9 Tempat Makan Sedap di Kuantan Boleh Kunjung

Artikel pada kali ini kami senaraikan 9 tempat makan sedap di Kuantan. Sebenarnya pening juga untuk kami memilihnya, tetapi demi untuk mencapai  misi dan visi Saji.my sebagai portal berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia, seluruh tenaga kami kerahkan. Ayat tidak boleh blah langsung. Cewah! 🙂

Kuantan memang ada penariknya. Dari segi makanan memang kurang didengari. Tetapi apabila kajian secara mendalam dilakukan, sebenarnya terdapat pelbagai kedai makan yang boleh diterjah. Kami pada awalnya juga tidak dapat mengagak apa yang menarik di sini.

Walau bagaimanapun, setelah kami mencari dan bertanya, rupaya adanya kedai cheese cake yang special disini. Nasi arab juga tidak ketinggalan. Pendek kata semua ada di sini.

Hari ini kami kongsikan dahulu 9 tempat pilihan untuk tempat makan sedap di Kuantan.

 

#1 Restoran MABIQ

 
Restoran MABIQ

Restoran MABIQ
 
Jika anda mencari aneka pelbagai lauk, tidaklain tidak bukan, kami akan cadangan tempat makan ini. Tempat makan yang dimaksudkan adalah Restoran MABIQ.Boleh jadi tidak keruan jawabnya. Boleh dikatakan restoran ini adalah syurga untuk amsakan kampung.

Menu di sini yang menjadi bualan ramai adalah Patin Tempoyak Bakar, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Kerabu MABIQ. Oh, sudah tidak tertahan apabila menulis tentang restoran ini. Untuk memudahkan penulisan kami, maka segeralah terjah ke Kampung Peramu, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.
 

#2 Mustafa Cendol

 

mustafa cendol

 

mustafa cendol

Gerai ini terletak di Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang 25000

Mustafa Cendol boleh dikatakan antara cendol yang terbaik di KuantanApa yang menarik di sini yang patut anda cuba? Anda boleh mencuba cendol campurnya. Serta jangan lupa makanan seperti rojak aya. Barulah kena makan rojak bersama cendol.

Selain itu, anda boleh mencuba ABC dengan aiskrim juga patut dicuba.
 

#3 Restoran Lila Wadi

Lila Wadi Restaurant

Restoran Lila Wadi ini terletak di Jalan Teluk Sisek (Jalan Besar), Kuantan, Pahang 25000

Apa yang menarik? Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin mencari sedikit keunikkan. Sesuai untuk mereka yang sukakan dessert dan ingin mencuba set BBQ. Di sini menu yang dicadang adalah seperti Air pandan ‘cooler’, Cheesecake mangga dan Set BBQ.

Kata orang, Cheesecake magganya sedap. Jadi, pastikan anda mencubanya apabila datang ke sini. Memang mendapat pujian ramai untuk Cheesecake mangganya. Jadi sekali lagi kami tekankan, sila cuba apabila berada di sana!Orang cakap, satu pun tak cukup.

 

#4 Maza Jungle Food

maza food court

 

maza food court

Restoran ini terletak di Indera Mahkota 6, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang 25200

Apa yang menarik? Sudah tentunya masakan westernnya. Antara masakan western Maza Jungle Food yang anda boleh cuba adalah lamb chop.

Nasi Arab turut berada carta atas pengunjung jika ke sini. Dikatakan nasi yang sedap di Kuantan. Anda boleh juga mencuba Nasi kukus jika di sini.
 

#5 Gerai Calong U Turn

Mee Calong

Kedai makan ini tereletak di No 1 & 2, Medan Selera Feri (Jalan Tanah Putih), Kuantan, Pahang 25000

Bagaimana pula dengan sarapan pada waktu pagi? Oh, di sini kami inin mencadangan Gerai Calong U-Turn. Tempat ini terkenal dengan sarapannya. Terletak di Medan Feri di depan Pasaraya Giant. Anda hanya perlu mengambil U-turn ketika di Pasararaya Giant.

Sedikit pelik juga namanya. Mungkin nama kedai ini adalah disebabkan pelanggan perlu mengambil U-turn jika hendak makan di sini. Pernah dengar tentang Mee Calong? Mee Calongnya adalah wajib anda ambil untuk sarapan di sini. Jika tidak pernah, masa inilah untuk mencubanya.

Suasana yang tenang membuatkan tempat ini sesuai untuk dilawati pada waktu pagi. Medan ini berdekatan dengan sungai.

 

#6 Fryerzone Western Kuantan

Fryerzone Western Kuantan

Restoran ini terletak di Taman Indera Sempurna , Kuantan

Jika anda mencari Chicken Chop yang sedap di Kuantan, mungkin kedai ini patut anda lawati. Harganya juga dikatakan murah dan berbaloi. Harganya adalah RM8 untuk 1 set Chicken Chop. Menu yang paling dipilih ramai adalah menu promosi Chicken Chop (Promosi Set Chicken Chop dengan Jus Buah). Hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Menu ini boleh dibeli dengan harga RM9.50.

Sebenarnya tempat ini agak jauh dari Kuantan. Sesuai untuk sesiapa yang menginap di Sempurna Resort Kuantan. Sempurna Resort ini boleh dikatakan antara resort yang murah di sini.

 

#7 Burger Bakar Big Show Grilled

Burger-Bakar-Big-Show

Burger bakar di Kuantan juga menarik untuk dicuba. Orang cakap boleh lawan yang di KL punya.Tempat ini juga menarik untuk berehat kerana terletaknya berdekatan pantai. Antara tempat best makan dan menarik untuk berehat di Kuantan. Pemandang pantai cantik disamping angin bertiup sepoi-sepoi bahasa .

 

#8 Karipap Panas Taman Gelora

Karipap Panas Taman Gelora
Sudah semestinyaa tempat makan ini tereletak di Taman Gelora berdasarkan namanya.

Sudah nama orang Malaysia, sudah semestinya kuih tidak ari daripada hidangan sampingan bukan? Di sini kami inginkan tentang Karipap Panas.

Kedai ini sememangnya terkenal dengan karipap panasnya. Harganya adalah RM1 seketul. Saiznya besar daripada kebiasaan.Jika tidak salah kami, kedai ini ditutup pada pukul 6 petang.

 

#9 Nasi Kerabu Kemira

 
Nasi Kerabu Kemira

Untuk peminat nasi kerabu, anda bolehlaj terjah ke sini. Tempat makan yang menghidangkan makanan untuk selera orang Kelantan dan Terengganu. Boleh dikatakan dan mendapat jolokan sebagai Nasi Kerabu yang tersedap di Kuantan.

Nasi Kerabu Kemira ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Selain nasi kerabunya, nasi lemak dan nasi dagangnya juga sangat disyorkan. Jika anda tidak ingin ke sini, cuba duduk sebentar dan bayangkan nasi kerabu bersama daging bakar, fuh, boleh jadi terliur jawabnya.
 

Kesimpulan

InsyaAllah ini adalah senarai awal untuk tempat makan sedap di Kuantan. InsyaAllah, kami akan kongsikan lagi beberapa tempat makan menarik dan sedap di Kuantan pada masa kan datang. Semuanya untuk anda.

 

Kredit gambar : Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

Add Comment