Warung Nasi Lemak Wak Kentut

 

Kali ini kami ceritakan tentang nasi lemak yang patut anda cuba jika ke Johor. Nasi lemak yang menajdi kegilaan ramai di Johor. Cewah. 🙂 Nasi lemak yang dimaksudkan addalah Warung Nasi Lemak Wak Kentut. Nama yang sangat unik dan ‘catchy’.Kenapa namanya begitu, jangan tanya kami.

 

Warung Nasi Lemak Wak Kentut

Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Johor

 

Kedai ini terletak di bahagian Kulai. Untuk lebih tepat lagi di Taman Kulai Besar. Tiada masalah untuk mencari kedai ini kerana memang menjadi bualan mulut orang ramai. Nasi lemak Wak Kentut di Kulai Johor yang dianggap nasi lemak ayam goreng terbaik di Johor malah di Malaysia. Tanpa “signboard” yang gah namun kualitinya boleh dilihat pada pelanggannya yang berasak-asak memesan nasi lemak masing-masing.

Sambalnya dianggap biasa dan di labelkan “standard” tetapi kekuatan nasi lemak Wak Kentut adalah aroma dan perisa nasi serta kerangupan ayam gorengnya yang amat memukau. Jadi jangan marah kami jika anda tidak suka pada sambalnya.  Kelbihannya adalah pada ayam goreng. Ayam goreng Wak Kentut rangup  dan menjadi tarikan utama pengunjung gerai ini. Ada pelanggan yang tidak teragak-agak menyatakan ayam goreng di sini lebih sedap daripada ayam goreng KFC. Ayamnya wajib jika anda ke sini. Jika anda tidak ambilnya, rugi besar kami cakap.

 

Warung Nasi Lemak Wak Kentut

 

Warung Nasi Lemak Wak Kentut

 

Warung Nasi Lemak Wak Kentut

 

Selain ayam goreng, terdapat juga otak-otak yang boleh dimakan bersama nasi lemak. Walaupun tidak standing otak-otak Gelang Patah atau Muar, namun masih yang terbaik dalam kelasnya. Rasanya tidak rugi mencuba nasi lemak ini dan jangan terpedaya dengan namanya. Bak kata seorang pelanggan gerai ini, sedap sampai terkentut. Untuk lebih banyak tips tentang tempat ini boleh baca tips di Foursquare di sini.

Air kelapa juga menarik untuk diminum apabila makan bersama dengan nasi lemak di sini. Memang akan rasa ‘feeling’ yang lain daripada yang lain. Jadi, pastikan apabila anda ke Kulai,nasi lemak ini wajib anda cuba.

 

Baca di sini untuk mengetahui nasi lemak terbaik seluruh Malaysia.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment