Tempat Makan Menarik di Bangi, Restoran Sate UK

Peminat sate yang bersaiz besar? Contohnya seperti Sate Kajang? Hehe, kalau sebut Sate Kajang tentunya teringatkan Sate HajiSamuri. Memang terbaik. Tetapi hari ini kami ingin kongsi sate yang lebih baik. Lebih baik bagi kami daripada Sate Samuri.  Tidak percaya boleh cuba. Antara tempat makan menarik dan sedap di Bangi. 🙂

Restoran Sate UK

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Bangi, Selangor

 

Isinya memang terbaik dan terasa. Sangat sukakan daging dan ayamnya. Besar-besar dan gemuk. Tetapi malangnya tiada pilihan yang banyak seperti sate Haji Samuri, seperti ikan, arnab dan lain-lain. Selain itu, sate UK ini yang terbaik.

Bermula dengan hanya menumpang kedai, tetapi kini membuka kedai sendiri. Memang terbaik. Nasi impit dengan daun pisang pun sedap. Secucuk, semasa artikel ini ditulis adalah 70 sen sahaja. 70sen untuk secucuk sate yang sedap! 🙂

sate-uk

Sate yang gemuk-gemuk

 

sate-uk-2

Dekorasi dalam kedai, ala-ala kedai kopi

 

sate-uk-3

Ketika menumpang, masih lagi diteruskan

 

sate-uk-4

Hadapan kedai

 

sate-uk-5

Nasi impit dibalut daun pisang

 

Review kami?

Kesedapan? Memang terbaik. Kami beri 9/10 untuk kategori sate

Harga? Sederhana. Kalau harga 50sen lagi banyak makan. Hehe

Suasana? Selesa. Cuma agak penuh di malam minggu terutamanya

 

 

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

  1. Fira

Add Comment