Ini salah satu tempat makan yang membuatkan kami terliur apabila mengenangkannya. Ikan bakar pilihan ramai yang terletak di belakang istana negara. Warga Kuala Lumpur pasti kenal. Kalau tak kenal tempat ini, maka tak tahulah apa hendak dicakapkan. Mungkin kerja kuat sangat rasanya. Tempat yang dimaksudkan adalah Ikan Bakar Jalan Bellamy Istana Negara.

Bagi yang jarang lalu kawasan ni memang susah juga hendak mencari sebab jalannya masuk ke dalam sedikit daripada Lebuhraya utama . Senang cerita pakailah GPS. Ini alamat GPSnya: N3 07.835 E101 41.686 . Semoganya ianya membantu. Tempat makan ini untuk mereka yang mencari untuk makan tengah hari.

 

Ikan Bakar Jalan Bellamy Istana Negara

Lorong Bellamy (Jalan Bellamy), Bukit Petaling,

Kuala Lumpur 50480

Ianya terletak di medan makan. Jadi bermakna anda akan jumpa banyak gerai ikan bakar di Ikan Bakar Jalan Bellamy Istana Negara ini. Adalah sekitar 4-5 gerai. Kalau waktu tengah hari memang sesak kawasan ini. Elakkan datang sekitar pukul 12.45-1.15 petang.

Memang ramai. Sebabnya tempat laluan masuknya sedikit sempit. Walau bagaimanapun tempat letak keretanya banyak. Boleh sahaja letak di tepi-tepi yang bersesuaian.

ikan bakar jalan bellamy

ikan bakar jalan bellamy

ikan bakar jalan bellamy

ikan bakar jalan bellamy

ikan bakar jalan bellamy

Pelbagai pilihan ikan ada di sini. Kami suka ambil terubut atau ikan pari bakar jika makan di sini. Memang besar-besar saiznya. Duit pun kenalah besar sedikit jika makan di sini. 😛

Ini kisah kami. Kami pernah juga ambil sotongnya sebab teringin merasainya. Memang sedap dan puas makan. Cuma tentang harganya yang boleh dipelajari.

Ingat lain harganya untuk setiap saiz. Jadi untuk mengelakkan harga yang melampau, kami sekadar ambil saiz sotong yang sederhana. Apabila membayarnya, harganya sama sahaja dengan saiz sotong yang lebih besar sedikit daripada yang diambil. Kalaulah tahu awal, kami tentu sudah ambil saiz yang lebih besar. Haish. Jadi tips di sini, ambil sahaja saiz sotong yang besar.

Harganya biasanya sama sahaja kerana mungkin untuk memudahkan perkiraan sewaktu pembayaran rasanya.

Ikan bakar di sini memang sedap. Cuma yang kurang menarik di sini adalah keadaan kedai di sini. Sangts esak. Terpaksa berebut untuk mendapat meja makan. Selain itu, panas terik cuaca Malaysia menyebabkan memang boleh berpeluh satu badan. Kena pastikan duduk berdekatan dengan kipas. Kalau tidak, alahai berbaulah baju bila masuk kerja nanti.

Antara banyak-banyak kedai makan ikan bakar di sini, kami suka makan di kedai No 3. Tidak tahu mengapa. Hal ini kerna pada awal-awal dahulu datang pemilihan dipilih berdasrkan kedai mana yang ramai. Setelah mencubanya memang sedap. Sejak dari hari tersebut, memang menjadi pelangan tetap gerai No 3 tidak silap.

Anda bagaimana?

Kredit gambar : Foursquare

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.