Sebut sahaja bakso, sudah pasti ramai yang mengetahui tentang hidangan ini. Ramai peminat bakso ini biarpun rakyat Malaysia. Menu ini juga popular di negara kita.
Bakso yang dihidangkan bersama bebola daging, kuah sup serta mee atau bihun pastinya membuatkan anda begitu lapar. Tambah pula dimakan bersama cili yang disediakan istimewa.
Jika anda berkunjung ke Surabaya, ia adalah peluang untuk anda menikmati hidangan bakso asli dari negara tersebut. Senarai gerai atau kedai bakso yang disenaraikan ini adalah antara bakso halal yang mesti anda cuba. Antara tempat makan best di Surabaya.
Bakso Pak War ini terletak bersebelahan Sekolah Buah Hati. Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Bakso di sini begitu terasa dagingnya. Maka tidak hairanlah ia menjadi kegemaran orang ramai dan laku keras.
Keunikan rasa bakso ini menjadikan ianya begitu istimewa. Biarpun bebola dagingnya bersaiz kecil, namun isi dagingnya tetap terasa. Sosnya pula manis dan pedas cukup istimewa.
Setiap hari pelanggan akan beratur untuk mendapatkan bakso di sini. Anda dinasihatkan tidak datang menjelang tamatnya waktu persekolahan. Ini kerana ramai ibu bapa yang mengambil anak pulang dari sekolah akan memesan bakso di sini.
Alamat: Jl. Manyar Kertoarjo III, Surabaya
Bakso Keju Cak Min yang terletak di Loop Graha Famili ini menyajikan hidangan bakso yang agak berlainan. Biarpun nampak serupa, namun ia menampilkan kelainan dan memiliki keunikan yang tersendiri.
Ia terkenal dengan bakso keju dan juga bakso telur puyuh yang jarang dijual oleh pengusaha bakso lain. Keunikan bakso puyuh pula adalah bebolanya dipenuhi dengan telur puyuh bersama sos manis pedas.
Bakso keju sering menjadi pilihan kerana saiznya yang agak besar dan isi keju yang mencair menarik perhatian ramai. Rasa kejunya tidak terlalu kuat tetapi tetap memberikan rasa yang sensasi. Biarpun dimakan tanpa sos cili, ia tetap enak dimakan serta membuat selera semakin bertambah.
Gerai ini dibuka setiap hari mulai jam 11.30 pagi hingga 5.00 petang sahaja.
Alamat: Loop Graha Famili, Surabaya (KANTIN KITA, tempat letak kereta dan motosikal)
Bakso Pak Djo antara bakso yang terkenal di Surabaya. Pada mulanya perniagaan dimulakan menggunakan motosikal roda tiga sahaja, namun ia telah berkembang maju. Malah, Bakso Pak Djo telah mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Surabaya.
Keunikan Bakso Pak Djo tidak boleh diragui kerana rasanya memang sedap.Anda juga boleh mendapatkan minuman segar di sini seperti jus alpukat, jus oren dan sebagainya.
Bakso Pak Djo ini dibuka setiap hari mulai jam 6.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Ia ditutup pada hari minggu sahaja. Lokasinya pula terletak berhampiran Sekolah Petra Manyar.
Alamat: Jalan Manyar Tirtoasri XII
Bakso Omen Again membenarkan anda sebagai pelanggan untuk mengambil sendiri bebola daging yang diinginkan. Harga adalah bergantung kepada berapa banyak bebola yang anda ambil.
Selain bebola daging, anda juga boleh mengambil sendiri bahan – bahan untuk dimakan bersama bakso dengan sendiri seperti bawang goreng, cili hijau, mee, sayuran dan sos cili.
Terdapat bebola daging yang diisi dengan keju, bakso cendawan, bakso daging, bakso dan telur puyuh. Saiz bebola pula ada yang bersaiz besar dan sederhana. Bakso Omen Again juga menyediakan tauhu goreng untuk dimakan bersama.
Keunikan bakso keju ini terserlah sewaktu anda mula menikmatinya. Anda akan merasai kehadiran keju yang lazat didalamnya. Boleh dimakan bersama sos kicap atau sos cili untuk menambah keenakannya. Atau boleh dimakan begitu sahaja.
Ia mula beroperasi pada jam 7.00 petang sehingga jam 1.00 pagi setiap hari.
Alamat: Jl. Raya Darmo Permai Timur, Surabaya (Depan Gereja GKI Dasa)
Bakso antara hidangan yang mudah didapati di Surabaya. Namun, tidak semua kedai yang menjual bakso yang sedap bersama sos yang lazat.
Jika di Surabaya, anda boleh mencuba pula Bakso Pak Kus di Jalan Residen Sudirman. Gerai Bakso Pak Kus ini antara gerai lagenda dan paling awal dibuka iaitu sejak tahun 1968.
