Mencari kedai kek di Melaka?
Melaka sememangnya sebuah negeri yang mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja terkenal dengan tempat bersejarah, malah tempat makan di sini juga ada berbagai jenis.
Ini termasuklah dengan kedai kek yang agak banyak di sini. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 kedai kek di Melaka yang wajib anda serbu. Teruskan membaca!
Alamat: Lot G, 23 & 25, Jalan Mp4, Plaza Mahkota, 75000 Malacca
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm
Nadeje Plaza Mahkota, nama patisserie yang sudah tidak asing lagi di Melaka. Kek yang disajikan di kedai ini merupakan hidangan yang menjadi rebutan ramai, membuktikan yang ianya dijamin sedap.
Mula beroperasi sejak tahun 2006, kedai kek ini menyediakan pelbagai jenis kek. Anda boleh cuba kek Premium Black Forest, Green Tea, Musang King Durian, Red Berries Dream dan Malacca.
Selain kek biasa, mereka juga turut menyediakan kek mille crepe. Mango Yogurt, Royal Milk Tea, Strawberry dan Chocolate merupakan antara jenis yang anda boleh nikmati. Enak berkrim, pasti mencuri hati.
Alamat: 6, Jalan Bpm 5, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 11 am – 7 pm
Sebut sahaja kedai kek di Melaka yang best, pasti kedai Duchess of Cake ini akan tersenarai. Jenis kek yang disediakan ada bervariasi, dari kek cawan ke kek yang bertingkat-tingkat, semuanya ada.
Kek Pandan Gula Melaka, Classic Victoria Sandwich, Devils Chocolate, Pecan Butterscotch dan Lotus Biscoff merupakan antara yang terlaris. Manis, berkrim dan semestinya berkualiti tinggi.
Untuk kek cawan pula, anda wajib cuba Salted Caramel, Speculoos, Chocolate Oreo, Red Velvet dan Ferrero Rocher. Bersaiz sederhana besar, kek cawan di sini berharga sekitar RM6.
Alamat: 77, Jln Kota Laksamana 3/8, Taman Mahajaya, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Kafe ini menyajikan kek dan pastri Jepun-Perancis yang semestinya menggamit selera. Sama seperti namanya, kek di Handmade Bakery Cafe ini merupakan kek buatan sendiri dan menggunakan bahan premium.
Strawberry Cake, Choco Mint Cake, Rainbow Cake, Strawberry Sweet Heart Dome Cake dan Vanilla Taro merupakan antara kek mereka. Bukan sahaja menyelerakan, malah sangat cantik.
Alamat: Jalan Rahmat 1, Taman Malim Jaya, 75250 Malim Jaya, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 7.30 pm
Butter & Olive Pastry ini bukan sahaja mempunyai cawangan di Melaka, malah di serata Malaysia. Hal ini jelas membuktikan popularitinya, bukan biasa-biasa!
Antara kek yang laku keras di bakeri ini ialah Red Velvet Cake, Signature Sponge Cake, Pandan Layer Cake, Belgium Chocolate Cake dan Caramel Latte Cake. Jangan lupa untuk cuba swiss rolls mereka, dijamin enak tak terkata.
Alamat: 26, Jalan Kubu, 75300 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, 10 am – 7 pm, Jumaat – Ahad 10 am – 8 pm
Ini adalah antara kedai kek di Melaka yang menyediakan pelbagai pilihan kek mille crepe. Bukan mudah untuk menemui kedai kek yang menyajikan kek sebegini, jadi anda wajib singgah jika ke Melaka.
Original Vanilla, Matcha Tiramisu, Oreo Cheese, Sakura Pink Rose, Blueberry dan Choco Mint merupakan antara jenis yang disajikan. Memang berbagai rupa dan citarasa, alang-alang singgah, cuba sahaja kesemuanya.
Alamat: No1, Jalan KSB 17, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 8 pm
Sama seperti nama kedai kek ini, kek yang disajikan di Perfecto Bakery ini sememangnya sempurna. Dari segi keenakan, kualiti dan harga, kek di sini mendapat pujian yang tidak putus-putus daripada orang ramai.
