Anda peminat nasi kandar dan kari kepala ikan? Jika ya, jom terus membaca artikel yang ditulis kami tentang Anuar Kari Kepala Ikan. Tempat ini terletak di Bangsar dan terkenal juga sebagai kari kepala ikan bawah pokok.
Alamat lengkap untuk tempat makan ini adalah seperti dibawah.
Jika menggunakan GPS koordinat kedai ini adalah 3.128472, 101.668771
Ramai memuji tempat makan ini dan dikatakan kari kepala yang tersedap di Kuala Lumpur. Betul atau tidak, kami serah kepada anda untuk membuat penilaian jika anda pernah cuba makan di sini. Apabila datang di sini, anda kenlah beratur. Sememangnya ramai orang yang datang ke sini untuk merasai keenakkan kari. Ianya dibuka setiap hari kecuali Ahad.
Image:Foursquare
Memang tidak dinafikan, anda juga yang menjual kari kepala ikan di Kuala Lumpur ini, tetapi Anuar Kari Kepala Ikan ini boleh dikatakan tempat makan ikan kari yang menarik dan antara yang terbaik untuk dicuba. Rasanya dikatakan memang pior kari mamak. Jadi, jika anda peminat kari mamak, tempat ini adalah jawapannya.
Rata-rata pengunjung berpuas hati kami apabila dapat makan dan ‘pekene’ kepala ikan ni. Cubalah, nescaya anda juga mungkin akan kata terbaik dan sedap.
Walaubagaimanapun, terdapat menu lain yang anda boleh cuba di sini. Antaranya adalah ayam goreng dan sotong goreng. Menu ini juga mendapat cadangan ramai.
Sememangnya kebanyakkan pengunjung memesan kari kepala ikan bersama ayam goreng dan sotong. Sayurnya pula adalah sayur taugeh.
Kedai makan di sini juga terkenal dengan harga RM3nya. Kenapa RM3? Apa yang anda dapat dalamnya? Untuk menu RM3 ini, anda akan perolehi ayam goreng dan sayur taugeh bersama nasi. Wah, mana hendak dapat dengan harga sebegini di Kuala Lumpur. Cukup murah dan berbaloi.
Bagaimana pula dengan harga di sini? Jangan risau, ianya tidak mahal dan sangat berpatutan. Harganya bergantung kepada saiz kepala ikan.Tidak percaya, anda makan di sini dan bandingkanlah dengan tempat makan ikan kari lain.
Selain kari kepala ikan ini saya lihat Kepala ikan yang saya makan adalah kepala ikan tenggiri.
Rasanya itu sahaja yang dapat kami ceritakan tentang Anuar Kari Kepala Ikan. Kesimpulannya, anda patut datang sahaja ke sini.