,

13 Tempat Makan Menarik Di Terengganu

Nasi Dagang Mak Ngah

Seperti juga Kelantan, Terengganu adalah negeri di Timur yang amat kaya dengan budaya serta hasil kraftangan yang menakjubkan.

Siapa yang mampu menafikan keindahan songket tenunan Terengganu mahupun batik sutera lukisan tangan yang mampu menelan harga ratusan ringgit malah ada yang mencecah ribuan. Malahan Terengganu juga terkenal dengan rakyatnya yang bersopan dan menghormati tetamu.

Tidak dinafikan juga keenakan makanan yang sedap-sedap dari Terengganu seperti nasi dagang dan juga keropok lekor atau keropok losong popular negeri ini. Pengunjung ke negeri Terengganu ini tidak akan pulang tanpa membawa balik samada batik, songket atau setidak-tidaknya membawa pulang keropok lekor sebagai buah tangan.

Senarai ini akan menggariskan antara tempat makan yang terbaik di sekitar Kuala Terengganu dan kawasan pinggirannya. Seperti biasa, ia tidak mengikut ‘ranking’ dan tidak hanya melihat kepada makanan tradisi Terengganu.

Semoga anda menyukai artikel 13 tempat makan menarik di Terengganu kami ini. 🙂

13 Tempat Makan Terbaik Di Terengganu

#1 Restoran Mat Binjai

Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

Penjelajahan mencari tempat makan terbaik di Kuala Terengganu dimulakan di Restoran Mat Binjai yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, Restoran ini menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari.

Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ. Kita boleh memilih apa sahaja yang kita berkenan untuk dimakan.

Restoran Mat Binjai

Bayaran hanya dikenakan untuk makanan yang dimakan sahaja. Benar-benar seperti konsep nasi padang. Cuma perbezaannya adalah di restoran ini hidangannya adalah masakan tradisi Terengganu.

Di sini juga terdapat beberapa hidangan yang jarang untuk kita temui seperti telur penyu. Itu juga antara keistimewaan yang ada di Restoran Mat Binjai ini. Anda bolehlah mencuba keenakan makanan di sini jika berkunjung ke Kuala Terengganu.

#2 Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)

Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang Telipot

Di Terengganu juga, antara menu yang sering menjadi buruan pengunjung dari luar mahupun penduduk tempatan adalah ICT. ICT adalah Ikan Celup Tepung yang biasanya dicari oleh bukan sahaja orang-orang biasa tetapi juga para pemimpin politik, selebriti dan juga yang lain-lain.

Justeru itu, antara warung ikan celop tepung yang menjadi kegemaran ramai adalah Warung Pok Nong yang terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang).

Warung Pok Nong
Warung Pok Nong
Warung Pok Nong

Seperti namanya, sudah pasti menu utama di sini adalah ikan celop tepung dan juga makanan seafood celup tepung yang lain seperti udang, sotong malahan juga terdapat keropok lekor celup tepung. Konsep warung ini adalah layan diri di mana pelanggan boleh memilih sendiri  apa saja seafood yang kita kehendaki.

Akan tetapi, perebutan juga kadangkala berlaku di mana siapa cepat dia dapat. Harga pula dikenakan berdasarkan kuantiti makanan yang kita ambil. Kerangupan tepung dan perisanya amat sedap hingga menjadikan warung ini begitu popular bersama sos yang amat sedap.

Minuman di sini juga tidak mengecewakan dengan ais kacang, ais jagung, air kelapa muda dan lain-lain. Semuanya boleh dipesan pada harga yang berpatutan. Memang terbaik Warung Pok Nong!

 #3 D’Ganu Cafe Steamboat

Gerai G1/G2 MBKT Duyung Food Court, Pulau Duyung,  Kuala Terengganu

Bagi penggemar steamboat, anda boleh mencuba steamboat di restoran ini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak di tepi laut menjadikan pemandangannya sangat-sangat indah terutama pada waktu malam dengan angin laut yang amat mendamaikan.