Harga bakso yang dijual di sini juga sangat berpatutan serta menggunakan ramuan halal sahaja. Anda boleh mencuba bakso bakar, bakso kecil, tauhu serta rempah goreng. Ia boleh juga dimakan bersama bihun dan juga daun saderi.
Anda boleh menikmati bakso di sini bersama kicap, sos cili dan sos yang disediakan di atas meja. Bagi peminat daging tetel, anda boleh mencubanya. Adalah dinasihatkan anda berkongsi dengan rakan – rakan kerana saiz hidangannya agak besar.
Gerai ini dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali hari Jumaat iaitu mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 9.00 malam.
Alamat: Jl. Residen Sudirman, Surabaya (Depan GKI Resud atau seberang Kristus Raja)
Bakso Pak Seger Pringadi antara bakso popular yang terletak di Jalan Pringadi. Uniknya bakso di sini menggunakan daging tetel dan juga sumsum tulang untuk menambah keenakan bakso. Rasa sosnya juga begitu baik dan padu sekali.
Kehadiran pelanggan setiap hari tidak pernah kurang di sini. Ia sering dicari oleh penggemar bakso dari setiap pelosok Surabaya.
Bakso yang sangat digemari ramai adalah bakso sumsum dan daging. Cuba anda bayangkan bebola daging yang lembut dan enak masuk ke dalam mulut bersama kuah yang sedap. Pasti terasa asyiknya.
Anda boleh makan bakso bersama sos cili yang pedas. Pastinya keenakannya begitu terasa.
Air minuman seperti Es Degan dan Es Kacang Hijau boleh menjadi pilihan anda kerana ia betul – betul menyegarkan.
Waktu operasi gerai ini adalah bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang setiap hari.
Alamat: Jl. Pirngadi, Bubutan Surabaya
Bakso Pak Nasir Cita Hati adalah sangat dicadangkan kepada anda untuk mencubanya. Ia sama seperti Bakso Pak Wae di mana Bakso Pak Nasir ini juga bersaiz kecil, namun isi dagingnya padat dengan kuahnya yang pekat.
Sos bakso yang disediakan juga mempunyai rasa yang padu serta memiliki keunikan yang tersendiri. Gerai ini dibuka mulai jam 2.00 petang hingga 5.00 petang sahaja. Anda boleh mendapatkannya di Jalanraya Laguna Kejawen Putih yang berhampiran Sekolah Cita Hati.
Alamat: Jl. Raya Laguna Kejawen Putih, Pakuwon City (Dekat Sekolah Cita Hati)
Bakso Pratama ini terletak di Dukuh Kupang Barat yang menawarkan pelbagai jenis bakso. Ada bebola daging yang terdiri dari campuran khas seperti telur puyuh, pedas dan daging biasa.
Menu lain pula adalah seperti bebola spicy coarse, bebola jumbo, bebola campuran, bebola itik, bebola daging, tauhu goreng dan basah serta banyak lagi. Harga bakso di sini sangat berpatutan dengan pilihan menu yang banyak.
Rasa Bakso Pratama ini cukup sedap. Tambahan pula dimakan dengan sos yang sememangnya sedap apabila digabungkan bersama. Jika anda berada di Surabaya, Bakso Pratama antara bakso yang mesti anda cuba.
Setiap hari gerai ini dibuka mulai jam 12.30 tengahari hingga 10.00 malam.
Alamat: Jl. Raya Dukuh Kupang Barat No.111A, Dukuh Kupang, Dukuh Pakis, Kota SBY, Jawa Timur 60189
Bakso Pak Djes terletak di hadapan Sekolah Gloria Sukomanunggal Surabaya. Ia mempunyai pelbagai bebola daging yang enak sekali.
Anda boleh mencuba bebola telur puyuh, bebola keju dan banyak lagi. Harga satu hidangan bakso juga sangat berpatutan.
Untuk menikmati bakso yang enak di sini, anda boleh datang seawal jam 11.00 pagi hingga jam 6.00 petang setiap hari kecuali hari Ahad.
Alamat: Jl. Raya Sukomanunggal Asri (Seberang syarikat pemasaran Darmo Satelit)
Bakso Pak Jalil lebih terkenal dengan panggilan bakso ‘jemput anak sekolah’. Ini kerana kebanyakan pelanggannya terdiri dari ibu bapa yang menjemput anak pulang dari sekolah. Selain itu, ia dikenali juga dengan nama Bakso Petra Embong Wungu kerana lokasinya yang terdahulu terletak di hadapan Petra Embong Wungu.
Bakso Pak Jalil ini bersaiz kecil bersama kuah yang agak pekat. Ianya begitu enak dimakan bersama sambal special yang dicampur dengan limau nipis membuatkan rasa bakso ini begitu memuaskan.
Restoran ini dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga hari Sabtu sahaja. Harganya pula murah dan juga berpatutan.
