Restoran Nasi Kandar apa yang terbaik di Kuala Lumpur? Anda ada cadangan?

Kuala Lumpur adalah bandar paling ramai penduduk dan terkenal di Malaysia. Bandar ini meliputi kawasan seluas 243 km2 (94 batu persegi) dan mempunyai penduduk dianggarkan sebanyak 1.6 juta tahun 2012. Kuala lumpur, juga dikenali sebagai Lembah Klang, adalah aglomerasi bandar sebanyak 7.2 juta. Ia adalah antara kawasan yang paling pesat berkembang metropolitan di negara ini, dari segi penduduk dan ekonomi.

Namun ada dan wujud ke restoran Nasi Kandar yang terbaik di Kuala Lumpur? Kalau di Kuala Lumpur sedang hujan sekarang pergi “pekena” Nasi kandar Pulau Pinang memang terbaik. Rasanya kebanyakkan rakyat malaysia khasnya penduduk daripada ‘penang’ pasti menggemari makan nasi kandar ni betul tak?

Di kawasan Kuala Lumpur juga ada sebuah restoran nasi kandar yang menjadi kegemaran ramai salah satunya ialah Mohd Yaseen Nasi Kandar P.Pinang. Anda pernah datang ke sini?

Dengan lukisan yang dipenuhi dengan makanan laut seperti udang, ikan bawal, sotong, ketak dan ayam serta terdapat juga bulan sabit dan bintang menjadi pilihan tuan restoran sebagai logo atau signboard yang diletakkan di restorannya.

nasi-kandar-yaseen-3

Pelbagai lauk

Kita bukan bercakap mengenai signboard restoran tetapi kita bercakap pasal “Nasi Kandar”. Pelbagai lauk pauk yang sangat lazat yang pastinya anda akan terliur. Anda boleh pilih berbagai bagai hidangan seperti ayam goreng rempah, udang galah goreng dan macam – macam lagi.

nasi-kandar-yaseen-1

Kadang-kadang panjang sampai ke luar

nasi-kandar-yaseen

Cuba teka berapa?

Harga makanan di restoran Mohd Yaseen Nasi Kandar P.Pinang ini berpatutan ke? Pada pendapat kami harganya amat berpatutan dan sepadan dengan kelazatan makanan makanannya. Jangan risau, harga burged ditulis di papan harga di setiap tempat makanan disediakan.

Jika anda di kuala lumpur sekarang, apa kata anda “pekena” nasi kandar di restoran Mohd Yaseen Nasi Kandar P.Pinang ini?

 

Mohd Yaseen Nasi Kandar P.Pinang
351 & 353 Jalan Tunku Abd. Rahman, 50100 Kuala Lumpur.
Tel: 013-269 48927

Mohd Yaseen Nasi Kandar P.Pinang

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.