Tempat makanan wajib jika pergi ke Kuala Selangor? Di sini Kuala Selangor, tiada bangunan pencakar langit seperti di Shah Alam atau Petaling Jaya. Paling tinggi adalah bangunan 5 tingkat sahaja. Tapi serius, anda pasti akan jatuh cinta dengan Kuala Selangor kerana terlalu banyak tempat makan.

Cadangan Tempat Makan?


Anda patut cuba Mee Udang Banjir. Mee Udang Banjir terletak di Jalan Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Malaysia. Untuk mendapatkan arah ke tempat ini sila gunakan Google Maps. Hehe, tidak sesukar mana mencarinya.

Di sini mempunyai banyak menu makanan seperti masakan panas tetapi disebabkan saya tidak pernah makan Mee Udang Banjir, saya pun memesannya. Harga Mee Udang Banjir semasa artikel ini ditulis ialah RM6.50. Mahal? Tidaklah kalau dibandingkan dengan bilangan udang besar yang akn anda perolehi.

Kami pernah makan Mee Udang yang jauh lebih mahal. Harga ini sebenarnya boleh dikategori murah untuk Me Udang. Perkhidmatannya sangat memuaskan kerana tidak sampai 10 minit, Mee tersebut dihantar, dan masih berasap-asap.

 

warung-mee-udang-banjir-

Banner yang besar di tepi jalan

 

warung-mee-udang-banjir-

Kuah pekat seperti Mee Jawa 🙂

 

warung-mee-udang-banjir-4

Stock udang

Apa yang kami boleh katakan, penyampaian Mee Udang Banjir ini memang terbaik dan rasanya memang sedap. Mee ini sesuai untuk makan dengan 2 orang. Kuantiti Mee sangat banyak. Apa lagi tunggu? Jom makan Mee Udang Banjir di Kuala Selangor. Boleh layan tengok kunang-kunang waktu sebelah malamnya.

Tips :

  • Terletak di Jalan Kuala Selangor
  • Dibuka 11 pagi hingga 10 malam
  • Semua pekerjanya bersongkok 🙂

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.