Taiwan antara negara yang boleh dilawati dan menjadi destinasi percutian buat anda. Banyak tempat – tempat menarik yang terdapat di sini. Biarpun ia sebuah negara yang majoriti penduduknya berbangsa Cina dan bukan Islam, namun terdapat segelintir penduduk beragama Islam.

Oleh sebab itu anda tidak perlu khuatir setibanya di Taiwan ini kerana di Taipei masih terdapat beberapa restoran halal yang boleh memenuhi permintaan anda. Malah, ada restoran yang telah pun berbelas tahun lamanya beroperasi di Taipei ini.

#1. Chang Beef Noodle Shop

Hidangan berasaskan mee bukanlah sesuatu yang asing di Taipei. Sememangnya kebanyakan hidangan di sini berasaskan mee untuk santapan harian selain nasi.

Beef Noodle

Imej via facebook

Kebanyakan hidangan mee di sini dihidangkan menggunakan bahan – bahan tidak halal. Namun, di Chang Beef Noodle Shop ini, ia menyajikan hidangn mee dengan kuah daging yang enak. Hirisan dagingnya begitu lembut sekali.

Beef Noodle @ Chang

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba menu selain mee iaitu pangsit daging rebus dan juga pangsit daging goreng yang sememangnya enak sekali.

Alamat : No. 21, Yanping South Road, Zhongzheng District, Taipei City

#2. Hui Guan

Restoran Hui Gan merupakan restoran yang menyajikan makanan halal. Ia juga dimiliki oleh seorang yang beragama Islam iaitu Li Hai – Jung.

Bento @Hui Guan

Imej via facebook

Menu hidangan yang disajikan di sini adalah berasaskan makanan tradisi orang Taiwan. Pelbagai menu berasaskan sayuran dan lauk pauk boleh didapati di sini. Harga  makanan di sini juga cukup berbaloi.

Stir Fried Chicken @ Hui Guan

Imej via facebook

Anda boleh memesan mee lentil, telur bitan, pangsit serta pelbagai hidangan daging serta kambing yang mengiurkan.

Alamat : No.9, Alley 51, Lane 12, Section 3, Bade Road, Songshan District, Taipei City

#3. Fried Chicken Master – Cabang Gongguan

Ingin menikmati hidangan ayam goreng yang rangup dan sedap di Taiwan tanpa rasa was – was ? Pastikan anda mencubanya di Fried Chicken Master. Ia memiliki sijil pengiktirafan halal dari komuniti Muslim di Taiwan.

Fried Chicken @ FCM

Imej via facebook

Anda boleh mencuba Taiwanese Street Food yang popular seperti chicken pop corn, chicken fillet, kentang goreng dan banyak lagi. Selain itu juga anda boleh menyegarkan kehausan anda dengan aneka jus buah – buahan dan juga teh.

Fried Chicken @ FCM

Imej via facebook

Alamat : No. 158, Sec. 3,Tingzhou Road, Zhongzheng District, Taipei

#4. Avignon Vegetarian Restaurant

Restoran yang memiliki sijil pengesahan halal ini menyajikan hidangan vegetarian untuk para pelanggannya. Pemilik restoran ini merupakan seorang chef di Institute Kulinari di Amerika.

Vegetarian @ Avignon

Imej via facebook

Anda tidak perlu ragu dengan masakan yang dihidangkan, sudahlah halal, malah begitu lazat sekali.

Vege Pasta @ Avignon

Imej via facebook

Antara menu yang disediakan pula selain menu vegetarian terdiri dari pizza, sup, steak, aiskirm dan juga pelbagai jenis kek sebagai hidangan pemanis mulut.

Alamat : 1F., No.292, Sec. 1, Daye Rd., Taoyuan Dist., Taipei City 330

#5. Ice Monster

Tatkala tekak terasa ingin menikmati sesuatu yang manis dan segar, segeralah ke Ice Monster. Ia menyajikan pelbagai hidangan serba manis di Ice Monster, samada sejuk atau pun panas.

Ice Cream @ Ice Monster

Imej via facebook

Anda boleh mencuba semangkuk ais serut berperisa susu bersama potongan buah strawberi segar di siang hari. Pada sebelah malam pula, anda boleh menikmati sup halia bersama ubi dan juga kuih beras.

