Tercari-cari tempat makan dim sum Halal di KL?

KL mempunyai banyak tarikan. Baik hiburan, tarikan pelancongan dan tempat makan, semuanya ada. Tempat makan di sini juga ada berbagai genre. Sebut sahaja apa yang anda mahu, pasti akan jumpa di sini.

Ini termasuklah dengan dim sum yang semestinya Halal dan lazat. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 tempat makan dim sum halal di KL. Teruskan membaca!

#1 Dolly Dim Sum

Alamat: Avenue K, G9, 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 9 pm

Nama restoran ini tidak perlu lagi kami perkenalkan kepada anda. Hal ini kerana Dolly Dim Sum merupakan antara restoran dim sum di KL yang cukup terkenal. Sebut sahaja dim sum, memang restoran ini wajib tersenarai.

dolly dim sum halal kl
Imej via Foursquare

Kepelbagaian jenis dim sum yang disajikan merupakan antara tarikan istimewa restoran ini. Antara yang wajib dicuba ialah Siew Mai, Har Gao, Szechuan dan Crystal Prawn. Bukan sahaja asli dan Halal, malah sangat sedap!

#2 Lai Po Heen

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 12 – 2.30 pm, 6 – 10.30 pm manakala Sabtu-Ahad 10 am – 2.30 pm, 6 – 10.30 pm

Mahu menikmati dim sum yang bukan sahaja Halal, malah premium? Untuk itu, singgah sahaja di restoran Lai Po Heen yang terletak di Hotel Mandarin Oriental.

lai po heen
Imej via Foursquare

Dim sum di sini disediakan oleh chef yang sememangnya pakar, jadi tidak hairanlah ramai terpegun dengan kelazatannya. Jenis dim sum yang disediakan juga beraneka.

Anda boleh menikmati Codfish Dumplings, Prawn and Water Chestnut Dumplings, Crispy Prawn Squid Dumplings dan Shanghai Dumplings. Harga bagi setiap 3 ketul dim sum ialah sekitar RM 36, berbaloi dengan kualiti yang dijanjikan.

#3 DIN by Din Tai Fung @Suria KLCC

Alamat: Suria KLCC, Lot 417 & 417A, Level 4, 405, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 11 am – 9 pm, Sabtu – Ahad 10.30 am – 9 pm

Din Tai Fung ini bukan sahaja mempunyai cawangan di Malaysia, malah di serata dunia. Salah satu cawangannya ialah di Suria KLCC. Cawangan ini menyajikan dim sum Halal yang diburu ramai penggemar dim sum.

din tai fung suria klcc dim sum halal kl
Imej via Foursquare

Chicken Xiao Long Bao, Shrimp Dumpling dan Vege Dumpling merupakan antara dim sum yang patut anda cuba. Sos yang disajikan bersama dim sum juga turut menerima pujian. Ianya tidak terlalu pedas namun tetap secukup rasa.

#4 Shang Palace

Alamat: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11:30 am – 2:30 pm, 6 – 8 pm

Bukan mudah untuk menemui tempat makan di KL yang menyajikan makanan Cina yang bukan sahaja Halal, malah asli. Salah satu restoran yang perlu disinggah untuk tujuan itu ialah Shang Palace yang terletak di Hotel Shangri-La.

shang palace dimsum kl halal
Imej via Foursquare

Dim sum merupakan antara menu utama yang disediakan di sini. Bao Yu Siu Mai Wong dan Siew Long Bao merupakan antara dim sum yang menjadi rebutan ramai pengunjung di sini. Lembut, kaya dengan rasa dan dikukus dengan sempurna.

#5 Amber (Chinese Muslim Restaurant)

Alamat: Unit 14, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.45 am – 8 pm

Amber merupakan restoran Cina-Muslim yang turut menyediakan dim sum asli dan Halal. Terletak di Bangsar South, restoran ini menyajikan beraneka jenis sajian Cina yang jarang didapati di negara kita.

amber dim sum halal kl
Imej via Foursquare

Chinese Steamed Bun, Beef Dumpling, Chicken Dumpling dan Roasted Bun merupakan antara yang boleh dicuba. Boleh juga dijadikan hidangan sampingan untuk makanan berat lain, pasti lebih menyelerakan!

#6 Siang Seafood Restaurant

Alamat: 6th Floor, Kompleks Sogo, 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 8 pm

Siang Seafood Restaurant merupakan antara restoran masakan Cina yang menyediakan dim sum Halal di KL. Restoran ini terletak di Sogo, jadi sambil membeli-belah bolehlah anda singgah menikmati dim sum mereka.

siang seafood
Imej via Foursquare

Dim sum yang menyelerakan yang disajikan di sini ialah Steamed Ha Kau, Siu Mai, Szechuan Siu Mai dan Shanghai Chicken Dumpling. Pilihan yang berbagai dan semestinya sedap, rugi jika anda tak cuba!

