Sabah memang terkenal dengan destinasi perlancongan yang menarik, dengan pantai yang cantik memutih dan panorama indah alam sekitarnya. Sabah antara destinasi percutian terbaik di Malaysia. Sudah pasti ramai berhajat untuk bercuti ke Sabah. Setidak-tidaknya ke Kota Kinabalu. Kalau anda berrhajat untuk melawat Sabah ada banyak destinasi selera yang boleh anda lawati. Kami akan senaraikan beberapa lokasi selera yang menjadi pilihan mereka yang bercuti ke Sabah.

Kalau anda berkunjung ke Sabah anda perlu singgah ke Waterfront, Kota Kinabalu. Disini makanannya memang segar, tambah lagi anda dapat memilih sendiri ikan yang anda hajati. Ya, masakan disini lebih tertumpu kepada makanan laut. Kalau anda hendak tahu, makanan laut di Sbah sangat terkenal dengan kesegarannya.Di sini pelbagai siput bakar patut anda cuba!

Makanan di sini sangat murah dan cara masakannya agak unik berbanding di semenanjung. Anda patut merasa puas dengan hidangan disini.

Apa yang menarik dan makanan patut cuba di Sabah?

  • Ikan bakar-pelbagai pilihan dan fresh
  • Jeli Kelapa
  • Chicken Wing di Tanjung Aru

 Ikan Bakar Pasar Filipina

Untuk penggemar ikan bakar dan geram dengan harga yang mahal di KL :-), anda boleh cuba menikmati Ikan Bakar di belakang Pasar Filipina. Kalau anda berkunjung ke mari anda akan dapati terdapat pelbagai menu makanan laut yang dipanggang panas tersedia untuk dipilih. Anda hanya perlu tunjukkan sahaja apa yang anda hajati.

Anda tak perlu risau akan harga, disini harganya cukup berpatutan. Anda makanlah apa yang terbuku di hati, ikan, udang, ketam,sotong semua ada untuk dirasai. Memang ramai pelancong dan penduduk setempat yang bertandang ke mari anda jangan segan segan nak menjamu selera pula. Belasah sahaja kerana peluang sebigini sukar diperolehi.

ikan-bakar-pasar-filipna

Ikan dan makanan laut pelbagai jenis

 

Jeli Kelapa, Pasar Filipina

Kalau minuman kami syorkan minum air kelapa muda, baru kena makan makanan laut bakar. Singgah sebentar dulu di Pasar Filipina untuk mendapatkan jeli kelapa yang sangat popular. Khabarnya keenakannya jauh berbeza daripada yang terdapat di semenanjung.

jeli-kelapa-pasar filipina

Patut cuba, harganya berbaloi

Chicken Wing, Medan Selera Tanjung Aru

Jangan ketinggalan merasai ‘chicken wing’ disini ya? Ia antara menu popular yang ditawarkan. Rasanya sangat menggiurkan. Jangan terkejut jika anda termimpi mimpi dibuatnya.

Sabah sangat popular dengan ‘chicken wing’ kalau anda ke Sabah memang rata rata ada menjual ‘chicken wing’ namun saya nak tunjukkan anda yang terbaik. Anda kalau hendak ‘chicken wing’ yang paling mahsyur di Sabah anda harus pergi ke Meda Selera Tanjung Aru. Untuk makluman anda ‘chicken wing’ disini sangat murah dan anda tak perlu ragu dengan kesedapannya lagi. Penduduk setempat dan sekitar Sabah semua sedia maklum akan kehebatan ‘chicken wing’ di Tanjung Aru.

chicken-wing-tanjung-aru

Jangan termimpi sudahlah

Itu antara tempat-tempat makan menarik di Sabah yang boleh anda lawati bersama keluarga. Sabah negeri di bawah Bayu sememangnya mahsyur dengan keunikan budaya dan keramahan penduduk setempat, Anda boleh melupakan kesibukan ibu kota. Mari melancong ke Sabah bahhh!!

Ada lagi tempat makan menarik di Sabah? Komenlah sedikit 😛

Kredit gambar : Eyriqazz , Zur Heritage

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.