Mencari restoran ikan bakar di KL?

Tidak lengkap rasanya jika menyebut tentang makanan tetapi tidak menyebut ikan bakar bersama-samanya. Bukan satu, dua tempat sahaja yang menyediakan hidangan ikan bakar.

Namun, jika anda berada atau bakal berkunjung ke Kuala Lumpur tidak lama lagi, apa kata anda singgah di 13 restoran ikan bakar di KL yang kami senaraikan ini?

Pastikan anda pulang dengan pengalaman makan seperti yang anda tonton di rancangan makan-makan di kaca tv!

#1 Gerai No. 3, Medan Ikan Bakar Bellamy

Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10.30 pm manakala Ahad (10 pagi – 11 malam)

Ya, gerai ini terletak di sebuah medan ikan bakar yang paling terkenal di KL. Ada banyak gerai yang boleh anda singgah, namun gerai no. 3 merupakan antara yang top di sini.

bellamy

Imej via Foursquare

Sotong boleh diperolehi dengan harga diantara RM 8 hingga RM 20 mengikut saiz manakala ikan pula pada harga RM 10- RM30 bergantung kepada saiz dan jenis ikan yang dipilih.

Semestinya ikan bakar di sini turut mendapat pujian ramai. Ikannya segar dan tidak berbau hanyir langsung. Bila dibakar, harum aromanya. Memang akan terliur jika anda terhidu!

#2 Pak Lang Ikan Bakar

Alamat:  7, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 4 am

pak lang ikan bakar

Imej via Instagram

Restoran ini juga wajib termasuk dalam senarai restoran ikan bakar di KL yang sedap-sedap. Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran ini, aroma ikan bakar yang harum pasti akan membuatkan anda terpikat.

Restoran ini menyediakan masakan kampung, memang sesuai dinikmati untuk makanan tengah hari. Segala jenis ulam-ulaman, sayur-sayuran dan lauk-pauk boleh didapati di sini. Terbaik!

#3 Restoran Sambal Hijau

Alamat: 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 12.30 am

Nama restoran ini sudah tidak asing lagi buat warga KL. Asas menu mereka adalah masakan Melayu dan Minang, dan menu yang disediakan juga berbagai.

ikan bakar

Imej via Foursquare

Ikan bakar merupakan salah satu menu yang laku keras di restoran ini. Ada berbagai jenis ikan yang boleh dipilih, cencaru merupakan antara yang wajib anda cuba di samping lauk-pauk lain.

#4 Kak Ton D Cafe

Alamat: 12, Jalan Dutamas Seroja 3, Taman Segambut Sppk, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am

Restoran Kak Ton D Cafe ini terkenal dengan menu nasi campurnya. Lauk-pauk yang disajikan berasaskan masakan kampung, memang kena dengan citarasa orang kita.

kak ton d cafe

Imej via Foursquare

Melihat barisan ikan yang dibakar sudah cukup untuk menaikkan selera sesiapa sahaja. Itu baru melihatnya, bayangkan sendiri rasanya bagaimana. Dijamin padu!

#5 Restoran Raso Omak Den

Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7.30 am – 5 pm

Restoran ini mudah menarik hati peminat bukan saja yang cenderung kepada ikan bakar malah kepada masakan Melayu yang menjadi cirri-ciri utama dalam masakan mereka seperti masak lemak cili api.

ikan bakar kl raso omak den

Imej via Foursquare

Harga dikenakan mengikut jenis lauk-pauk dan jumlah kuantiti yang diambil. Selain itu, Restoran Raso Omak Den menyediakan ruang yang luas dan selesa selain susunan perabot ala-ala kopitiam. Cukup santai!

#6 Mat Teh Ikan Bakar Pasar Dato’ Keramat

Alamat: Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11 am – 4 pm

Mat Teh Ikan Bakar yang terletak di Pasar Dato’ Keramat ini adalah satu lagi pilihan ikan bakar yang kerap mendapat reaksi positif daripada peminat ikan bakar.

ikan bakar pasar keramat

Imej via Foursquare

Seperti biasa, harga ikan bergantung kepada jenis dan saiz, bermula dari RM 4 serta disajikan bersama-sama dengan sambal asam dan pelbagai pilihan ulam-ulaman.

Ikan bakarnya meandapat pujian ramai. Isi ikan yang lembut cukup enak dinikmati bersama sambal kicap. Makan pula bersama nasi panas-panas, memang terangkat!

