Mencari tempat makan menarik di Muar?

Kali ini jom kita ke Muar. Muar sememangnya sebuah pekan yang menarik untuk dikunjungi. Tidak kisahlah dari sudut makanan atau sudut tempat tarikan.

Banyak tempat makan best di Muar yang boleh dicuba. Kami senaraikan beberapa yang mungkin akan mengoncang iman makanan anda.

Antaranya adalah Mee Bandung Muar yang wajib pergi jika ke sini. Banyak sebenarnya kedai makan mee bandung Muar yang boleh anda cuba jika berada di sini. Selain itu, bagi peminat murtabak, anda bolehlah cuba murtabak Singapore JD yang mempunyai sos cili yang unik.

#1 Mee Bandung Abu Hanifah

Alamat: Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000

Waktu Operasi :Setiap hari (7am-4pm)

mee bandung abu bakar hanipah
Imej via Foursquare

Mee Bandung Abu Hanifah menjual mee bandung Muar yang sangat sedap. Terletaknya di Jalan Abdullah. Anda juga boleh mendapatkan perencah mee bandung di sini untuk dibawa balik masak di rumah.

Berdasarkan info, asalnya kedai ini adalah Mee Bandung Muar. Kemudiannay ditukar kepada Mee Bandung Abu Hanifah setelah anaknya mengambil alih.

#2 Darul Masyhur

26, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

Darul Masyhur
Imej via Foursquare

Mencari sup yang sedap sekitar Muar? Kalau makan di sini, sememangnya sup yang menjadi pilihan walaupun adanya pelbagai menu di sini. Menjual pelbagai jenis sup.

Antara sup yang terbaik adalah sup kambing. Kedai ini dibuka 24 jam sehari. Menjadi tempat lepak kebanyak golongan muda. Makanan sudah terbaik!

#3 Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Alamat :Jalan Cahaya (Taman Bakariah Indah), Muar, Johor 84000

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm-12am)

Medan Ikan Bakar Sabak Awor
Imej via Foursquare

Medan bakar ini sama sahaja seperti medan bakar yang lain. Terkenal dengan makanan laut yang segar dan besar. Harga di sini juga murah sangat kalau dibandingkan tempat lain.

Antara yang terbaik untuk gerai di sini adalah Gerai Wak Jos Ikan Bakar. Terdapat juga menara peninjau berdekata. Jadi bolehlah pergi melawat sementara menunggu makanan disediakan.

#4 Restoran Murtabak JD Singapore

Alamat : Jalan Kesang, Muar, Johor 84000

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis(11am-12am)

murtabak jd singapore muar
Imej via Foursquare

Jika anda mencari murtabak bersaiz besar, sini adalah kawasannya. Restoran ini dikatakan orang pertama yang membawa murtabak Singapore ke Muar. Ada banyak pilihan saiz murtabak boleh dipilih.

Semuanya bergantung pada tahap lapar dan bilangan ahlinya. Apa yang menjadi ianya menarik adalah homemade cilinya. Memang lain dan unik. Inilah tarikan utamanya.

Melihat gambar sahaja kami pasti anda pun sudah terliur bukan?

#5 Mee Bandung Central

Alamat: Tanjung Agas, Muar, Johor

mee bandung central
Imej via Foursquare

Selain mee bandung Abu Bakar Hanifah, Mee Bandung Central ini juga anda boleh cuba. Dikatakan asli dan sedap. Antara mee bandung Muar yang patut anda cuba jika ke sini. Turut juga menjual perencahnya. Cuma yang tidak menarik di sini adalah lokasinya.

#6 Village Grill Café Mua

Alamat: 152, Jalan Bakariah, Kampung Parit Setongkat, 84000 Muar

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (430am – 1130pm), ditutup pada hari Isnin

Village Grill Café Muar
Imej via Foursquare

Ini antara restoran yang disyorkan oleh pelanggan. Menu kebanyakannya adalah dari citarasa barat dengan gabungan tempatan. Ramai bersetuju dengan keenakan Chicken Chop, Steak dan Grilled serta beberapa lagi dalam menu mereka.

