8 Senarai Tempat Makan Murah, Best Dan Menarik Putrajaya

Disini kami senarai restoran di Putrajaya. Sememangnya Purajaya tempat makan best dan menarik untuk dikunjungi.Dari kedai makan murah di Putrajaya sehinggalah tempat makan yang lain akan kami kongsikan dalam artikel ini.

Sekadar info, sengaja kami senaraikan 8 tempat makan di Putrajaya. InsyaAllah senarai ini akan bertambah di masa akan datang untuk memberikan panduan lengkap tentang tempat makan di Putrajaya.

 

#1 Nasi Lemak Berlauk Precint 8

Medan Selera, Presint 8
Imej:Foursquare

Tempat ni berada dalam senarai atasan kami. Apa yang ‘special’ di sini? Sudah tentu nasi lemaknya. Tempat makan disini sememangnya menjadi pilihan ramai warga Putrajaya. Kami sukakan sambalnya yang menarik. Sedap dan kami berikan 5 bintang untuk sambalnya.

Satu yang kurang menarik. Tempat makan disini perlu beratur panjang. Lebih-lebih lagi pada hari bekerja. Jika hendak beli dengan selesa, elakkan waktu-waktu puncak orang bekerja.

 

#2 Medan Selera Taman Warisan Pertanian

Untuk bersama keluarga makan bersama pada waktu petang dan malam, medan selera ini antara menjadi pilihan kami.Suasananya tidaklah terlalu meganggu jika berbanding dengan kebiasaaan suasana medan selera. Lebih bersih dan selesa.

Apa yang disyorkan untuk makan di sini adalah Unan Roti John, Coconut shake , Nasi Ayam Hainan dan Satay Samuri.

Medan Selera Taman Warisan Pertanian 1

Medan Selera Taman Warisan Pertanian 2

Medan Selera Taman Warisan Pertanian 3

Bagi kami, Coconut Shakenya adalah yang paling sedap kami pernah makan. Adakah anda setuju dengan penyataan ini? Jika belum mencuba, anda wajib mencubanya sebelum bergaduh dengan kami. Hehe.

Alamat tempat makan ini terletak di Taman Warisan Pertanian, 62150 Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia.

 

#3 Mr. Kabab & Biryani

Mr. Kabab & Biryani

Untuk mereka yang ingin merasai makanan timur tengah, restoran ini boleh anda dilawati. Antara menu yang disyorkan adalah Lamb Mendinya. Menu ini mendapat pujian ramai.

Tempat yang dimaksudkan adalah Jalan Diplomatik 3/1 (Presint Diplomatik), 62050 Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia.Tempat makan ini tidak jauh daripada pusat membeli-belah Alamanda.

 

#4 Mama Cafe

Mama Cafe

Untuk mereka yang mencari masakan Kelantan, anda boleh datang ke sini. Tempat makan ini menyediakan makanan nasi kerabu. Bolehlah hilangkan perasaan rindu masakan Kelantan. Alamat Presint 9, 62250 Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia.Dikatakan nasi kerabu dan laksam yang patut dicuba jika ke sini.

 

#5 Medan Selera Presint 9 (Food Court)

Medan Selera Presint 9 1

Medan Selera Presint 9 2

Pelbagai menu makanan anda boleh makan di sini. Tempat yang menarik untuk bersarapan pagi dan menjadi tempat pilihan warga Putrajaya. Apa yang penting semuanya bergantung pada pilihan perut anda.

Apa yang unik di sini? Tentu sahaja kami ingin bercerita tentang Kacang Pool Larkin Johor. Jangan main-main, ianya kini mempunyai cawangan. Jadi kini anda tidak perlu ke Johor lagi.

Lontong sambal sotong oleh Ahmad’s Corner juga ada di sini untuk dicuba. Medan selera ini terletak di Jalan P9e, Presint 9, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia.

 

#6 Padi House

Padi House 1

Padi House 2

Tempat makan ini juga boleh anda cuba, Padi House.Suasana yang santai dan rileks untuk keluarga.Sesuai untuk mereka yang mencari masakan western. Terletak di Galeria PjH, Persiaran Perdana, Presint 4 (G-Floor), 62100 Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia.

 

#7 Pasar Malam Putrajaya

Owh untuk mereka yang mencari makanan murah, disini adalah tempatnya. Pasar malam Putrajaya yang terletak di Persiaran Perdana (Presint 2), 62623 Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia antara wajib disinggah.

Menu yang disyorkan adalah putu mayam, yong tau fo yang memerlukan anda sedikit beratur. Uncle Bob juga turut dijual disini.

 

#8 Fuel Shack

Fuel Shack

Kepada mereka yang sukakan burger, ataupun makanan western, anda boleh terjah di sini. Restoran ini terletak di Ayer@8 (Presint 8, Putrajaya), Malaysia. Menu burger yang dicadangkan untuk dicuba disini adalah Original Shack & Mini Tower.Burgernya sungguh juicy. Kami sangat sukakannya!

Original Shack and Spaghetti Carbonara juga dipuji sebagai menu patut cuba.

 

Kesimpulan

Kami harap restoran atau kedai makan yang dikongsikan ini membantu sekurang-kurangnya memberikan gambaran kepada anda tempat makan menarik di Putrajaya.Sesungguhnya, banyak lagi tempat makan di Putrajaya anda boleh teroka dan tidak tertakhluk kepada senara di atas.

Anda ada tempat makan menarik yang lain? Jom kongsi pada kami dengan memberi komen di bawah. Bolehlah kami terjah ke restoran atau ekdai yang dimaksudkan.

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

Penaja

2 Comments

  1. Ariyozz

Add Comment