Makanannya juga berada dalam kelas yang tersendiri dengan rasa yang amat sedap dan harga yang berpatutan. Restoran D’Ganu Cafe Steamboat ini menghidangkan pelbagai jenis makanan bermula daripada menu makanan laut, makanan barat malahan makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa yang bertandang.

D’Ganu Cafe Steamboat
D’Ganu Cafe Steamboat

Akan tetapi, keistimewaan D’Ganu Cafe Steamboat adalah steamboat yang dianggap antara steamboat terbaik di Kuala Terengganu. Dihidangkan dengan pelbagai pilihan ayam, daging, sotong, udang, bebola makanan laut juga beberapa sayuran terpilih, ia pasti memukau selera apatah lagi dengan kuah sup tomyam yang sedap. Sos untuk pencecah bagi grill juga amat baik.

Anda boleh membawa keluarga untuk bersantai sambil menikmati steamboat terbaik di sini selain makanan lain yang tidak kurang hebatnya.

#4 NR Seafood Village

Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

Tempat keempat pilihan kali ini adalah NR Seafood Village yang dikatakan ramai sebagai antara restoran Western Food terbaik di Terengganu. Tidak hairanlah restoran ini pernah dipaparkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 suatu ketika dulu.

Suasana dan dekorasi Restoran NR Seafood Village ini sudah cukup menyerlahkan keunikannya kerana ia dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan disekelilingnya. Sesuai benar dengan namanya sebagai “village”. Pa yang pasti, persekitarannya amat cantik dan mendamaikan.

NR Seafood Village
NR Seafood Village

Pilihan makanan di sini juga pelbagai. Seperti namanya, pastinya mereka menyajikan hidangan seafood yang sangat sedap malahan nasi gorengnya juga kaya dengan elemen seafood yang melimpah ruah. Namun, tempat ini disenaraikan adalah kerana makanan baratnya yang dianggap luar biasa dan sangat menyelerakan.

Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan barat selain makanan yang lain. Antara makanan barat pilihan yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop yang dihidangkan dengan sedikit fries dan kuah yang amat sedap.

Sekali mencuba, anda pasti tidak menyesal dan pasti akan kembali jika berkesempatan. Makanan barat yang lain seperti steak dan lain-lain juga tidak mengecewakan dengan harga yang amat berpatutan.

Untuk ‘dessert’, banana split adalah antara pilihan popular di kalangan kaum wanita. Minumannya juga unik dengan nama-nama yang indah atau jiwang. Tempat NR Seafood Village ini sesuai untuk keluarga mahupun untuk pasangan yang berkasih.

 #5 Syed Stulang Seafood

Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir,  Kuala Terengganu

Nama tempat makan seterusnya ini juga terdapat perkataan seafood kerana kecenderungan kebanyakan restoran di Terenggan menghidangkan seafood sesuai dengan statusnya sebagai negeri dengan budaya laut. Akan tetapi terdapat satu keistimewaan pada restoran yang baru dibuka ini.

Keistimewaan yang dimaksudkan adalah satay di sini yang begitu sedap, besar dan amat popular. Kebelakangan ini, pengunjung begitu ramai membanjiri restoran ini, kebanyakannya hadir kerana satay.

Konsep makan di sini amat mendamaikan di mana  mereka hanya menggunakan kanopi  dan payung besar.

Satay di sini memang amat sedap dan besar-besar saiznya. Ianya dibakar bersama kuah satay itu sendiri malahan ada kuah lain selain dari perapan sate itu sendiri.

Ini menghasilkan satay yang amat menyelerakan sehingga menggamit pengunjung yang ramai walaupun baru saja dibuka. Kuahnya juga sedap dan pekat. Terdapat juga nasi impit sebagai pelengkap kepada satay itu sendiri.

Malah terdapat masakan panas yang lain untuk dicuba, namun servisnya agak perlahan. Mungkin kualiti servis ini boleh dipertingkatkan bagi mengelak kebosanan pelanggan.

#6 Nasi Dagang Mak Ngah

Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu

Terengganu dan nasi dagang tidak mungkin dapat dipisahkan. Oleh itu, rasanya senarai ini tidak mungkin lengkap tanpa restoran nasi dagang. Nasi Dagang Mak Ngah ini dikatakan antara nasi dagang terbaik di Kuala Terengganu.

