Peminat makanan seafood, yang berada di KL tu pernah tak datang ke Hokkaido Seafood? Macam nama jepun kan. Terletak di daerah Titiwangsa, suasana Restoran ini sangat aman dan tenang sesuai untuk beristirehat sambil menikmati hidangan seafood. Ia cukup meriah dengan tetamu pada waktu malam.
Hokkaido Seafood KL menawarkan hidangan halal yang berkonsepkan makanan laut seperti sotong goreng tepung, nasi goreng seafood, ketam, udang, kerang dan macam-macam lagi.
Paling best, makanan di sini segar sangat. Artis seperti Chaca Maembong pun datang makan dekat sini. Hokkaido Seafood restoran ini dimiliki oleh pemilik berbangsa cina, namun jangan risau, tiada disediakan pork di sini. Makanan seafood yang disediakan adalah halal.
Makanan laut premium atau tinggi harganya seperti Lobster, Oyster serta ketam french disajikan di sini. Anda juga boleh menikmati menu hidangan yang unik seperti Four Season Hot Dishes, Fish Maw dan Sea Cucumber Broccoli Mushroom.
Selain itu, Sup Shark Fin dan Claypot Seafood juga tersedia. Boleh makan udang besar dalam claypot. Paling digemari ramai adalah menu ketam iaitu Salted Egg Crab, Dried Chili Crab, Butter Creamy Crab, Sweet sour crab dan Steam Crab. Menarik sangat!
Begitu juga dengan menu udang, terdapat hampir 8 jenis menu masakan udang yang sangat lazat boleh anda cuba. Tidak mengecewakan, terdapat banyak lagi menu untuk masakan siput, kerang serta sotong.
Menu makanan laut segar yang diletakkan untuk pelanggan pilih, sangat banyak pilihan. Ini barulah ramai suka dan puas hati sebab boleh pilih banyak pilihan.
Bagi penggemar makanan seafood, inilah syurga makanan seafood di Kuala Lumpur! Sediakan duit sahaja, anda boleh makan puas-puas di sini. Dari segi pemilihan makanan seafood, Restoran Hokkaido seafood ini tidak mengecewakan.
Selain itu, masakan tomyam, sup serta nasi goreng ataupun sayur, semuanya ada di sini. Bukan itu sahaja, udang galah juga boleh dinikmati di sini. Terdapat beberapa menu masakan udang galah yang sangat sedap.
Minuman jus juga di sediakan di sini. Untuk pengetahuan anda, berbilang bangsa turut makan di sini.
Meja dan kemudahan yang disediakan di Hokkaido Seafood Restoran ini adalah sesuai untuk mereka yang datang beramai-ramai. Sekiranya anda ingin makan bersama kawan-kawan atau dalam bilangan yang ramai, tiada masalah untuk datang ke sini.
Anda boleh memilih meja di bahagian dalam kedai atau diluar kedai. Datang awal untuk memilih tempat, jika terlambat, pasti ramai orang sudah pilih.
Jom baca juga Avant Chocolate Cafe Cameron Highland
Lokasi: 68, Jalan Lumut, Titiwangsa Sentral, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buka: Setiap Hari (5.30 petang – 1 Pagi)
Telefon: 012-3438039