Alamat: Jl Taman Apsari (Belakang Patung Joko Dolog)
Bakso Bonnet ini terletak di Jl. Manyar Kertoarjo yang menyajikan hidangan bakso daging yang begitu lazat dan bercitarasa tinggi. Oleh kerana rasanya yang enak, maka tidak hairanlah ia sangat digemari oleh masyarakat tempatan.
Sebelum anda mengadukkan kuah bakso dengan segala sos dan sos cili, rasailah dahulu kuahnya yang begitu enak. Apabila bahan – bahan tadi dicampurkan semua, rasanya bertambah sedap dan mengagumkan.
Anda pasti teruja untuk mencuba bebola dagingnya yang dipenuhi daging. Bakso yang dipesan lebih enak dimakan bersama bawang goreng dan bawang spring. Gabungan ramuan ini semakin menyedapkan hidangan anda.
Gerai ini kelihatan begitu ringkas dengan hanya ditutupi dengan beberapa helai kain sahaja sebagai pelindung dari cahaya matahari. Namun, gerai ini tetap dikunjungi ramai biarpun gerainya begitu ringkas sekali. Ia dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.
Alamat: Jl Manyar Kerjoarjo VII 39 (Depan Bonnet)
Bakso ini mempunyai saiz yang besar atau lebih mudah disebut saiz jumbo. Selain bakso dagingnya yang enak, gerai ini turut menyajikan menu lain iaitu es Teller.
Untuk es Teller, anda pastinya gembira dapat menikmatinya. Ia dicampurkan dengan biji sagu, alpukat, hirisan buah nangka dan juga susu pekat manis.
Anda boleh datang menjamu selera di sini seawal jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam. Harga makanan yang dikenakan pula tidak mahal dan sangat berpatutan.
Alamat : Jl. Tanjung Anom No.2, Genteng, Kota SBY, Jawa Timur 60275, Indonesia
Bakso keju ini terletak di kawasan Bintoro dan memang terkenal dengan kehadiran pelanggan yang ramai. Bakso yang disajikan kelihatan biasa sahaja, namun anda jangan tersilap menilai.
Hidangan bakso keju dan bakso cendawan di sini begitu menyelerakan. Sebaik sahaja anda menggigitnya, anda akan merasai keenakan bakso yang dimakan bersama kuah sup daging yang enak sekali.
Alamat : Jl. Taman Bintoro No.4, DR. Soetomo, Tegalsari, Kota SBY, Jawa Timur 60264, Indonesia
Bakso Agung Reog ini menyajikan bakso keju yang begitu sedap. Ia sememangnya enak dimakan bersama kuah dan sos pedas yang disediakan.
Selain bakso keju, gerai ini turut menyajikan bakso goreng dan juga bakwan rebus yang sememangnya membuka selera anda. Ketika anda ingin menjamu selera, kesabaran adalah penting kerana ia sering dipenuhi pelanggan yang ramai.
Warung bakso ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang dan tutup pada setiap hari Jumaat.
Alamat : Jl. Penjaringan Tim. No.36B, Penjaringan Sari, Rungkut, Kota SBY, Jawa Timur 60297, Indonesia
Sebut sahaja Raja Bakso, masyarakat di Surabaya sudah pasti mengetahuinya. Ia menyajikan pelbagai menu bakso yang terdiri dari bakso biasa, bakso tauhu, bakso sos dan juga bakso keju.
Kepelbagaian menu bakso yang terdapat di sini menarik ramai pelanggan untuk datang menjamu selera di sini. Ada juga yang menjadi pelanggan tetap di gerai ini kerana keenakan bakso yang disediakan.
Antara menu baru yang boleh anda cuba di sini adalah bebola goreng yang disirami sos keju. Ia pastinya membuat anda kecur liur tatkala melihatnya terhidang di depan mata.
Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam dan menjadi tempat menjamu selera peminat bakso tegar.
Alamat : Jl. Arif Rahman Hakim No.49, Keputih, Sukolilo, Kota SBY, Jawa Timur 60117, Indonesia
Bakso Solo Rindu Malam juga antara bakso yang paling sedap dan popular di Surabaya. Ia menyajikan bakso biasa, bakso tauhu, bakso campur dan bakso keju. Penggunaan daging segar digunakan untuk membuat bebola daging di sini.
Keju yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam adunan bakso, dan ia dihidangkan bersama kuah yang panas. Anda boleh rasai keunikan kehadiran keju di dalam bakso tersebut. Rasanya begitu mengagumkan sebaik sahaja ia menyentuh di lidah anda.
Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan anda boleh menjamu selera seawal jam 10.00 pagi di sini.
Alamat : Jalan Ciliwung No.123, Darmo, Wonokromo, Sawunggaling, Wonokromo, Kota SBY, Jawa Timur 60242, Indonesia
Itulah antara beberapa cadangan tempat makan bakso halal paling sedap di Surabaya. Anda sudah pernah mencubanya atau belum ? Kalau belum bolehlah singgah jika datang ke Surabaya ini.