Kacang Pool Haji, di JB

Kami memang selalu mendengar tentang makan ini. Namanya agak pelik tetapi sangat disyorkan oleh warga JB. Kacang Pool Haji adalah antara tempat makan yang menarik dan sedap yang patut dicuba kata mereka. Lebih-lebih lagi kalau di JB.  Jadi kami menjadikan kemestian untuk pergi ke sana ketika di JB waktu lalu.

Ianya tidak sukar untuk dicari. Tanya sahaja orang kalau tersesat. Kedai ini terletak di deretan kedai makan di Plaza Larkin. Senang cerita, sangat dekat dengan Stesyen Bus Larkin, bersebelahan sahaja.

 

Kacang Pool Haji

No. 3, Medan Selera Larkin Bomba

(Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak)

Johor Bahru, Johor 8000

 

Kalau dari Hotel Grand Sentosa yang kami duduk, perjalanan mengambil kira-kira 20 minit menaiki kereta. Sebenarnya kami tiba agak lewat juga , iaitu hampir pukul 8.30 malam. Nasib baik kedai itu masih buka dan kami merupakan orang yang terakhir memesan makanan. Terima kasih makcik,kerana memberikan kami peluang merasanya. Kalau tidak kempunan juga.

 

Apa yang menarik di sini?

  • Kacang Pool wajib ambil. Bagi kami tidak cukup 1 set seorang. Kalau tambah lagi 1/2 set seorang barulah cukup untuk perut kami.
  • Memang cukup perasa bila digabung rasa dengan air limau dan cili.
  • Ada juga deretan kedai lain, boleh cuba ABC dan Masakan Mee yang ada di sini.
Kacang-pool-Haji

1 Set Kacang Pool Haji

 

Tempat makan menarik, sedap di JB

Hadapan kedai, bersih!

 

Kacang-pool-Haji-2

Nampak limau dan cili hijau?

 

Kacang-pool-Haji-3

Boleh cuba juga ais kacang kedai sebelah

 

Review kami?

  • Kesedapan? Memang sedap. Lebih-ebih lagi apabila telur mata tersebut dimakan dengan kacang. Celupan roti yang dibakar pula memang kena.
  • Harga? Murahlah sangat!
  • Suasana? Kami sukakan suasana di sini. Suasana medan makan

 

Hendak tahu sesuatu? Hari keduanya kami pergi dapatkan lagi Kacang Pool Haji ini.Kali ini di awal pagi. Ramai orang betul. Selepas pulang ke KL, kami sedikit kecewa. Sedikit kecewa kerana apabila kami pula dan ingin makan lagi di Kuala Lumpur pula, didapati cawangan Damansaranya sudahpun tutup. Kenapa Warga Kuala Lumpur tidak makan? Sedap ooii

 

 

 

PS: Dengar kata orang di sekeliling, Kacang Pool Haji di Balai Bomba lagi sedap.

 

 

Kredit gambar: Foursquare

 

Pendapat Anda?

Penaja

2 Comments

  1. Zira

Add Comment