Pernah makan asam pedas Muar? Asam pedas Muar antara asam pedas yang menarik untuk dicuba selain asam pedas Melaka. Asam pedas muar biasanya boleh didapati di Parit Jawa. Anda boleh ke medan asam pedas di sana. Dalam banyak-banyak kedai, kedai Asam Pedas Mak Pon ini merupakan kedai yang menjadi kegemaran ramai.

Kedai ini diuruskan oleh Mak Pon dan juga anaknya. Asam pedas Mak Pon ini terletaknya di No. 6 Medan Asam Pedas yang terletak di Parit Jawa,  Johor untuk lebih tepat lagi. Koordianat GPS adalah : 1.950661,102.635049. Antara tempat makan menarik untuk penggemar asam pedas.

 

Asam Pedas Mak Pon

Masakan yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah ikan kembung asam pedas. Walau bagaimaapun jangan risau, ada sahaja pelbagai ikan yang boleh dipilih. Antaranya seperti ikan merah. Saiz ikan dan kesegaran memang terjamin.

 

asam-pedas-mak-pon

Makan dengan telur dadar memang terbaik

 

asam-pedas-mak-pon-1

Meleleh tak?

 

asam-pedas-mak-pon-3

Bahagian depan kedai

 

Waktu sesuai untuk Asam Pedas Mak Pon adalah pada lewat sarapan dan waktu tengahari. Bermula 8 pagi sehingga 4.30 petang.

Masakan Asam Pedas Mak Pon adalah sangat sedap dan segar. Ikannya sangat segar kerana ianya diambil daripada nelayan yang pergi laut yang tidak jauh daripada situ. Hanya 100 meter sahaja jaranya jeti kecil dengan kedai ini. Jadi kalau ke sini boleh pergi melihat jetinya sekali. Panorama yang biasanya tiada di bandar.

Menurut ramai orang, apa yang menarik di sini adalah kerana kesegaran dan saiz ikan yang besar. Tambahan resipi asam pedasnya juga unik.

Jadi apa lagi, jom terjah.

 

Gambar kredit : Foursquare

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.