Tempat Makan Best di JB, Johor Bahru

Johor Bahru antara bandar yang sibuk selain Kuala Lumpur. Ya, sangat sibuk. Kami kurang gemarkannya. Tetapi sama seperti Kuala Lumpur, ianya mempunyai beberapa tempat makan best yang menarik untuk dicuba di sini. Kali ini artikel kami akan bercerita tentang tempat makan best di JB , Johor Bahru. Beberapa tempat dikenal pasti kami sebagai tempat yang wajib anda pergi.

#1 Restoran ZZ Sup Tulang

Jalan Petri 5/1 (Petri Road), Johor Bahru, Johor 80100

Kalau anda peminat sup, sudah tentu kedai ini perlu anda lawati. Kelebihan dan keunikkan kedai ini adalah pada supnya yang sedap lagi enak. Ramai yang datang ke sini biasanya aka makan mee rebus bersama sup tulangnya. Sup Gearbox juga ada di sini. Anda turut boleh mencubanya dan makan bersama mee rebus.

Jika tidak minat dengan sup, anda boleh juga makan masakan Thai seperti tom yam dan lain-lain.

#2 Warong Saga

Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor 80100

Warong Saga ini juga wajib dan menarik untuk anda makan. Apa yang sedap dan wajib cuba makan di sini adalah tauhu gorengnya. Memang ‘bestseller’ di sini.

Selain itu, dekorasi jga menarik dengan pelbagai gambar lama. Penuh satu kedai. Makanan seperi masakan panas, satay dan burger juga turut dijual pada sebelah malam.

#3 Restoran Singgah Selalu

 Jalan Kolam Air, Johor Bahru, Johor 80200

Restoran ini adalah pilhan rakan kami semasa belajar di universiti dahulu. Dia asalnya dari Kluang. Nama restoran Singgah Selalu waji disebutnya setiap semester. Katanya memang restoran yang sedap dan tempat makan best JB yang wajib dilawati.

Tempat di sini memang meriah untuk melepak bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Antara masakan yang menarik di sini adalah nasi goreng seafood Teppanyaki. Kalau peminat ais kacang, anda turut boleh mencubanya di sini. Nasi goreng belacan juga menarik di sini.

Owh sebelum terlupa, sini adalah tempat peminat bola Manchester bersatu. Jadi berhati-hati. 😛

#4 Bubur Nasi Sentosa

Jalan Sentosa (Taman Sentosa), Johor Bahru, