Mencari kedai foodtruck yang menarik di Putrajaya?
Imej via Integratedinfo
Bagi yang sudah lama tidak menjejak ke Putrajaya, tau tak sekarang ni Putrajaya dah ada Foodtruck Hotspot! Putrajaya Foodtruck Hotspot ni terletak berhampiran dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Foodtruck hotspot ni juga terletak bersebelahan dengan tasik Putrajaya dan menawarkan pelbagai menu yang boleh anda cuba!
Kawasan ini menjadi daya penarik bagi pelancong bagi menikmati hidangan yang simple dan pantas dalam keadaan santai. Macam-macam pilihan menarik yang ada daripada makanan tempatan hinggalah ke barat. Anda pasti pening kepala nak test yang mana satu! Berikut kami senaraikan antara foodtruck yang best di sana!
Imej via Lano’s Foodtruck
Lano’s Foodtruck menawarkan pelbagai pilihan ice blended dan milkshake yang sedap! Selain itu, anda juga boleh memilih makanan ringan seperti lokcing sate ikan, lamb premium, softshell crab dan big plate.
Imej via Paparizzo Foodtruck
Jika anda peminat makanan ala barat, maka anda harus singgah di sini! Paparizzo mempunyai pelbagai pilihan yang best dan antara yang sering dipesan pengunjung di sini ialah cheesy meatball! Patty di sini kesemuanya homemade dan anda pasti sukakannya!
#3 Roti John Cheese Putrajaya Foodtruck
Imej via Roti John Cheese Putrajaya
Roti John Cheese Putrajaya memang sedap! Anda boleh cuba Roti John pendek special atau Roti John panjang special. Beli lah satu yang panjang dan makan beramai-ramai. Antara yang wajib anda cuba juga ni!
Imej via Wanderlust
Terasa nak makan ayam goreng ala-ala KFC? Nah, KFC juga ada di sini tetapi bukan Kentucky Fried Chicken tetapi Kelantan Fried Chicken! Banyak pilihan menu ayam goreng yang lazat dan kami biasanya akan memesan ayam gunting dan berkongsi beramai-ramai.
Mereka juga ada menawarkan air buah big cup dengan hanya RM5! Percayalah big cup tu tak boleh habis minum sorang!
Imej via The Legend Bandung
Bosan dengan makanan ala Barat? Nah, anda boleh menikmati pilihan mee seperti mee bandung, mee rebus, tauhu, satay dan macam macam lagi. Air yang mereka tawarkan? Semestinya air bandung!
Imej via Dani’s Recipe
Sedap merindu! Ya itu hashtag Dani’s Recipe dan sememangnya sedap sampai merindu betul! Anda wajib cuba Roasted Chicken Wings Spicy dan juga Cheese Spaghetti!
Putrajaya Foodtruck Hotspot dibuka setiap hari bermula dari jam 5 petang sehinggalah jam 11 malam. Ada banyak lagi foodtruck yang sedap di sini selain daripada yang kami sebutkan di atas. Jadi pastikan anda singgah ke sini jika berada di Putrajaya!