Tempat Makan Char Koey Teow Sedap di Pulau Pinang

Kalau di Pulau Pinang, selain Nasi Kandar, anda patut cuba makan Char Koey Teow. Banyak kedai di sini yang menyediakannya. Seperti Sany, Adam, Dagu dan banyak lagi. Hari ini kami ingin kongsi tempat makan Char Koey Teow yang menjadi kegemaran kami. Kedai ini sebenarnya mempunyai banyak cawangan. Sani Char Koey Teow adalah antara tempat makan Char Koay Teow yang sedap di Pulau Pinang.

 

Sani Char Koey Teow

Jalan Tokong Ular, Bayan Lepas, Penang 11900

 

Sini menu utamanya adalah Char Koey Teow dan kedai ini tidak sukar dicari. Jika anda sememangnya pergi bercuti ke Pulau Pinang, kedai ini tidak jauh daripada Pesta Pulau Pinang, iaitu kira-kira 2-3 kilometer sahaja. Untuk lebih tepat, tanya sahaja di mana tokong ular berada. Kedai itu memang sangat berdekatan.

Selain itu ada juga deretan kedai makanan lain sebelahnya. Jadi kalau nampak kedai makan sebelah kiri ketika menghala ke pesta dari Bayan Lepas, betullah di situ. Kedai makanan di sini buka bermula pada sebelah petang. Jadi janganlah datang awal tengahari ya!

 

char-koay-teow

Kedai yang belum dibuka lagi

char-koay-teow-5

Menu dan rupa kedai

char-koay-teow-2

Rupa Char Koey Teow

char-koay-teow-6

Minum dengan Teh Ais memang terbaik!

Berapa review dari kami?
  • Suasana? Tidak banyak orang dan jangan risau tentang servis. Hanya menunggu makanan sekitar 5-10 minit
  • Harga? Memang murah. Sekitar RM3-5, bergantung makanan yang diambil
  • Kesedapan? Memang sedap. 8.5/10

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

Add Comment