Bubur Ubi @ Ice Monster

Imej via facebook

Alamat : No. 16, Song Gao Rd., Xin-Yi District, Taipei (Taipei City Hall Station Exit 3)

#6. ABAD Indian Kitchen

Restoran yang terletak di bandar Taipei ini menyajikan hidangan makanan India yang sememangnya menjadi kegilaan ramai pelancong Muslim yang datang ke Taiwan. Selain rasanya yang enak, harganya juga tidak terlalu mahal.

Nasi Beriyani @ Abad

Imej via facebook

Suasana restoran juga agak selesa dan tenang sesuai untuk anda menjamu selera. Antara hidangan yang boleh anda temui di sini adalah nasi beriyani, kari kambing, kari kerala, ayam masala, roti nan, capati, ladu dan banyak lagi.

Kari Masala @ Abad

Imej via facebook

Restoran ini dibuka pada sebelah petang iaitu mulai jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Selain pelancong luar, masyarakat tempatan juga sering menjamu selera di sini bersama keluarga.

Alamat :  No. 130, Guangfu North Road, Songshan District, Taipei City, Taiwan

#7. Safranbolu Turkish Restaurant

Taiwan tidak hanya dikelilingi dengan restoran Cina dan India, malah ia juga mempunyai restoran berasaskan menu dari Turki. Restoran Turki yang terkenal kebab gulungnya dikenali dengan nama Safranbolu Turkish Restaurant.

Lamb @ Safranbolu

Imej via facebook

Kebanyakan menu di restoran ini adalah menu authentic dari Turki yang sememangnya asli. Pilihan daging serta bahan – bahan lain adalah segar dan berkualiti.

Rolled Kebab @ Safranbolu

Imej via facebook

Ruang makan di restoran ini pula begitu nyaman, luas dan selesa untuk seisi keluarga menjamu selera. Tentang halal, restoran ini memiliki sijil pengesahan halal yang diiktiraf.  Jadi, sila datang menjamu selera di sini tanpa ragu.

Alamat : Jalan Nanjing Timur, Nomor 60, Distrik Zhongshan

#8. Mayur Indian Kitchen

Sebuah lagi restoran hidangan makanan India turut terdapat di sini. Restoran ini menyajikan pelbagai menu makanan India.

Tandori @ Mayur Kitchen

Imej via facebook

Menu yang menjadi pilihan ramai adalah kari kerana memiliki rasa yang unik serta istimewa. Rempah ratus asli dari India digunakan untuk menghasilkan hidangan yang begitu enak.

Vegetables @ Mayur

Imej via facebook

Restoran ini turut menyajikan hidangan berasaskan vegetarian buat santapan para pelanggan yang tidak makan makanan berdaging. Ia dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang, dan kemudian dibuka semula pada jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.

Alamat : No. 38 Section 1, Xinsheng North Road, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10491

#9. Kunming Islamic Restaurant

Restoran ini telah beroperasi sejak 17 tahun yang lalu. Ia antara restoran terawal di Taipei. Restoran ini dimiliki oleh Yaacob Mah dan Chef Fatima yang sememangnya begitu memegang ajaran Islam. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menjamu selera di sini.

Samosa @ Kunming

Imej via facebook

Antara makanan yang dihidangkan di restoran ini adalah berasaskan menu dari India, Timur Tengah dan juga tempatan. Anda boleh memilih samada menu tempatan atau menu hidangan India atau Timur Tengah.

Burmese Cold Tea Salad @ Kunming

Imej via facebook

Menu dari India dan Timur Tengah terdiri dari ayam tandoori, kebab, nasi biriyani, kofta, capati, samosa dan banyak lagi. Manakala menu tempatan terdiri dari burmese cold tea salad, coleslaw tea mud dan banyak lagi.

Restoran ini dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang dan kemudian dibuka semula pada jam 5.30 petang hingga 9.00 malam.

Alamat : No. 26, Lane 81, Fuxing North Road, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105

Pastinya selepas ini anda akan menjadikan Taiwan sebagai salah satu destinasi percutian anda. Makanan halal bukan masalah lagi.

Pilihan makanan juga banyak yang boleh anda pilih mengikut selera anda. Jika rindukan kari dan capati, tidak perlu gusar lagi jika berada di Taiwan ini.

Hanya perlu menyimpan artikel ini sebagai panduan sebelum anda bercuti ke Taiwan bagi memudahkan perancangan awal dilakukan.

Penulis: Harwati Rukari

Harwati Rukari

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.