Terliurnya Deen Nasi Kandar Jelutong

Nasi Kandar ini terletaknya di Jalan Jelutong,Pulau Pinang. Di manakah Jalan Jelutong? Sebaik sahaja anda turun daripada Jambatan Pulau Pinang dan menghala ke Ayer Itam, tetapi tidak terus ke sana, anda akan sampai di Jalan Jelutong. Dekat sahaja dari Jambatan Pulau Pinang ke sini. Tak tahu? Guna sahaja GPS. Deen Nasi Kandar. 🙂

Kedai ini ada masa ramainya. Kalau masa ramai, memang beratur ke luar jawabnya. Tetapi kalau pergi sekitar pukul 10-11 pagi, tiada masalah. Pelbagai menu nasi kandar anda boleh makan di sini.

 

Deen Nasi Kandar

Jalan Jelutong

Jelutong, Penang 11600

 

Apa yang menarik?

  • Ayam atau ikan gorengnya
  • Kalau anda peminat kari kepala ikan, maka disyorkan untuk mencubanya
  • Kami sukakan telur sotongnya. Dimasak kekuningan memang sedap!

 

deen-nasi-kandar

Signboard taknak kalah. Hehe

 

deen-nasi-kandar-1

Kuah campuran yang sedap

 

deen-nasi-kandar-2

Ikan dan ayam goreng yang rangup!

 

deen-nasi-kandar-3

Telur sotong yang menyelerakan

 

deen-nasi-kandar-4

Menu simple yang sedap

 

deen-nasi-kandar-5

Antara lauk yang ada

 

Review kami?

  • Kesedapan? Kami berikan 9/10
  • Suasana? Tidak terlalu ramai. InsyaAllah ada sahaja tempat duduk
  • Harga? Sederhana. Kalau ambil sotong, udang faham-fahamlah. Tetapi ini Pulau Pinang bro, kira murah lagi.

 

 

Kredit gambar : Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

3 Comments

  1. Yana
    • Tim Saji.My

Add Comment