Kuantiti makanan juga tidak mengecewakan. Mungkin kerana itulah harganya juga boleh dikatakan agak mahal. Tapi, ini tetap tidak menghalang pelanggan untuk datang menikmati hidangan mereka.

#7 Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Alamat: Jalan Kesang, 84000 Muar

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9:15am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat

Mee Bandung Udang Galah Muo Ori
Imej via Foursquare

Muar memang terkenal dengan kelazatan mee bandungnya. Apa lagi jika ada 3 hingga 5 ekor udang galah di dalamnya. Ini pasti menambah selera sesiapa sahaja, terutama kepada penggemar udang galah segar.

Jika mee bandung bersama udang galah bukan kesukaan anda, ada mee bandung biasa sebagai ganti. Harga mee bandung udang galah yang dikenakan juga bersesuaian dengan hidangan anda. Mereka turut menyediakan menu lain termasuk otak-otak dan ayam penyet.

#8 Faris Rich Kitchen

Alamat: Jalan Sungai Abong, Taman Sungai Abong Mulia, 84000 Muar

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 12am), ditutup pada hari Selasa

Faris Rich Kitchen
Imej via Foursquare

Hiasan kedai amat ringkas. Hanya meja dan bangku plastik sebagai tempat pelanggan menjamu selera. Ada beberapa pilihan nasi lemak yang menarik di sini seperti Nasi Lemak Sotong Gergasi, Nasi Lemak Ikan Siakap, dan Nasi Lemak Ayam Berempah.

Mesti cuba salah satu di antaranya. Foto yang selalu dikongsi pelanggan ialah Roti John Cheese yang dilimpahi keju di atasnya. Melihatnya sahaja sudah cukup membuka selera. Selain Nasi Lemak dan Roti John Cheese, pelanggan juga amat menyukai Char Kuey Tiow.

#9 Ladang Rempah Ratus Nasuha

Alamat: Jalan Muar, 84500 Muar

Waktu Operasi: Setiap hari (10:30am – 6:30pm)

Imej via Facebook

Sedikit berbeza dengan yang lain, restoran ini terletak di ladang herba dan rempah seluas 1500 hektar iaitu yang terbesar di Asia.

Apa yang menarik adalah restoran ini menyediakan makanan dan minuman yang menggunakan herba dan rempah segar dari ladang mereka. Pelbagai makanan tempatan ada di sini seperti Nasi Biryani, Sup Herba, dan minuman herba. Selain melawat ladang dan makan di restorannya, anda juga boleh bermalam di chalet mereka.

#10 Sai Kee Kopi 434

Alamat: 121, Jalan Maharani, 84000 Muar

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (7am – 6pm), ditutup pada hari Ahad

Sai Kee Kopi 434
Imej via Foursquare

Ramai yang menyukai kopi apa lagi jika kopi yang disediakan sudah memikat hati berpuluh tahun lamanya. Di Sai Kee, bau kopi yang harum membuatkan anda berasa tenang walaupun semasa anda baru melangkah masuk.

Ramai yang datang ke sini sama ada untuk minum kopi, makan nasi lemak atau roti dan minum kopi atau membeli kopi dalam paket yang dijual mereka. Lokasinya yang bersebelahan dengan jalan yang sibuk dan di depan terminal bas, agak menyukarkan pelanggan mencari tempat bagi meletakkan kenderaan.

Tapi, percayalah, yang restoran ini sering menerima ramai pengunjung.

Kesimpulan Tempat Makan Best Di Melaka

Itulah cadangan 10 tempat makan menarik di  Muar. Anda ada cadangan lain untuk tempat makan menarik di Muar? Manalah tahu kami boleh terjah ke sana. Lagipun kami bukan orang tempatan sana.

Jangan lupa untuk share atau like.

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.