Pernah menjadi buah mulut suatu ketika dulu kerana isu RM45 untuk kepala ikan tongkol, namun itu semua langsung tidak menjejaskan reputasi restoran ini malah penduduk setempat mengatakan bahawa isu tersebut sedikit sebanyak melonjakkan populariti restoran ini.

Nasi Dagang Mak Ngah
Nasi Dagang Mak Ngah

Mungkin harganya sedikit mahal, tetapi amat berpatutan dengan kualiti makanannya yang amat baik. Nasi yang lembut dan lemak itu sangat sedap untuk dijamah panas-panas apatah lagi digandingkan dengan kuah lemak ikan tongkol yang amat sedap.

Sekali pernah merasa nasi dagang di sini, pasti sukar untuk anda mencari pengganti. Oh Nasi Dagang Mak Ngah!

Dibuka pada sebelah pagi, nasi dagang di sini akan habis hanya dalam masa yang singkat. Bagi sesiapa yang mahu menikmati nasi dagang ini, anda perlulah hadir awal supaya anda tidak kecewa atau kempunan menikmati Nasi Dagang Mak Ngah yang terletak di Simpang Empat Chendering.

Restoran atau kedai mana yang menjadi pilihan anda? Oh jangan lupa untuk share atau like jika anda sukakan artikel tempat makan menarik di Terengganu ini. Barulah kami tahu anda sukakan pilihan kami.

#7 Kedai Keropok BTB 2209 / Dynar Lekor

Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman, Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Keropok lekor adalah menu wajib untuk dicuba apabila berada di Terengganu. Memang mengliurkan melihat keropok lekor yang dicicah dengan sos cili istmewa. Dalam banyak-banyak kedai, Kedai Keropok BTB 2209 antara kedai yang popular untuk menu ini.

Kedai keropok lekor ini terletak di Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Dahulu kedai keropok lekor ini dikenali dengan Keropok BTB tetapi di jenama semula dengan Dynar Lekor.

Hari operasi kedai ini adalah setiap ahri kecuali hari Jumaat. Waktu operasi pula bermula daripada pukul 8 pagi sehinggalah ke 8 malam.

Terdapat jenis keropok lekor yang unik juga dijual sini dengan pelbagai perisa. Boleh pening juga untuk memilihnya, sama ada untuk pilih pilihan klasik ataupun pilihan moden. Jika anda peminat cheese, keropok lekor cheese boleh dipilih sebagai pilihan.

#8 Nasi dagang Kak Pah Batu Burok

Jalan Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

Selain nasi dagang Mak Ngah, Nasi Dagang Kak Pah juga antara nasi dagang yang popular di Batu Burok. Ada yang memuji abawaha Restoran Nasi Dagang Kak Pah adalah kedai nasi dagang paling sedap di Kuala Terengganu.

nasi dagang terengganu
nasi dagang kak pah

Imej:Foursquare

Katanya sukar untuk mencari nasi dagang berkualiti seperti ini.Walau bagaimanapun anda mestilah cuba untuk menetahui kebenaran cerita ini.Kemungkinan besar anda akan bersetuju bahawa ianya sememangnya sedap.

Waktu operasi pula bermula seawal pukul 8.30 pagi. Walau bagaimanapun, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di sini biasanya akan habis terjual sekitar jam 10.30 pagi.Jadi anda perlulah datang awal ya untuk tidak mahu terlepas.

#9 AZ Selera Timur

39B, Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Untuk yang mahu merasai keenakkan menu makanan asli daripada Terengganu, restoran ini patut berada dalam radar anda.Pelbagai menu masakan anda dapat jumpa di sini.

AZ Selera Timur

Imej via Foursquare

Antara menu cadangan di sini adalah seperti nasi dagang atau nasi briyani.

#10 Nasi Dagang Tepi Kubur Kg Atas Tol

T101, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

Nah, ini lagi senarai nasi dagang patut anda pergi. Nasi dagang ini pula terletak jauh dari Kuala Terengganu. Kira-kira 20km. Namun masih ramai yang sanggup datang ke sini kerana ianya tempat makan nasi dagang yang menarik.

