Mencari restoran nasi kandar di KL?
Nasi Kandar adalah salah satu menu terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Ia bukan saja terkenal kerana ia berasaskan nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia, tetapi lauk yang dihidangkan juga cukup melengkapkan makanan ruji kita.
Di Kuala Lumpur, terdapat beberapa lokasi Nasi Kandar yang cukup tersohor. Jadi, berikut kami senaraikan 15 restoran nasi kandar di KL. Teruskan membaca!
Alamat: 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm
Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah lokasi yang boleh dikatakan terkenal dengan nasi kandarnya. Lokasi nasi kandar yang pertama terletak di no. 351 & 353, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Ia dinamakan sebagai Mohd Yaseem Nasi Kandar.
Lokasinya mudah dicari kerana bertentangan dengan Sony, tidak jauh daripada Honda, dan juga lokasi penting lain kepada pelancong seperti Tune Hotel.
Ia pernah muncul di dalam akhbar The Star sebagai nasi kandar paling sedap yang pernah dimakan oleh penulisnya. Oleh itu, bagi sesiapa yang tercari-cari nasi kandar di lokasi tersebut, jaminan ini penulis berikan kepada peminat nasi kandar untuk menjejakkan kaki di sini.
Alamat: Medan Selera Kompleks C, Lorong Sultan, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm manakala Rabu & Sabtu 8 am – 12 pm
Zainul Nasi Kandar ini adalah lokasi mendapatkan nasi kandar yang diketahui umum. Kuah kari dan ayam gorengnya dikatakan adalah pilihan ramai bagi yang biasa mengunjunginya.
Selain itu, pilihan lauk lain seperti ikan goreng dan sotong goreng juga turut menjadi pilihan ramai. Jangan lupa untuk menikmatinya bersama sayur tauge, bendi, papadom dan telur masin. Kuah banjir wajib dipesan untuk lebih kick!
Alamat: No.1 & 3, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm
Restoran yang beroperasi sejak tahun 1974 ini bermula dengan kedai kopi sahaja. Kini, ianya mempunyai pelbagai cawangan di Lembah Klang dan salah satu cawangan yang popular ialah di Cheras.
Semestinya lauk yang menjadi buruan pelanggan ialah ayam goreng. Rangup kulitnya dan lembut isinya, ianya sangat enak dinikmati panas-panas walaupun dimakan begitu sahaja. Jangan lupa untuk minta kuah campur, dijamin padu!
Alamat: 170, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 10 pm
Berada sekitar Kampung Baru? Alang-alang berkunjung ke kawasan ini, singgahlah menjamu selera di Nasi Kandar LC. Restoran ini mempunyai pelbagai cawangan dan salah satunya terletak di Kampung Baru.
Lauk-pauk yang berbagai seperti ayam goreng, kari kepala ikan, telur sotong dan lamb shank boleh didapati di sini. Kari kepala ikan merupakan lauk yang laku keras, saiznya juga besar. Bikin rambang mata, cuba sahaja kesemuanya!
Alamat: 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Khamis 8 am – 6 pm, Jumaat 8 am – 12.45 pm, 2 – 8 pm & Sabtu 8 am – 7 pm
Nama Restoran Kudu Bin Abdul sudah menghiasi kebanyakan laman web pelancongan yang terkenal, jelas membuktikan yang restoran nasi kandar ini cukup terkenal di KL.
Menyajikan lauk-pauk yang berbagai, antara lauk yang menjadi pilihan ramai ialah ayam kicap masak ros. Dinikmati bersama nasi panas-panas bersama kuah campur yang padu, kami yakin satu pinggan pasti tidak cukup untuk anda.
Alamat: 43, Jalan AU 3/1, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 8 am – 8 pm
Perlukan rasa kari yang berbeza? Untuk citarasa kari Melayu dalam nasi kandar anda, anda boleh cuba memandu ke Keramat iaitu Jalan AU 3/1. Di situlah terletaknya Suberi Nasi Kandar.
Sebuah lagi cawangan mereka terletak di Setiawangsa. Kari kambing merupakan lauk yang kerap disebut-sebut oleh pelanggannya. Kuah karinya secukup rasa dan pekat teksturnya, kambing juga lembut. Rugi jika tak cuba!
Alamat: 1, Jalan 51a/230, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm
Bagi penggemar kari dan nasi kandar, anda wajib singgah di Restoran Alam Baiduri. Rata-rata pelanggan di sini menggemari lauk kari yang disajikan. Pekat, kaya dengan rasa dan aromanya cukup menggamit selera.
Anda boleh cuba kari kambing, kari kepala ikan dan kari daging. Lauk-pauk lain seperti kurma ayam, ayam goreng dan daging kicap juga boleh didapati. Jangan lupa untuk minta kuah kari lebih, pasti tidak akan menyesal.
