Sungai Petani kini menjadi tempat yang dihujani dengan pelbagai jenis makanan. Anda boleh mendapatkan semua jenis makanan yang anda mahukan di sini. Ini termasuklah makanan Barat, makanan Arab mahupun makanan tradisional Malaysia seperti makanan Melayu, Cina dan India. Baru ni sebuah restoran baru telah dibuka. Terletak di kawasan tumpuan penduduk, Gemas Chicken Rice Laguna Merbok baru memulakan operasinya. Gemas Chicken Rice memang terkenal di selatan tanah air.
Gemas Chicken Rice atau Nasi Ayam Gemas adalah centusan resepi rahsia Encik Mustafah. Lebih dikenali sebagai Pak Mus adalah pengasas Nasi Ayam Gemas. Beliau berpengalaman bekerja di restoran Cina Hainan sejak berumur 17 tahun.
Pak Mus memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1980. Sejak itu Nasi Ayam Gemas mendapat sambutan hebat dari penggemar nasi ayam.
Gemas Chicken Rice laguna Merbok sentiasa menyajikan nasi ayam yang berkualiti tinggi dan segar. Ini bagi memastikan nasi ayam sentiasa terjamin kualitinya.
Portion hidangannya agak besar. Malah, ayam yang dihidangkan juga besar dan gemuk saiznya.
Antara kelainan hidangan nasi ayam di sini adalah ayamnya dihidangkan dengan sos istimewa di pinggan ayam (biasanya orang hidang dengan kicap). Sos ni macam berminyak dan ada rasa bijan yang kuat. Rasanya manis masin, tetapi sangat kena dengan rasa ayam.
Nasinya wangi dan rasa kuat stok ayam dalam nasi. Nasinya dimasak sempurna, tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembik. Ayamnya, walaupun saiz besar, dimasak dengan baik hingga ke tulang. Isinya berjus tetapi kulitnya dimasak baik. Memang gandingan yang baik dengan sos istimewa ayam ni.
Sup yang dihidangkan sekali dalam set ni pula memang pekat rasa ayamnya, mungkin dimasak menggunakan rebusan ayam sebenar dan bukan sekadar perencah stok ayam.
Kedai ini mempunyai pelanggan yang terdiri dari semua bangsa dan latar belakang termasuklah kaum Melayu, Cina, India dan juga pekerja swasta dan kerajaan. Semua orang tidak mengira pangkat dan darjat akan singgah di Gemas Chicken Rice Laguna Merbok. semua ingin menikmati nasi ayam yang menepati cita rasa dan selera mereka.
Suasana Gemas Chicken Rice agak baik, dengan kedai yang luas dan bersih. Terdapat kerusi anak kecil dan tandas pun cukup bersih dan berfungsi dengan baik.
Mungkin kerana baru dibuka. Semoga dikekalkan tahap kebersihan dan perkhidmatan yang baik.
Alamat : No. 49, Persiaran BLM 6/2, Laguna Merbuk,Sungai Petani
No. Telefon : 012-267 9486
Waktu Perniagaan : Rabu hingga Isnin 11.30pagi hingga 9.00 malam (Tutup Selasa)
Facebook: Gemas Chicken Rice