Nasi Dagang Tepi Kubur Kg Atas Tol 1
Nasi Dagang Tepi Kubur Kg Atas Tol 2

Imej:Facebook

Kedai ini lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama gerai tepi kubur kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan tanah perkuburan itu.Ianya tidak mempunyai kedai tetap, dikatakan merupakan tanah wakaf.Melihat gambar, kami pasti anda tidak sabar untuk ke sini.

Waktu operasi adalah hampir setiap hari dan tutup pada hari Isnin. Ia boleh didapatkan bermula 6.30 pagi sehinggalah 10 pagi.

#11 Zie’s Corner

Waterfront, Pulau Kambing, Kuala Terengganu

Mencari makanan western yang sedap di Kuala Terengganu ni? Restoran ini patut anda singgah.

Zie’s Corner adalah yang popular dengan masakan western. Restoran ini terletak di Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Berdasarkan pandangan ramai, sudah tentu chicken chop dan lam chop adalah menu yang wajib cuba di sini.

Zie's Corner

Imej via Foursquare

Menu lain yang juga berada dalam senarai cadangan adalah seperti banana pancake,tuna roll,vanilla float dan shake straberri. Dengar sahaja sudah menggetarkan air liur kami.

Zie’s Corner terkenal dengan harga yang berpatutan dan masakan western yang sedap.

#12 Restoran Lempeng Terengganu

Alamat: 11, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Apa yang istimewa di sini tentulah lempeng. Namapun restoran lempeng kan? Lempeng atau pancake.

Lempeng di sini tidak jauh dengan lempeng traditional yang eprnah anda makan. Bahan asas iaitu tepung dicampung dengan isi kelapa (separa muda), santan, berserta sedikit gula dan garam. Seterusnya ianya dimakan bersama dengan sambal bilis.

Restoran Lempeng Terengganu

Imej via Foursquare

Kelemakkan yang ada pada lempeng disebabkan isi kelapa dan kepedasan daripada sambal bilis sudah pasti menghasilkan aroma dan keenakkan rasa. Boleh bayangkan?

Jangan terkejut dengan waktu operasi kerana waktu operasi yang sedikit berlainan daripada jangkaan. Ianya bukanlah untuk sarapan pagi. Waktu operasi kedai ini bermula daripada pukul 11 pagi sehinggalah 12 tengah malam setiap hari.

Boleh jadi keliru jika anda ingatkan menu masakan adalah untuk makan pagi. Selain lempeng, boleh cuba ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak yang juga mendapat pujian ramai.

#13 Air Buah Gelas Besar Terengganu

Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Selain makanan, Restoran Air Buah Gelas Besar adalah antara tempat makan yang mesti anda singgah jika jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu. Menu utama di sini sudah semestinya air buah. Harga setiap air pula berbeza pada pesanan dan ianya berdasarkan saiz gelas, samada gelas kecil, sederhana atau besar.

Air Buah Gelas Besar Terengganu
ir Buah Gelas Besar Terengganu

Imej via Foursquare

Orang tempatan di sini memanggil air buah ini dengan nama air buah ‘pior’. Mungkin sedikit pelik bunyinya bagi yang tidak eprnah dengar. Pior adalah bermaksud asli yang berasal dari perkataan Enggeris.

Jangan risau tentang masakan atau menu lain di sini. Jika lapar, anda boleh mencuba mihun sup yang sangat sedap. Menu lain seperti sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor, roti canai dan banyak lagi juga boleh dipilih apabila berada di sini.

Waktu operasi pula bermua daripada pukul 5.00 petang sehinggalah 1.00 pagi untuk hari Isnin ke Sabtu. Manakala untuk hari ahad, waktu operasi daripada 5.00 petang sehinggalah 12.00 tengah malam.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

nasi kukus ayam dara

7 Nasi Kukus Ayam Berempah KL Yang Sedap!

Restoran Murni Bukit Jalil

Carta Hati : 18 Tempat Makan Menarik dan Best di KL 2017