Alamat: 58, Jalan Segambut Pusat, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6 am – 9.45 pm
Nasi kandar yang disajikan panas-panas yang dinikmati bersama kuah campur yang sempurna gabungannya – satu nikmat yang tidak terhingga buat pencinta nasi kandar. Untuk itu, singgah sahaja di Saddam Nasi Kandar.
Restoran ini sentiasa ramai dengan pelanggan, jelas membuktikan kelazatan nasi kandar di sini. Lauk-pauk yang berbagai pilihan pasti boleh menggamit selera dan buat anda rambang mata. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Alamat: No 1, 3, Jln Bandar, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am
Jika anda amat mementingkan kebersihan, Restoran Nasi Kandar Deen menyediakan ruang yang bersih dan selesa untuk menjamu hidangan nasi kandar mereka yang tidak kurang hebatnya.
Kari sotong, ayam goren, kari telur ikan, kari kepala ikan dan kari daging merupakan antara lauk-pauk yang diburu ramai. Kuah karinya memang beraroma dan secukup rasa, jadi tidak hairanlah ramai menggemarinya.
Alamat: 1, Jalan Ara SD 7/3a, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm
Nama pun nasi kandar sedap, semestinya ia sudah menggambarkan kelazatan nasi kandar di restoran ini. Lauk-pauk yang disediakan juga ada banyak pilihan.
Ayam goreng merah merupakan lauk yang mencuri tumpuan ramai. Ianya digoreng rangup dan kaya dengan rasa herba yang cukup sedap. Lebih enak jika dinikmati bersama nasi yang dibanjiri dengan kuah campur.
Alamat: Tingkat G, 2, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm
Cawangan restoran ini sudah pun mencapai hampir 30 buah termasuk di luar negara. Malah, tidak mustahil jika anda pernah menemuinya cawangan mereka di lokasi anda berada atau sudah biasa dengan namanya. Salah satunya terletak di Bangsar.
Pilihan utama Nasi Kandar Pelita sebenarnya adalah sambal udang, daging kicap, dan burung puyuh. Menurut pihak restoran sendiri, Nasi Kandar Pelita masih mengekalkan resepi asal nasi kandar dalam masakan mereka.
Alamat: 68, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 7 pm
Bertentangan dengan SSF Creative Lifestyle Hub, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Restoran Ibramsha Nasi Kandar adalah satu lagi lokasi penting nasi kandar berhampiran SOGO.
Seperti biasa, jika anda datang pada waktu tertentu seperti tengahari hari bekerja, maka anda perlu turut sama beratur dengan pelanggan yang lain. Selain itu, ayam masak kicapnya juga adalah menu yang mendapat perhatian.
Alamat: Jalan PJU 1a/4a, 47310 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm
Tak perlu jauh-jauh ke Penang untuk menikmati nasi kandar yang asli dan berkualiti tinggi, singgah sahaja di Nasi Kandar Penang Road yang terletak di Petaling Jaya ini.
Nasi kandar kuah banjir di sini cukup enak dinikmati bersama lauk signature mereka iaitu ayam goreng bawang. Bukan sahaja rangup, malah aromanya juga harum. Kuah lebih merupakan antara pesanan wajib kebanyakan pelanggan, jadi jangan lupa untuk cuba!
Alamat: 293G, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 8 pm, Jumaat 12 – 1 pm, 2:15 – 8 pm
Satu lagi restoran nasi kandar di KL yang wajib anda kunjungi ialah Nasi Kandar Beratur 786. Mula beroperasi di Pulau Pinang, restoran ini telah meluaskan cawangannya hingga ke KL. Kepada peminat nasi kandar, anda memang wajib serbu!
Sambal daging, ayam goreng dan kari ikan merupakan antara lauk-pauk yang terlaris. Kuah campurnya juga membuatkan ramai ketagih, tidak hairanlah ramai orang sanggup beratur jika ke restoran ini. Sesuai dengan namanya!
Alamat: 293G, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 12 – 8 pm, Jumaat 12 – 1 pm, 2.15 – 8 pm
Dari luar restoran nasi kandar ini, anda boleh melihat barisan pelanggan yang sanggup beratur untuk menikmati nasi kandar mereka yang cukup istimewa. Meskipun perlu beratur, servis yang diberikan memang baik, jadi anda tak perlu risau.
Barisan lauk yang dimasak dengan pelbagai cara dapat dilihat sebaik melangkah masuk ke restoran ini. Ayam madu, ayam kicap, kari kepala ikan dan kari daging merupakan antara lauk yang sering dipilih untuk nasi kandar, cukup menggamit selera!
Sudah jumpa tempat makan nasi kandar di KL yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu jika berpeluang.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!