Tempat Makan Sedap dan Best di KL

Hari ini kami ingin kongsi tempat makan sedap dan best yang patut anda cuba di KL. Ini kiranya versi satu. Jadi jangan marah jika kami tidak senaraikan tempat makan sedap dan best pilihan anda ya. 😛

 

Mali Corner

Danau Kota

Sebab apa kami sukakannya? Sebabnya Nasi Lemak dan Char Koey Teownya memang sedap. Kalau anda mengidam 2 benda ini, kedai ini patut anda terjah. Dulu, kedainya warung sahaja, tetapi kini telah mempunyai kedainya sendiri. Ala-ala warung pun, beratur masa dahulu juga panjang.

 

mali-char-koay-teow-5

Kedainya sendiri

 

mali-char-koay-teow-3

Nasi lemak yang menyelerakan

 

mali-char-koay-teow-1

Serius, terbaik dan sedap!

Pss..dengar kata tuan kedainya memakai kereta BMW. Betulkah? 😛

 

SS2 Murni

Petaling Jaya

Kedai ini memang berselerak sedikit. Kenapa? Kerana ruang kedainya penuh sehinggakan terpaksa meletak meja dan kerusi di lorong-lorong laluan penjalan kaki kira-kira 100 meter panjangnya. Panjang dan ramai yang makan di sini. Sentiasa sesak tetapi servis memang cepat. Ala-ala mamak, tetapi bukan kedai mamak ya.

Order sahaja anda mahu apa, pasti ada sahaja. Biasanya kami makan Nasi Goreng Marry Land dan juga air istimewa. Air Pink Panthernya memang sedap. Ada lagi pelbagai jenis air buah campur yang sedap dan menarik.

 

ss2-murni 2

Air yang pelbagai jenis. Kiss babylah, apalah..

 

ss2-murni

Nasi goreng Merry Land

 

 

Nasi Arab Hadramawt

Ampang

Bagi peminat nasi arab, anda boleh makan di Nasi Arab Hadramawt di Ampang ataupun berdekatan dengan Pavilion. Selalunya kami makan di Ampang, tetapi maklumlah, jalan situ sentiasa sibuk. Jadi anda boleh cuba makan di kedai barunya.

Nasi Arabnya boleh dikatakan sama piawai dengan Nasi Arab yang lain. Jadi jika anda malas ke tempat lain, makan sahaja makan di sini.

nasi-arab-hadramawt

Set nasi arab Hadramawt

 

 

Nantikan versi kami seterusnya untuk Tempat Makan Sedap dan Best di KL. Ada cadangan lain tempat makan?

Pendapat Anda?

Penaja

2 Comments

Add Comment