Tempat ini kami pergi semasa kami ke Kuala Sleangor. Antara aktiviti kami lakukan di Kuala Selangor adalah makan cendol bakar, melihat kunang-kunang dan melawat Taman Melawati. Sebenarnya banyak sahaja kedai makan ikan bakar sekitar Kuala Selangor.
Tetapi kerana inginkan yang terbaik, maka kami pun bertanya penduduk sekitar tersebut.
Aroma Ikan Bakar paling sedap kata mereka, Mereka kata boleh sahaja makan sekitar ini, kerana Aroma itu jauh juga letaknya. Ianya mengambil sekitar 20 minit daripada pekan Kuala Selangor. Arghh, alang-alang menyeluk perkasam, perut kami utamakan. Lalu bermulanya perjalanan kami ke Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.
Jalan Pantai Jeram, Jeram, Selangor.
Perjalanan pada waktu malam mungkin sedikit memeningkan. Kami cadangkan anda bertolak ketika hari masih cerah. Kalau anda menggunakan GPS, tentu tiada masalah untuk mencari kedai ini. Sepanjang ke sini kami agak tersesat sehinggakan masuk ke kawasan orang Cina. Memang banyak kedai, tetapi semua masakan Cina. Hehe.
Memang agak jauh dari pekan Kuala Selangor. Walau bagaimanapun hadiahnya sangat berbaloi. Pastikan anda yang tinggal sekitar Selangor untuk makan di sini suatu hari nanti. Tempat letak keretanya juga banyak, jadi anda tidak perlu terlalu risau tentangnya. Tempat makan ini terletaknya berdekatan dengan jeti dan pantai.
Jadi, jika anda datang awal, bolehlah melayan matahari terbenam di sini. Sambil-sambil membawa anak berjalan-jalan di pantai.
Apa yang kami suka makan di sini adalah tempatnya sangat besar. Daripada tempat makan ala-ala parkir, kepada tempat makan biasa dan dewan. Rasanya boleh memuatkan 400 orang pada suatu masa. Mungkin kalau inginkan sesuatu yang segar, buatlah kenduri kahwin di sini. Hehe, makanan pasti sedap-sedap.
Walau bagaimana pun untuk makan di parkir, anda perlu membayar sejumlah wang. Tetapi bagi kami berbaloi kerana pemandangannya sangat cantik. Bersebelahan pantai sambil lihat matahari terbenam. Pandai tuan kedai ini melakukan perniagaannya.
Ini antara menu yang boleh dicuba.
Review kami?
Kesedapan? Kami berikan 9/10. Kami sukakannya. Hampir sama sahaja jika anda makan di tempat ikan bakar terbaik yang lain.
Suasana? Besar dan selesa. Kami sukakannya. Tidak panas dan boleh sahaja duduk di dewan kalau mahu.
Harga? Bagi kami harganya berpatutan. Tidak terlalu mahal dan tidaklah terlalu murah.
Memang menarik membawa keluarga berjalan-jalan di Kuala Selangor.