#7 Ikan Bakar Semporna

Alamat: Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 4 pm – 12 am

Restoran Ikan Bakar Semporna ini menyediakan masakan Sabah yang terkenal. Kebanyakan bahan masakan yang digunakan juga diiambil dari sana, jelas menunjukkan yang masakan Sabah di sini asli resepinya.

ikan bakar semporna

Imej via Foursquare

Ikan bakar merupakan atara menu yang wajib anda cuba di samping makanan Sabah yang lain. Memang sedap kalau dinikmati bersama latok, kami berani jamin!

#8 Restoran Gerak 23

Alamat: Lot 2959, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 12 am

Satu lagi restoran yang menyediakan masakan kampung yang bleh anda singgah ialah Restoran Gerak 23. Menyediakan aneka jenis lauk-pauk, ikan bakar juga merupakan antara menu terlaris di sini.

restoran gerak 23

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis ikan yang boleh didapati. Cencaru, pari, kembung, keli dan banyak lagi ada disediakan di sini. Jika dicicah bersama sambal kicap yang pedas, pasti menyelerakan!

#9 Ikan Bakar Banjir

Alamat: Jalan Jambu Mawar, Taman City, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11 am – 4.30 pm

Mengapa ‘banjir’? Rasanya anda sudah boleh teka kenapa – semestinya kerana ikan bakar di restoran Ikan Bakar Banjir ini dibanjiri dengan kuah yang istimewa.

ikan bakar kl

Imej via Foursquare

Kuah yang membanjirinya tidaklah terlalu cair, jadi ianya menaikkan lagi keenakkan ikan bakar yang disajikan. Ikan bakarnya juga dihidangkan di atas daun pisang, membuatkan aromanya cukup memikat!

 

#10 Cik Melur Permaisuri (IKAN BAKAR)

Alamat: Lot A4, Pusat Penjaja Bdr, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Sri Permaisuri 6, Cheras, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am

Keenakkan ikan bakar bukan sahaja terletak pada ikan bakar tersebut, malah sambal, sos atau kuah yang disediakan bersamanya juga memainkan peranan yang penting.

ikan bakar kl

Imej via Instagram

Restoran Cik Melur Permaisuri ini bukan sahaja menyediakan ikan bakar yang enak, malah sambal yang disediakan juga manis dan pedas. Sangat cocok jika digandingkan bersama ikan bakar yang dibakar dengan sempurna.

#11 Golek Golek Restaurant

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 pm – 12 am

Ikan bakar selalunya disediakan begitu sahaja untuk dicicah bersama kuahnya. Paling-paling pun, ada sambal biasa sahaja di atasnya. Teringinkan kelainan untuk menu ini namun masih kekal sedap?

ikan bakar kl petai

Imej via Foursquare

Cubalah ikan bakar sambal petai di Golek Golek Restaurant ini. Walaupun cara penyediannya jarang didengari, namun keenakkan tidak terperi!

Hal ini turut diakui ramai pelanggan yang meninggalkan ulasan positif tentang ikan di sini. Sambal petai yang pedas menaikkan lagi rasa ikan bakar yang sedap.

#12 Pak Din Ikan Bakar

Alamat: Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10 am – 4 pm

Selalunya ikan bakar disediakan bersama sambal kicap atau air asam yang sedikit. Namun, berbeza pula dengan cara ikan bakar di restoran Pak Din Ikan Bakar ini.

ikan bakar kl pakdin

Imej via Foursquare

Ikan bakar di sini dibanjiri dengan kuah yang banyak. Bukan sahaja menambahkan lagi keenakkan ikan, malah ianya juga menaikkan aromanya yang cukup wangi. Tengok gambar pun nampak menyelerakan!

#13 Haiqal Ikan Bakar

Alamat: 28-40, Jalan Taman Melati 11, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 12 am

Di Taman Melati, restoran ikan bakar yang wajib anda kunjungi ialah restoran ini – Haiqal Ikan Bakar. Restoran ini lebih kerap dikunjungi pelanggan pada waktu malam.

haiqal ikan bakar

Imej via Foursquare

Ikan bakar merupakan antara menu yang laku keras di sini. Ada berbagai jenis ikan yang boleh dipilih, jadi pesan sahaja ikan yang mana dan cara masakan kesukaan anda.

Kesimpulan

Yang mana menjadi pilihan kami? Secara jujurnya, kami sendiri rambang mata kerana semuanya enak-enak belaka. Jadi singgah sahaja di mana-mana restoran ikan bakar di KL ini jika berpeluang.

Anda juga digalakkan untuk datang pada waktu yang sesuai. Dikhuatiri akan berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran nanti kerana orang ramai. Selamat menjamu selera!

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.