Tempat Makan Di Cameron Highland Yang Kena Cuba

Cameron Highland adalah salah sebuah tempat peranginan yang menarik di Malaysia.Tempat ini sangat sesuai untuk percutian keluarga.

Cameron Highland juga suai untuk mereka yang datang untuk ‘honeymoon. Suasana yang sejuk dan pemandangan hijau yang memukau membuatkan anda pasti suka apabila berada di sini. Lebih-lebih lagi apabila menghirup udara segar di pagi hari yang nyaman dan berbeza dengan di bandar.Ia pasti akan membuatkan anda lupa sebentar kesibukkan di bandar.

Jadi disini kami kongsi dan senaraikan tempat makan di Cameron Highland yang boleh anda cuba apabila datang di sini. Semoga ianya membantu ketika anda bercuti di sini.

 

#1 Cameron Bharat Tea Valley

Cameron Bharat Tea Valley

Cameron Bharat Tea Valley

Jika anda mencari teh yang sedap dan menarik di Cameron Highland, Cameron Bharat Tea Valley mungkin tempatnya. Tempatnya begitu strategik. Anda boleh layan minum teh sambil melihat pemandangan yang memukau.Pemandangan lembahnya begitu mengasyikkan.

Tempat ini sangat bersesuai jika anda ingin merasai pengalaman ala-ala English breakfast gitu.Pelbagai menu sarapan yang sedikit lain dapat anda jumpa di sini. Contohnya seperti kek, dan scone yang sememangnya berbeza dengan sarapan nasi lemak di bandar.

 

#2 Al Raudhah Arabian Food

Al Raudhah Arabian Food

Jika anda mencari nasi arab di Tanah Tinggi ini, Al Raudhah Arabian Food mungkin sesuai dengan selera anda. Restoran ini terkenal dengan masakan masakan Kabsahnya. Boleh dikatakan tempat makanan untuk masakan arab yang sedap di Cameron Highland.

Alamat restoran ini adalah Lot 11A, Ground Floor (Marigold Square), Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

 

#3 Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highland

Medan Selera Tanah Rata
Imej:Foursquare

Disini terdapat pelbagai jenis masakan anda boleh cuba. Semuanya bergantung pada selera anda.

 

#4 Naimah Restoran 1 Malaysia

Tempat ini dikatakan menjadi pilihan ramai untuk sarapan.Banyak anda boleh cuba disini. Servispun dikatakan cepat.

 

Kesimpulan

Selesai sudah cadangan kami untuk tempat makan di Cameron Highland yang anda boleh cuba. Anda ada senarai lain yang menarik? Jika ada, boleh tinggalkan komen di bawah untuk kami tambah di masa hadapan. Semoga senarai ini membantu.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment