Senarai Tempat Makan Di Port Dickson

Port Dickson sememangnya terkenal dengan tempat percutian. Pantainya boleh dikatakan sering sahaja penuh dengan pengunjung daripada luar. Jadi apabila berada di sini, jangan lupa untuk mencuba beberapa tempat makan yang menarik di sini.

Disini kami senaraikan 5 tempat makan di Port Dickson yang anda boleh cuba jika berada di sini.

 

#1 Hasan Murtabak

Hasan Murtabak

Sememangnya restoran mamak tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Tidak kiralah di mana berada, ianya antara tempat makan yang universal untuk kita. Jika di Port Dickson, anda bolehlah ke restoran ini.

Restoran Hasan Murtabak ini terkenal dengan murtabaknya. Selain itu, menu yang menarik untuk dicuba sini adalah nasi goreng sardin? Kedengaran pelik bukan? Tetapi inilah yang disebut ramai. Selain itu, mee gorengnya juga mendapat pujian ramai.

 

#2 King’s Char Kuey Teow

King's Char Kuey Teow

Ingin mencari menu Pulau Pinang di sini? Lokasi tempat makan di PD yang seterusnya adalah jawapannya. Kedai makan yang dimaksudkan adalah King’s Char Kuey Teow.

Berdasarkan nama kedai, anda sudah tentu dapat menganggak menu yang boleh dipesan disini. Sudah tentu Char Kuey Teow! Kedai ini turut menyediakan masakan Western Food.  Ramai memberi review yang positif pada kedai ini. Bagi peminat char kuey teow bolehlah anda cuba makan di sini. Pasti akan berpuas hati.

Ada juga mencadangkan untuk mencuba nasi goreng kampungnya. Ikan bakarnya juga sedap dan mendapat pujian.

Menu yang dipesan juga dilihat bersesuaian dengan harga. Alamat kedai pula terletak di Lot 402, Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

#3 Restoran Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus

Restoran Mimi Ikan Bakar

Restoran Mimi Ikan Bakar

Jika sudah berada di kawasan berdekatan pantai, sudah tentu selera juga kepada makanan seafood bukan? Jika sesiapa yang mencari masakan panas atau ikan bakar, Restoran Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus ini adalah jawapannya.

Menu yang boleh dipesan di sini adalah Tom Yam dan ikan bakarnya. Selain itu, sotong goreng tepungnya wajib dipesan kerana sedikit berbeza dengan kedai masakan panas yang lain. Sotong goreng tepungya disalut dengan breadcrumb.

Restoran ini terletak di Teluk Kemang.

 

#4 Restoran Deen Kari Kepala Ikan

Restoran Deen Kari Kepala Ikan

Restoran Deen Kari Kepala Ikan

Untuk peminat masakan rempah, Restoran Deen Kari Kepala Ikan mungkin menjadi tempat kesukaan anda. Restoran ini terletak di Jalan Lama Port Dickson.

Boleh dikatakan kari kepala ikan di sini adalah antara yang tersedap dalam ‘town’. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan papadam. Betul atau tidak, anda patut cuba dulu makan di sini. Selain itu, menu roti canainya juga antara cadangan yang boleh dicuba.Roti canai restoran ini dikatakan power!

 

#5 PD “Famous” Cendol “Coconut Shake” “Power” RM2

PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM2

Untuk mereka yang mencari makanan yang sedikit ringan, ala-ala minum petang, maka kedai ini adalah tempat perhentian yang menarik untuk berhenti berehat. Sudah tentu menu yang dipesan dan dijual di sini adalah cendol atau coconut shake.

Selain ittu, kedai ini juga menjual laksa, mee bandung, nasi ayam untuk mereka yang ingin memenuhi perut selain cendol.Pendek kata tempat ini merupakan tempat yang sesuai ketika cuaca panas untuk keluarga.

 

Kesimpulan

Anda ada tempat makan yang menarik di Port Dickson yang lain? Jika anda, janganlah segan-segan untuk berkongsi. Kami sangat teruja untuk mengetahuinya.

Imej:Foursquare

 

 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment