Tercari-cari tempat makan di Jitra yang menarik?

Jitra merupakan salah sebuah bandar di negeri Kedah. Antara tarikan utama bandar ini ialah taman tema air seperti Fantasia AquaPark dan DarulAman Park. Bukit Wang juga merupakan antara destinasi pelancongannya yang popular.

Sambil melancong, pasti anda mahu menikmati makanan yang sedap-sedap, bukan? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 tempat makan di Jitra yang menarik. Teruskan membaca!

#1 Restoran Tok Keramat

Alamat: Jalan Ilmu, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 4pm)

Zaman sekarang ni memang susah untuk kita jumpa kedai makan yang bukan sahaja menghidangkan aneka jenis lauk, malah menawarkan harga yang berpatutan untuk setiap hidangan.

Restoran Tok Keramat ini merupakan antara restoran yang sangat terkenal di kalangan orang Jitra. Bukan sahaja menghidangkan berbagai jenis masakan kampung, malah harganya juga murah.

tempat makan jitra

Imej via Foursquare

Antara lauk yang boleh anda cuba ialah kerang bakar, ikan bakar, keli goreng dan kari daging. Lebih enak jika dinikmati bersama aneka jenis ulaman dan sambal belacan.

#2 Cendol Pulut Hj Johari

Alamat: Km 17.3 Lebuhraya Utara Selatan, Pekan, Napoh, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (8 am – 11 pm)

Cuaca sekarang semakin panas, sampai kadangkala kering tekak dibuatnya. Di saat-saat begini, pasti tekak anda mengidamkan cendol, bukan?

Singgah sahaja di Cendol Pulut Hj Johari. Merupakan antara restoran cendol yang cukup terkenal di Jitra, restoran ini ada menyajikan cendol dan masakan kampung.

tempat makan jitra

Imej via Foursquare

Antara cendol yang boleh anda cuba ialah cendol pulut yang merupakan cendol paling laris di sini. Untuk makanan ringan pula, cucur udang dan sate juga turut disediakan.

#3 Restoran 5 Utara

Alamat: 65, Taman Insan,, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 11 pm)

Restoran ini ada beberapa cawangan di Kedah seperti di Sungai Petani, Alor Setar dan Jitra. Jadi, jelaslah yang restoran masakan Thai ini sangat popular di Kedah.

Antara makanan Thai yang ‘laku keras’ di sini ialah Kheng Som Fish. Kheng Som Fish ini merupakan gulai ikan yang rasanya masam namun masih enak, anda wajib cuba!

makan @ 5 utara jitra

Imej via Foursquare

Selain, menu lain seperti sotong goreng tepung, kerabu mangga, tomyam dan kailan ikan masin juga turut disajikan. Pasti lebih enak jika anda nikmati kesemuanya sekali!

#4 Pak Lang Roti Canai

Alamat: Jalan Siswa 8, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis (6:30 am – 12 pm, 5 pm – 12 am)

Jika kami minta anda senaraikan menu wajib untuk sarapan, pasti roti canai akan tersenarai sekali, bukan? Di Jitra, Pak Lang Roti Canai ini ada menyediakan menu sarapan kegemaran anda!

tempat makan jitra

Imej via Foursquare

Ramai pelanggan memuji keenakkan rotinya yang bukan sahaja tebal malah lembut. Ianya cukup enak jika dicicah bersama kuah dhal yang melengkapkan rasa roti canai tersebut.

Hidangan lain seperti nasi lemak dan roti sardin juga turut disediakan. Jika dimakan bersama secawan kopi panas, pasti mampu membangkitkan ‘mood’ pagi anda.

#5 Rosli Bihun Sup

Alamat: Jln Sungai Korok – Jitra, Kampung Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (1.30 – 11 pm)

Selain laksa bihun sup Utara juga merupakan antara menu yang wajib anda ‘pekena’ jika ke Kedah. Rosli Bihun Sup merupakan antara restoran bihun sup paling popular di Jitra.

bihun sup rosli

Imej via Foursquare

Bukan sahaja di Jitra, malah di seluruh Kedah! Anda boleh cuba bihun sup daging atau perut mereka, pasti sedap tak terkira! Selain itu, ABC juga boleh didapati di sini. Manis dan menyegarkan tekak!

#6 Yasmeen Nasi Kandar

Alamat: Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 24 jam

Nama restoran nasi kandar ini pasti sudah tidak asing lagi bagi anda, bukan? Bukan sahaja di Penang, malah di Jitra juga anda boleh jumpa restoran Yasmeen Nasi Kandar ini.

yasmeen nasi kandar jitra

Imej via Foursquare

Semestinya nasi kandarnya menjadi pilihan ramai. Lauk-pauk yang disediakan juga ada berbagai. Lebih enak jika anda menikmatinya bersama sayur bendi dan kuah campur.

#7 Sabai Dee Café

Alamat: KM 19.5, Jalan Wang Tepus, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (6 – 11.30 pm)

Tidak dinafikan, makanan Thai memang kena dengan citarasa orang kita. Tidak mengira bangsa, ianya juga merupakan makanan yang wajib ada dalam senarai makanan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia.

Restoran Sabai Dee Cafe ini sangat popular dengan masakan Thai yang bukan sahaja enak malah asli. Ada berbagai jenis menu yang disediakan, dari makanan berat ke pencuci mulut semuanya ada.

tempat makan jitra

Imej via Instagram

Hidangan seperti tomyam campur, kerabu mangga, sotong goreng tepung dan siakap stim limau sentiasa menjadi pilihan. Untuk pencuci mulut pula, Red Ruby merupakan antara yang terlaris.

#8 Blackwood Coffee & Chocolate

Alamat: Plot Blackwood, Lot 21, Jalan Industri Darul Aman 1, Kawasan Perusahaan Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 am – 11.30 pm)

Kafe moden atau lebih dikenali dengan jolokan kafe ‘hipster’ merupakan kafe yang kerap dikunjungi oleh remaja. Di Jitra, kafe Blackwood Coffee & Chocolate ini merupakan salah satunya.

blackwood

Imej via Foursquare

Kafe ini menghidangkan hidangan Barat dan tempatan. Ada hidangan sarapan, pasta, pencuci mulut, burger, sandwich, dan ‘toast’. Pendek kata dari makanan berat ke snek, semuanya ada!

Kopi mereka juga ada berbagai. Antara yang anda boleh cuba ialah Cafe Latte, Capuccino, Hazelnut Latte dan banyak lagi. Bukan sahaja manis, malah pekat kopinya!

#9 Gemilang Burger

Alamat: Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (4.30 pm – 12.30 am)

Teringin untuk menikmati makanan Barat? Atau burger? Gemilang Burger wajib anda serbu untuk hidangan tersebut!

burger gemilang jitra

Imej via Foursquare

Restoran ini ada menyediakan makanan Barat dan burger. Antara makanan Barat yang wajib anda cuba ialah Nasi Goreng Chicken Chop. Hidangan ini bersaiz besar namun harganya sangat berpatutan!

Untuk burger pula, restoran ini ada menyediakan beberapa jenis burger seperti burger daging, ayam dan oblong.

#10 Roti Canai Pulau Pak Mutalib

Alamat: Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (7 – 11.30 am)

Satu lagi restoran roti canai yang boleh anda singgah di Jitra ialah Roti Canai Pulau Pak Mutalib. Walaupun ada banyak gerai roti canai di Jitra, restoran ini ada kelainannya yang tersendiri.

Roti canai di sini disediakan bersama kuah gulai kawah gearbox! Pernah cuba roti canai sebegini? Kami yakin anda pasti tertanya-tanya rasanya bagaimana, bukan?

gulai kawah gearbox

Imej via Foursquare

Ramai pelanggan memuji kuah gulai kawahnya yang sangat enak, ditambah pula dengan aromanya yang memikat. Kalau dimakan begitu sahaja pun dah lazat, inikan pula dimakan bersama roti canai itu sendiri.

#11 Restoran Wadi Sinai

Alamat: Kampung Paya Dudur, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (12.30 – 10.30 pm)

Mengidamkan makanan Arab namun tak jumpa restorannya? Jangan risau, kami tahu restoran apa yang wajib anda serbu – Restoran Wadi Sinai!

kabshah lamb

Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan makanan Arab yang berbagai jenis. Menu seperti Kabshah Lamb yang bersaiz besar dan semestinya menjanjikan kekenyangan ini wajib anda cuba.

#12 Nasi Lemak Royale

Alamat: Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (5 pm – 12 am)

Jika anda tidak pernah mencuba Nasi Lemak Royale walaupun berpeluang ke Kedah, anda memang rugi. Nama restoran ini memang sudah tidak asing lagi di kalangan orang Kedah, memang teramat popular!

nasi lemak royale jitra

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama restoran ini terletak pada lauk-pauknya. Sambal sotong dan ayam gorengnya sentiasa menjadi rebutan ramai, kadangkala pelanggan sanggup beratur panjang demi lauk-pauk ini. Memang hebat penangannya!

Kesimpulan

Banyak juga tempat makan di Jitra yang boleh anda serbu. Kami yakin anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu singgah ke tempat-tempat makan di Jitra yang kami senaraikan ini.

Usah berlengah lagi, lekas sahaja serbu jika berpeluang. Kami nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai agar tidak kesempitan ruang parkir dan ruang dalam restoran.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.