menyediakan set bujang iaitu nasi putih, telur dadar, ulam dan sambal yang boleh dipilih pelbagai lauk tambahan. Misalnya terdapat set temenung gulai, siput sambal, siakap garlic kicap, siakap gulai dan banyak lagi menu dalam senarai restoran Ikan Bakar Langkawi ini.

desa permata
Imej via [foursquare]

Sangat selesa dan menyeronokkan jika beramai-ramai bersama keluarga dan rakan ke Desa Permata Ikan Bakar Seafood. Jom rasai makanan laut yang segar dimasak dengan lazat dan menyelerakan. Harga pasti berbaloi berbanding dengan kepuasan anda.

Lokasi: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali selasa (3 pm – 12 am)
No Telefon: 019-5678369

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.