Pasti ada yang menantikan buffet Ramadan Villa Istana Melaka pada tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, Villa Istana Melaka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadan yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan.

Buat pengetahuan anda, ini merupakan tahun ketiga penganjuran buffet Ramadan di Villa Istana Melaka. Sambutan memang sangat memberansangkan sehingga mencecah ratusan pelanggan setiap hari pada Ramadan sebelumnya.

Buffet Ramadan ini akan berlansung bermula 28 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 pada setiap hari kecuali Isnin. Buffet bermula dari 6.00 petang sehingga 8.30 malam. Nak rasai kemeriahan berbuka di sini? Ini info yang anda perlu tahu!

Menu Menarik dan Kemudahan

Pasti ada yang tertanya-tanya tentang juadah yang bakal disajikan. Kebanyakan menu merupakan menu tradisi dan kegemaran rakyat Malaysia sepanjang Ramadan.

Apa yang menarik, lebih 50 sajian istimewa disediakan buat pengunjung termasuklah Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Dendeng, kerabu, spaghetti Aglio Olio dan banyak lagi! Memang mengiurkan!

Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan gerai makanan yang memasak secara langsung. Lamb Grill, Roti John, Char Kuey Teow dan ABC antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Semuanya disediakan secara langsung dan anda dapat menikmati hidangan yang masih panas lagi!

Antara faktor dalam memilih lokasi untuk berbuka puasa semestinya kemudahan yang disediakan. Jangan risau, kemudahan di sini disediakan dengan baik seperti surau, tandas serta parkir yang luas dan percuma. Tempat ini juga mesra keluarga, kanak-kanak dan warga emas.

Tak cukup dengan itu, pengunjung juga berpeluang untuk ootd dengan pelbagai latar yang cantik. Jika ada yang tak tahu, Villa Istana Melaka sebenarnya terletak di perkarangan Istana Melaka. Jadi, sambil berbuka puasa bolehlah anda bergambar di dalam istana ini.

Harga Buffet Ramadan

Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi serendah RM 64 untuk dewasa manakala RM 43 untuk kanak-kanak dan warga emas. Namun harga ini terhad sebelum 23 Mac 2023.

Jangan risau jika tidak berkesempatan untuk mendapatkan harga early bird, kerana harga asal masih berpatutan dan mampu milik iaitu RM 69 untuk dewasa manakala RM 48 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Khas buat mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka untuk korporat, asnaf, anak yatim dan OKU, harga istimewa yang lebih berbaloi akan ditawarkan! Khas buat mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka untuk korporat, asnaf, anak yatim dan OKU, harga istimewa yang lebih berbaloi akan ditawarkan!

Tunggu apa lagi? Jom berbuka bersama yang tersayang di Villa Istana Melaka. Pelbagai menu menarik menanti anda serta kemudahan memang lengkap. Sesekali berbuka di luar pasti memberikan memori manis sepanjang Ramadan.

Maklumat Lanjut

Alamat: Lot 11319 PM1313 , Jalan TU1, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka

Facebook: Villa Istana Melaka

Info buffet Ramadan: Villa Istana Melaka

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.