Australia salah sebuah negara yang banyak memiliki tempat yang menarik untuk dilawati. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati adalah Great Barrier Reef, pergunungan dan pedalaman Flinders dan banyak lagi.
Australia antara 10 buah negara yang memiliki minoriti Islam yang paling ramah menurut Global Muslim Travel Index 2018. Bagi anda yang akan mengunjungi Australia, tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak restoran halal di sini.
Kelihatan permaidani indah dari Afrika Utara menghiasi ruangan restoran ini. Marrakech Morrocan Restaurant ini diiringi muzik Arab yang mengasyikkan.
Antara menu yang boleh anda dapati di sini adalah melwi (roti khas Morocco bersama campuran keju dan daging kambing), baby spinach dan juga harissa iaitu pasta cili pedas. Ia dimasak di atas pan bersama minyak argan.
Anda boleh juga mencuba bestella iaitu hidangan ayam yang ditabur badam panggang, kayu manis dan gula aising. Ia dibungkus dengan filo pastry dan disajikan bersama salad.
Selain itu juga, afrah tangine yang merupakan daging kambing dimasak bersama kayu manis, madu, plum, badam panggang dan bijan cukup menyelerakan.
Restoran ini dibuka pada sebelah petang hingga ke malam iaitu mulai jam 5.30 petang hingga 11.30 malam.
Alamat : 91 O’Connel Street, North Adelaide 5006, Australia Selatan.
Restoran ini ditubuhkan sejak 40 tahun yang lalu telah mempunyai ramai pelanggan tetap. Hidangan di restoran ini yang terjamin kualitinya membuatkan ia sering dikunjungi pelanggan. Dekorasi restoran adalah sangat ringkas dan kelihatan agak kuno, namun ia bukanlah satu halangan untuk pelanggan menjamu selera di sini.
Menu utama di restoran ini adalah falafel, shesh kebab dan juga shesh kafta. Anda yang tidak makan daging boleh juga memesan vege falafel yang mempunyai keunikan tersendiri. Restoran ini sentiasa memenuhi permintaan pelanggan yang datang menjamu selera tanpa gagal. Ia dibuka mulai jam 5.30 petang hingga jam 10.00 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
Alamat :Jalan 131B Hindley St, Adelaide, Australia Selatan
Salah satu restoran Morocco yang terbaik berada di Australia. Ruang dalaman restoran mempunyai rekabentuk yang elegan dan kontemporari.
Anda boleh mencuba pelbagai makanan dari Timur Tengah di sini. Antara menu yang sering menambat hati pelanggan adalah daging rusuk panggang bersama buah delima dan kerepek kentang, ayam bakar bersama kismis, badam, bijan dan madu, cendawan Bersama keju mozzarella, lemon dan kekacang serta banyak lagi hidangan yang enak.
Anda boleh mencuba hidangan di restoran ini mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam pula.
Alamat : 21/1000 Ann St, Fortitude Valley QLD 4006, Australia
Terdapat sebuah lagi restoran dari Timur Tengah yang melebarkan sayap perniagaannya di Brisbane. Restoran yang dikenali dengan nama Mado Restaurant ini juga merupakan restoran halal. Ia menawarkan hidangan istimewa dari Turki yang enak serta bermutu tinggi.
Menu yang boleh anda dapati di sini adalah kuzu sis iaitu daging kambing bersama nasi, roti Turki bakar dan salad. Selain tu, tavuk sis iaitu ayam pedas dihidang bersama nasi, roti Turki bakar dan juga salad. Anda juga boleh mencuba biftek izgara iaitu steak daging yang dibakar dengan arang dan disajikan bersama nasi, roti Turki bakar dan salad.
Sememangnya menu di sini begitu menyelerakan.
Restoran ini dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga jam 9.00 malam setiap hari.
Alamat : 1-3/15 Tribune St, South Brisbane QLD 4101, Australia
Restoran yang menyajikan hidangan dari Indonesia turut terkenal di Australia. Ia bukan sahaja menghidangkan menu dari Indonesia, malah turut menyajikan menu dari negara Asia lain juga.
