Mencari tempat makan cendol di Penang?

Penang atau Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri Utara yang kaya dengan pelbagai jenis tarikan. Bukan sahaja tarikan pelancongan, malah tempat makan di sini juga berbagai dan sedap-sedap belaka.

Ini termasuklah dengan tempat makan cendol. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 tempat makan cendol di Penang yang wajib anda singgah. Teruskan membaca!

#1 Penang Road Famous Teochew Cendol

Alamat:  4 2, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Jumaat 10.30 am – 7 pm dan Sabtu – Ahad 10 am – 7:30 pm

Nama gerai cendol ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Penang Road Famous Teochew Cendol ini sememangnya antara tempat makan cendol di Penang yang cukup tersohor.

penang road famous teochew cendol - tempat makan cendol penang
Imej via Foursquare

Mula beroperasi sejak tahun 1936, cendol di sini masih kekal dikenali sebagai antara cendol tersedap di Penang. Santan yang berlemak serta kacang merah yang enak menjadikan cendol di sini begitu lazat.

Kacang merah yang digunakan dikatakan direbus selama 4 jam, jadi tidak hairanlah ianya begitu lembut. Santannya berlemak namun tidak memuakkan, malah menyelerakan. Harga untuk semangkuk besar ialah RM 4.20, memang berbaloi.

#2 Ais Tingkap

Alamat:  2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm

Ais Tingkap ini bukan sahaja terkenal dengan minuman ais parutnya, malah cendol mereka juga tidak kurang hebatnya. Ada pelbagai jenis cendol yang boleh anda pesan jika singgah di sini.

ais kachang - tempat makan cendol penang
Imej via Foursquare

Antaranya ialah Cendol Pulut, Cendol Jagung dan Cendol Special. Santannya memang lemak berkrim dan kemanisannya juga seimbang. Untuk cendol jagung, ramai pelanggan memuji rasa jagung yang segar dan manis. Memang padu!

#3 Joo Hooi Cafe

Alamat: 475, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 5.30 pm

Bagi yang ingin menikmati cendol yang bukan sahaja sedap malah berpatutan harganya, anda wajib singgah di Joo Hooi Cafe yang terletak di Jalan Penang. Kafe ini dibuka seawal jam 9.30 pagi, jadi bolehlah anda singgah bersarapan di sini.

tempat makan cendol penang - joo hoi cafe
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan cendol yang sangat istimewa. Rata-rata pelanggan yang mencubanya mengakui yang cendol di sini boleh buat anda teringat-ingat akan kelazatannya. Secukup rasa, berlemak dan semestinya kena dengan citarasa ramai.

Sedikit tips buat mereka yang menggemari cendol yang berlemak, anda boleh minta jagung lebih untuk rasa cendol yang lebih manis dan berlemak. Dijamin puas hati!

#4 Penang Cendol Enterprise

Alamat: 25, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10:30 am – 7 pm

Juga dikenali dengan nama Penang Road Famous Cendol, Penang Cendol Enterprise ini juga terletak berdekatan dengan Penang Road Teochew Cendol. Namun, ianya adalah gerai cendol yang berbeza.

penang road famous cendol enterprise - tempat makan cendol penang
Imej via Foursquare

Bagi yang menggemari cendol yang manis, kami yakin anda pasti akan menggemari cendol di gerai ini. Kacang merahnya juga turut mendapat pujian kerana kelembutan dan rasanya yang manis. Rugi jika tak cuba!

#5 Cendol Pulut Last Corner

Alamat: Kampung Seberang Paya, 11900 Bayan Lepas, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 10 am – 6 pm

Bagi yang ingin menikmati cendol yang dikatakan padu dan berlemak, anda boleh singgah di Cendol Pulut Last Corner. Restoran ini terletak di Bayan Lepas dan dibuka seawal jam 10 pagi.

cendol pulut last corner
Imej via Foursquare

Cendolnya tidak terlalu manis namun masih secukup rasa. Harga yang ditawarkan juga memang diakui murah. Jangan lupa untuk minta kacang merah lebih untuk rasa cendol yang lebih kick.

#6 Kulim Road Best Cendol

Alamat: No 12, Tingkat Tenang, Taman Tenang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 11:30 am – 5:30 pm

Cendol pulut pasti merupakan antara jenis cendol kegemaran anda, bukan? Untuk menikmati cendol pulut yang diburu ramai, ini antara gerai cendol di Bukit Mertajam yang sesuai dengan citarasa anda – Kulim Road Best Cendol.

kulim road best cendol
Imej via Foursquare

Pulut yang kenyal, kacang merah yang dimasak dengan sempurna, cendol yang seimbang kemanisannya dan santan yang berlemak merupakan antara keistimewaan cendol pulut di gerai ini. Memang dipuji ramai, anda pasti akan ketagih dengannya!

#7 Swatow Lane Ice Kacang

Alamat: E, 102, 1, Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Sebaik sahaja melihat cendol di Swatow Lane Ice Kacang ini, kami yakin anda pasti akan jatuh cinta. Mana tidaknya, ianya bersaiz besar namun harganya cukup berpatutan.

swatow lane cendol penang
Imej via Foursquare

Mula beroperasi sejak tahun 1923 lagi, jenis cendol yang cukup digemari ialah cendol kacang. Rata-rata pelanggan gemar memesan kacang lebih. Selain itu, cendol jagungnya juga turut mencuri tumpuan ramai.

#8 Cendol Asli Pak Haji

Alamat: Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm

Sambil bersiar-siar sekitar Pantai Miami Green, apa kata anda singgah menjamu selera di gerai Cendol Asli Pak Haji? Gerai ini telah beroperasi sejak lebih 10 tahun lepas, dan cendol yang disajikan memang diburu ramai pelancong.

cendol asli pak haji
Imej via Instagram

Cendol istimewa yang wajib anda pesan ialah cendol durian. Cendolnya sendiri sudah sedia enak, bayangkan jika dinikmati bersama durian yang segar, lembut isinya dan manis rasanya. Gabungan yang cukup mantap!

#9 Gerai Cendol Pak Sharif

Alamat:  Lorong Kampung Jawa, 8, Jalan Bahagia, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 2:30 – 7 pm

Berada sekitar Bayan Lepas? Ini adalah salah satu gerai cendol yang popular sekitar sini – Gerai Cendol Pak Sharif. Alang-alang berada di sini, singgahlah menikmati minum petang di gerai ini.

pak sharif cendol
Imej via Foursquare

Cendol di sini berharga serendah RM 2.50, memang murah. Bukan itu sahaja, jenis cendol juga memang berbagai. Ada cendol biasa, cendol durian dan cendol jagung. Durian dan jagungnya juga kerap diberikan dalam jumlah yang banyak, sangat berbaloi.

#10 Dell Cendol Jones Road

Alamat: Jalan Jones, 10250 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa dan Khamis, 12 – 6 pm

“Cendol yang berkrim dan tidak terlalu manis. Sangat menyegarkan tekak!” – ini merupakan antara ulasan positif yang diberikan oleh pengunjung gerai cendol ini. Jelas membuktikan yang cendol di sini bukan biasa-biasa.

dell cendol jones road
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba cendol biasa, cendol pulut dan cendol durian. Ianya sememangnya manis berkrim dan isi durian serta pulut yang disajikan juga turut digemari ramai. Kacang merahnya juga lazat, memang padu.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan cendol di Penang yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.