Mencari tempat makan sup di KL?
KL sememangnya kaya dengan pelbagai tempat makan yang menawarkan variasi genre makanan. Sebut sahaja apa yang anda mahu – menu sarapan, masakan kampung, makanan Thai dan makanan Barat, semuanya ada.
Ini termasuklah dengan tempat makan sup yang sedap. Jadi, berikut kami senaraikan 11 sup di KL yang boleh anda singgah. Teruskan membaca!
Alamat: 9, Jalan Puah Jaya 1, Taman Setapak Indah Jaya, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 8.30 am – 8 pm
Antara tempat makan sup di KL yang paling popular ialah Restoran Sup & Popia Zaiton Hussin. Restoran ini menyediakan sajian sup yang berbagai di samping popia basah.
Sup yang pekat dan kaya dengan rasa merupakan antara daya penarik hidangan utama di sini. Anda boleh cuba sup kambing dan sup daging yang cukup lembut isinya, satu mangkuk memang tidak pernah cukup!
Alamat: 13, Jalan AU 2/17, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 8 pm
Negeri Utara sememangnya terkenal dengan sajian bihun sup. Jika anda berada di KL, anda masih boleh menikmati hidangan tersebut, tak perlu jauh-jauh ke Kedah. Singgah sahaja di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara.
Selain bihun sup, anda juga boleh memesan sup daging dan sup tulang. Dagingnya memang juicy dan lembut, supnya juga disajikan panas-panas dan secukup rasa. Harga untuk semangkuk sup juga berpatutan dengan kualiti daging yang cemerlang.
Alamat: 57A, Jalan Doraisamy, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 – 11.30 pm
Sukakan sup yang sedikit pedas rasanya? Kebanyakan sup rasanya kurang pedas, jadi jika anda menggemari jenis sup yang pedas namun masih boleh dinikmati dengan penuh selera, singgah sahaja di Sup Haji Abu.
Restoran ini sudah beroperasi lebih 30 tahun, namun menurut pelanggan setianya, rasanya tetap sama. Sup kambing merupakan jenis sup yang menjadi pilihan ramai. Kaya dengan rasa dan tekstur, rugi jika anda tak cuba!
Alamat: NO 4 JALAN 30A/146 DESA TASIK, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 12 am
Berada sekitar Sungai Besi? Sup Meletup Asli merupakan tempat makan sup yang cukup tersohor sekitar sini. Menyajikan sup yang pelbagai jenis dan rasa, restoran yang awalnya bermula dengan gerai biasa kini sudah mempunyai restorannya sendiri.
Dari nama ‘meletup’, semestinya anda menjangkakan yang sup di sini sedap dan pedas, bukan? Rata-rata pelanggan yang mencubanya mengakui yang supnya bukan sahaja lazat, malah cukup rasa pedas dan masinnya.
Alamat: Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 11.59 pm
Restoran Sup Al-Deen – nama restoran yang pasti sudah tidak asing lagi, tambahan pula jika anda merupakan penggemar sup. Restoran yang terletak di Jalan Raja Abdullah ini sentiasa ramai dengan pelanggan.
Hal ini disebabkan oleh kelazatan sup yang secukup rasa dan berempah. Disebabkan itu, aroma sup yang disediakan juga harum. Sup kambing merupakan hidangan yang berjaya mencuri hati ramai, anda wajib cuba sendiri!
Alamat: Bangunan Dato Haji Suhaimi, 2002, Jalan Sentul Pasar Dalam, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 – 11 pm
Satu lagi tempat makan sup di KL yang patut dikunjungi ialah Sup Salim. Restoran ini juga sesuai disinggah bagi mereka yang ingin bersantai dengan rakan-rakan.
Sup ayam, sup daging, sup burung puyuh, sup kambing dan sup International merupakan antara jenis sup yang boleh didapati di sini. Sup kambing adalah jenis sup yang diburu ramai, enak dinikmati bersama roti.
Alamat: Jln Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 8 am – 3 pm
‘Daging yang lembut dan sup yang kaya dengan rasa’ – ini merupakan salah satu komen positif yang diberikan oleh pelanggan Restoran Sururi tentang sup yang disajikan. Jelas menunjukkan yang kelazatan sup di sini memang tiada tandingan.
Sup daging merupakan hidangan yang sentiasa menjadi rebutan. Buktinya ialah sup ini kerap kehabisan kerana terlalu banyak menerima pesanan. Untuk tidak terlepas peluang, singgah sahaja pada waktu yang sesuai.
Alamat: Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 8 pm
Satu lagi tempat makan sup di KL yang menyediakan sup selera Utara ialah D’Pendang Sup Utara. Terletak di Setiawangsa, ada beberapa jenis sup yang boleh anda pilih. Ianya juga enak dinikmati bersama bihun jika anda mahu.
Sup daging, sup perut, sup kambing dan sup tulang adalah antara sup yang pasti memikat hati anda. Saiz hidangan juga besar, jadi anda pasti akan meninggalkan kedai makan ini dengan kekenyangan dan kepuasan hati.
Alamat: Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm
Bukan mudah untuk merasai sup tulang yang kena dengan citarasa ramai. Untuk itu, singgah sahaja di Restoran Ani Sup Utara yang cukup terkenal dengan aneka jenis sup yang disediakan.
Sup Gearbox adalah jenis sup yang kami sarankan untuk anda cuba. Tekstur sup yang pekat, saiz tulang yang besar serta isi daging yang cukup lembut, hidangan ini sesuai dinikmati untuk 2-3 orang.
Alamat: No 8, AB/2, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 8 am – 2 pm
Restoran Pak Abu Sup Ekor yang terletak di Jalan Pantai Baharu ini menyediakan hidangan masakan kampung. Semestinya menu utama yang menjadi kegemaran ramai ialah sup ekor.
Bukan sahaja sedap, malah saiz hidangan juga memang besar. Untuk semangkuk sup, anda boleh dapat sekitar 3-4 ekor, memang banyak dan memuaskan hati. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.
Alamat: Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 8 pm
Bukan senang untuk jumpa kedai makan yang menyajikan sup gearbox yang bukan sahaja sedap, malah bersaiz besar. Jika anda singgah di ONR Sup Gearbox, kami yakin anda pasti akan terpegun dengan sup di sini.
Saiz tulangnya memang besar dan sup yang disajikan juga cukup sedap. Kaya dengan rasa dan tebal tekstur kuahnya. Sup lain seperti sup daging dan sup perut juga tidak kurang hebatnya. Ianya lembut dan harganya juga berpatutan.
Sudah jumpa tempat makan sup di KL yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu jika berpeluang.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!