Oleh kerana ia menyajikan hidangan dari Indonesia dan Asia yang lain, maka tidak hairanlah restoran ini mendapat tempat di hati pelancong Islam. Anda boleh mendapatkan nasi ayam penyet di sini. Bukan itu sahaja pelbagai makanan lain seperti rendang ayam, sambal tempe goreng, lodeh, sambal tumis,sate ayam dan daging, karipap dan bermacam lagi.
Pastinya anda gembira dapat menikmati selera Asia di Australia ini.
Ia dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 11.00 pagi hingga jam 3.00 petang sahaja. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad ianya tutup dan tidak beroperasi.
Alamat : 6/24 Cavenagh St, Darwin City NT 0800, Australia
Satu lagi restoran yang menyajikan pelbagai menu dari Indonesia dikenali dengan nama Sumatra Café. Ramai pelanggan menjamu selera di sini menjelang tengahari memandangkan lauk pauk yang disediakan cukup banyak.
Pelbagai makanan dan lauk tengahari disediakan buat para pengunjung. Antara lauk yang disediakan adalah seperti kari daging, masak lemak ayam, sayur goreng, sambal tempe, masak lodeh, terung sambal, semur daging dan banyak lagi.
Anda boleh juga mencuba air batu campurnya yang begitu menyegarkan, tambahan pula dimakan bersama kacang merah, jeli dan buah – buahan.
Alamat :Jalan 38 Smith, Darwin Utara
Jika anda inginkan makanan dari Kashmir dan India Utara, datang lah ke The Saffron Waterfront Indian Restaurant ini. Ia berada berhampiran pelabuhan di Hobart, Tasmania.
Sumber daging yang digunakan sebagai hidangan merupakan daging halal sahaja.
Pelbagai pilihan menu yang boleh anda nikmati di sini iaitu, tandoori chicken, Kashmiri masala, mango chicken, naan, kari dan banyak lagi menu menarik untuk dicuba.
Untuk makan tengahari restoran ini beroperasi mulai jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Manakala ia dibuka semula pada jam 5.00 petang hingga 10.00 malam untuk hidangan makan malam pula.
Alamat : Jalan Hunter 15, 7000 Hobart
Restoran Efendy terletak di bangunan dua tingkat di mana di sebelah bawah merupakan tempat santai yang ceria manakala di sebelah atas pula merupakan ruangan yang lebih ekslusif. Ia merupakan restoran kegemaran ramai masyarakat di Sydney yang menawarkan pelbagai hidangan dari Turki.
Anda boleh saja memesan charcoal mangal, cerkez tavugu, findik lahmacun dan banyak lagi menu menarik.
Alamat : Jalan Elliott 79 (sudur Jalan Darling) Balmain, New South Wales 2041
Restoran Zaaffran ini sangat mudah diakses dan masih berada di kawasan Sydney. Ia terletak di Darling Harbour memberikan anda pemandangan yang begitu menarik ketika menjamu selera.
Menu yang anda boleh cuba di sini hidangan kari lobster bersama sup kelapa laut yang dikenali dengan nama naaz-e-dariya. Hidangan istimewa nasi biriyani saffron bersama ayam, garam masala serta pudina yang begitu mengenyangkan dan dikenali dengan Zaaffran Khoorus Biryani.
Atau boleh juga memesan karimeen ishtoo iaitu kari barramundi bersama halia, cili hijau dan biji mustard. Kesemua makanan di sini cukup menyelerakan.
Setiap hari ia dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 2.30 petang dan dibuka semula pada jam 6.00 petang hingga 9.30 malam.
Alamat : Level 2 345 Harbourside Shopping Centre, 10 Darling Drive, Darling Harbour, NSW – 2000, Australia
Inilah sahaja 9 buah tempat makan yang terdapat di sekitar Australia. Anda boleh memilih samada ingin mencuba hidangan barat, Timur Tengah, mahupun Indonesia. Semua enak dan sungguh menyelerakan.