Ditempatkan di Subang sahaja pada mulanya & dilebarkan cawangan di Sunway setelah meraih ramai pelanggan.

Ayam yang ditawarkan Nomms didatangkan dengan tiga jenis pilihan yang berbeza: original, pedas & ‘flavour of the month’. Semuanya sangat berjus, garing diluar & lembut di dalam. Setiap suapan pasti membuat anda semakin lapar!

Imej via funntaste

Imej via foundgroundmates

Hot & Spicy ini sebenarnya sangat pedas. Tidak keterlaluan pedasnya tapi jangan terlalu yakin ketika makan terutama sekali bagi sesiapa yang tidak tahan pedas!

Bagi perisa ayam goreng original, ianya bukanlah seperti ayam goreng biasa yang ada di restoran lain. Rangupan kulit ayam boleh membuatkan anda tidak tidur malam mengenangkan kesedapannya!

Untuk ‘flavour of the month’, Nomms akan ubah perisanya setiap tiga bulan. Ayam goreng perisa telur masin Nomms boleh dikatakan kegemaran ramai pengunjung! Garing & bertepung diluar & berjus di dalam, keenakannya diyakini ramai.

Selain ayam goreng, Nomms juga ada menghidangkan burger & pilihan makanan lain. Ayuh serbu Nomms untuk menikmati makanan menarik mereka!

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.