Village Park Nasi Lemak Review

Nasi lemak adalah menu sarapan yang boleh dikatakan wajib untuk rakyat Malaysia.Peh memang terliur.

Sebut sahaja nasi lemak,pasti di dalam otak ini akan terbayang nasi yang berlaukkan ikan bilis, telur rebus, manakala menu tambahan seperti ayam dan sebagainya. Lebih istimewa lagi dan mengliurkan, ianya yang dibungkus bersama daun pisang yang menaikkan aroma masakan tersebut.

Nasi lemak secara ‘tradisional’ dimakan pada waktu pagi.Itu dahulu dan zaman telah pun berubah. Sekarang nasi lemak dimakan pada bila-bila masa dan dimana jua tidak kira siang ataupun malam.

Nasi Lemak istimewa yang ingin kami tulis kepada anda ialah tentang Nasi Lemak New Village Park.

Bagi kawasan Damansara,Nasi Lemak New Village Park boleh dikatakan agak terkenal dan sering berada dalam radar pencari masakan nasi lemak sedap di KL.

Kesedapannya sering dipuji ramai. Jadi, kepada penggemar nasi lemak, kedai ini bileh anda tuju dan dijadikan salah satu destinasi makanan.

Kepada yang datang, bolehlah cuba pesan nasi lemak berserta ayam goreng yang ranggup. Ini menu wajib dan dicadang ramai. Kuahnya dan sambalnya memang lazat dan menyelerakan berdasarkan tinjauan ramai.
 

Menu Nasi Lemak

Nasi Lemak Village Park
Nasi Lemak Village Park
Imej via Foursquare

Menu di sini tidak jauh berbeza dengan kedai nasi lemak lain.

Pelbagai menu yang anda boleh seperti seperti nasi lemak sotong,ikan goreng dan sebagainya.Untuk pengetahuan anda,Restoran New Village Park dimiliki oleh ayah Neelofa yang berkongsi perniagaan dengan rakannya,chinese Muslim.
 

Info Kedai

5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi pula adalah setiap hari iaitu daripada pukul 6.30 pagi sehinggalah Dibuka pada pukul 7.30 malam. Cuma untuk hujung minggu( sabtu dan Ahad), ianya ditutup lebih awal iaitu pukul 6 petang.

Anda pernah makan di sini? Jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda di bawah.

Pendapat Anda?

Add Comment