#7 Luk Yu Tea House

Alamat: 181, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 10 pm

Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran Luk Yu Tea House ini, kami yakin anda pasti akan kagum dengan konsep interiornya yang menarik. Elegan, bersih dan sesuai untuk bersantai.

luk yu tea house
Imej via Foursquare

Sambil bersantai, bolehlah anda cuba dim sum mereka yang memang laku keras. Anda boleh cuba Crispy Prawn Dumplings, Steamed Bun with Golden Custard dan Steamed Barbecued Chicken Bun. Menyelerakan dan dijamin mengenyangkan!

#8 Mohd Chan Dim Sum @ Sunway Geo Avenue

Alamat:  A-01-01, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 10 am – 8 pm, Sabtu – Ahad 8 am – 8 pm

Restoran Mohd Chan merupakan salah satu restoran Cina-Muslim yang sangat terkenal di Malaysia. Salah satu cawangannya yang terkenal dengan hidangan dim sum terletak di Sunway Geo Avenue di Subang Jaya.

mohd chan dim sum
Imej via Foursquare

Anda boleh menikmati aneka jenis dimsum seperti Chicken Siew Mai, Shang Hai Dumpling, Siew Bao dan Giant Chicken Bao. Saiz hidangan juga diakui besar oleh pengunjungnya, jadi kekenyangan semestinya terjamin.

#9 Mandarin Palace

Alamat: Level 2, No 35, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 2:30 pm, 6:30 – 8 pm

Dari namanya sahaja pasti anda boleh membayangkan interior restoran ini. Ianya kelihatan seakan-akan istana China yang cukup klasik, menjadikan suasana di sini begitu nyaman. Kebersihan di restoran ini juga turut menerima pujian.

mandarin palace
Imej via Foursquare

Untuk hidangan dim sum, rata-rata pelanggan di sini gemar memesan buffet dim sum. Ada pelbagai jenis dim sum yang disajikan di dalam bekas besar, sesuai dinikmati beramai-ramai sambil bersantai. Enak dan berbagai!

#10 Mastercook

Alamat: No. 15, Jalan Dwitasik 2, Dataran Dwitasik, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 8 pm

‘Dim Sum Halal yang sangat sedap’ – ini merupakan antara ulasan positif yang diberikan oleh kebanyakan pelanggan restoran cina-Muslim ini. Jelas menunjukkan yang dim sum di sini menjadi kegilaan ramai.

mastercook dim sum
Imej via Foursquare

Siew Mai, Szechuan Dumpling, Deep Fried Wantan Dumpling dan BBQ Chicken Pao adalah antara jenis dim sum yang terlaris. Chee Cheong Fun mereka juga turut menggamit selera, alang-alang pesan sahaja kesemuanya!

#11 Chynna

Alamat:  Level 5, 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Jumaat, Isnin & Selasa 12 – 2:30 pm, 6 – 10 pm, Sabtu – Ahad 11 am – 2:30 pm, 6 – 10 pm

Mahu menikmati dim sum premium di hotel bertaraf 5 bintang? Singgah sahaja di restoran Chynna yang bertempat di Hotel Hilton, KL yang menyediakan sajian Cina yang Halal.

chynna hilton
Imej via Foursquare

Anda boleh memesan Steamed Crystal Shrimp Dumplings, Fluffy Honey-Glazed Barbecued Chicken Buns, Steamed Black Truffle Dumplings dan Steamed Charcoal Buns. Nama pun hotel 5 bintang, semestinya hidangan di sini berkualiti tinggi.

#12 Dodo Dim Sum & Bowls

Alamat: Subang Parade, LG10 G2, Jalan Kemajuan Subang, Ss16, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm

Dodo Dim Sum & Bowls ini merupakan restoran Thai yang turut menyediakan pilihan dim sum yang berbagai. Bagi yang ingin menikmati dim sum sambil bersantai, ini merupakan antara restoran yang tepat untuk tujuan itu.

Imej via Foursquare

Untuk dim sum, anda boleh menikmati Szechuan, Lo Mai Gai, Beancurd Rolls, Salted Egg Custard, Chicken & Cheese, Kerabu Dimsum dan Seaweed Rolls. Hidangannya juga bersaiz besar, jadi bolehlah anda menikmatinya beramai-ramai.

Kesimpulan

Sudah jumpa dim sum halal di KL yang ingin anda lawati? Semua restoran yang kami senaraikan ini memang menarik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.