Anda boleh cuba Pandan Layer Cake, Carrot Cake, Volcanic Burnt Cheese dan swiss rolls yang berbagai citarasa di sini. Ingin memesan kek untuk hari jadi? Bakeri ini juga turut menawarkan servis tersebut, namakan sahaja jenis kek yang diingini.
Alamat: No.41, Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 8 am – 7 pm
Bukan mudah untuk mencari bakeri yang menawarkan kek yang harganya berpatutan dan rasanya enak, namun berlainan pula dengan Muslimah Bakery yang terletak di Taman Pertam Jaya ini.
Kek yang terlaris di kedai kek ini ialah kek Chocolate Indulgence. Pekat, kemanisan yang secukupnya dan kaya dengan coklat yang rasanya seperti coklat premium. Alang-alang murah, pesan sahaja whole cake mereka. Pasti puas hati!
Selain itu, anda juga boleh menempah kek untuk hari jadi. Swiss roll, kek mentega, mufin dan kek cawan pelbagai topping dan perisa juga boleh dipesan. Memang beraneka!
Alamat: 26, Jalan Rahmat 3A, Taman Malim Jaya, 75250 Malim Jaya, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 9 pm
Walaupun baru sahaja beroperasi pada tahun 2018, kedai kek Chef K Pastry ini mendapat sambutan yang cukup memberansangkan daripada ramai pencinta kek. Agak-agak kenapa kek di sini begitu laris?
Ianya disebabkan oleh kualiti bahan yang digunakan yang sememangnya premium. Chef K Pastri menyediakan pelbagai pilihan kek, roti dan pastri yang pasti akan buat anda ketagih. Ada lebih 100 jenis pilihan, sangat berbagai.
Alamat: No 5 Jln PNBBU 1 Pusat Niaga Bkt Baru Utama, 75150, Malacca
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am -7 pm
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai kek ini, kami yakin anda pasti akan terpegun melihat barisan kek yang cantik-cantik dan harum aromanya. Pilihannya juga berbagai, jadi semestinya akan buat anda rambang mata.
Anda boleh pesan kek Rainbow Slice, Pecan Butterscotch Slice, Pandan Layer Slice, Macadamia White Slice dan Black Forest Slice. Berbagai citarasa, pasti kena dengan tekak anda. Selain itu, harganya juga berpatutan dengan kualiti hidangan.
Alamat: 7, Jalan PNBB 2, 75150 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 7am – 9.30 pm.
Satu lagi kedai kek di Melaka yang wajib anda serbu terutamanya jika anda ingin memesan kek hari jadi yang cantik ialah De More Bakery. terletak di Bukit Baru Seksyen IV, kedai kek ini dibuka seawal 7 pagi. Bolehlah anda singgah untuk sarapan pagi.
Setiap kek dan pastri di sini disediakan dari awal pagi lagi, jadi anda tak perlu menunggu pesanan terlalu lama. Antara pilihan kek yang boleh dicuba ialah Burnt Cheesecake, Hokkaido Cake, Lychee Rose Cake dan Red Velvet Blueberry Cake.
Alamat: No. 22, Jalan KSB 13, Taman Kota Syahbandar, Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 10 am – 7 pm, Ahad 10 am – 6 pm
Nama kedai kek ini seolah-olah menggambarkan perasaan kebanyakan pelanggan yang menikmati kek di sini. Keenakan kek di Happy Cake House ini semestinya akan buat anda gembira.
Kek yang ditempah mendapat pujian yang tidak putus-putus daripada pelanggan. Pesan atau minta sahaja jenis kek dan rekabentuk yang dimahukan, pasti anda akan berpuas hati seperti pelanggan yang lain. Cantik, berkualiti tinggi dan semestinya sedap!
Alamat: 590, Jln Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm
Kedai kek yang beroperasi sejak tahun 1986 ini kekal berdiri megah sebagai antara kedai kek yang terkenal di Melaka. Mereka menyediakan pilihan kek, roti dan pastri yang beraneka jenis, buatan sendiri dan berpatutan harganya.
Anda boleh menikmati Banana Cake, Black Forest, Japanese Charcoal Cheese, Pandan Chiffon dan Capuccino Cake. Selain itu, mereka juga turut menyajikan swiss roll yang sangat lembut dan berkrim. Pendek kata, memang tip top!
Sudah jumpa kedai kek di Melaka yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!