, ,

Red Wok Bangi: Steamboat Bangi Yang Menarik

Red Wok Bangi

Kedai makan yang akan ditulis adalah tentang Red Wok Bangi. Red Wok Bangi adalah antara kedai makan steamboat di Bangi yang menjadi pilihan.

Untuk penduduk tetap Bangi, tempat makan steamboat ini tidaklah perlu diperkenalkan. Ramai sudah tahu tentang kedai makan ini. Kedai merah yang tersergam indah di bucu jalan.

 

Red Wok Bangi

Imej via Foursquare

 

Tradisi Steamboat

Steamboat adalah sebenarnya makanan ala-ala makanan Cina Malaysia. Ianya seolah-olah perhimpunan meja bulat di mana-mana tengahnya mempunyai periuk yang mengukus sup. Sesi makanan ini bukan jenis sesi makan malam di mana segala-galanya selesai pada tempat duduk yang sama tanpa bangun.

Steamboat adalah makan malam yang santai dan dimakan bersama-sama keluarga sambil menunggu sup mendidih dan makanan yang dikukus siap.

Apa yang berlaku di dalam periuk berkuah? Nah, ada pelbagai jenis makanan yang boleh dimasukkan. Antaranya adalah seperti pelbagai jenis daging, ikan dan makanan laut seperti sotong, kerang dan ketam, tauhu, pelbagai jenis bebola ikan, bebola sotong dan banyak lagi.

 

Keunikkan Red Wok Bangi

Tempat makan di sini sangat luas dan sesuai untuk membawa ahli keluarga yang ramai. Biasanya anda tidak perlu membuat tempahan kerana ianya sangat besar dan tempat duduk yang banyak. Restoran ini terbahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian All You Can Eat Steambot dan satu lagi All You Can Eat Sizzling Steambot. Semuanya terserah kepada anda.

Di sini anda boleh memilih untuk masak secara kukus menggunakan kuah tomyam, kuah herba ataupun kuah sup. Bagi kami, kalau makan di sini, kuah tomyam mungkin menjadi pilihan. Ianya turut mempunyai sos rahsia yang terdiri daripada dua jenis.

 

Red Wok Bangi

Imej via Foursquare

 

Red Wok Bangi

Imej via theVocket

 

Hampir 100 jenis makanan anda boleh pilih untuk dikukus bersama -sama kuah yang tersedia. Kemudiannya, bayangkan pula kesedapan makanan itu dicelup dan dimakan bersama-sama sos rahsia. Aduh, sedapnya! Dan sudah tentu di sini turut menyediakan pencuci mulut yang sedap-sedap.

Antara menu kegemaran ramai adalah udang atau sotong telur masin. Ini menjadi menu popular dan wajib ambil apabila di sini.

 

Alamat dan Waktu Operasi

Kedai makan ini sebenarnya terletak di Bangi,walaupun alamat menggunakan nama Taman Kajang Impian. Manakla waktu operasi pula berlainan setiap hari.

Secara umumnya sama hari biasa, ianya dibuka daripada pukul 6 petang sehinggalah tengah malam. Manakala pada hari minggu, Sabtu dan Ahad, ianya dibuka mulai pukul 12 tengah ahri dan sehinggalah tengah malam. Restoran Red Wok Bangi juga dibuka untuk sesi tenga hari iaitu daripada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang untuk Isnin hingga Jumaat.

Nama restoran : Red Wok Restoran
Alamat : Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Layari Facebook Page dan website restoran ini.
Waktu beroperasi :

Isnin 12–3pm, 6pm–12am
Selasa 12–3pm, 6pm–12am
Rabu 12–3pm, 6pm–12am
Khamis 12–3pm, 6pm–12am
Jumaat 6pm–12am
Sabtu 12pm–12am
Ahad 12pm–12am

Kesimpulannya, tempat makan ini adalah sesuai untuk kumpulan yang ramai dan bagi mereka yang ingin duduk lama berborak-borak dengan ahli yang datang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

d'kayangan steamboat

Steamboat Shah Alam : Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan Pilihan Ramai?

Melantak Steak Hub

Melantak Steak Hub Melaka : Kedai Makan Western Di Melaka TERBAIK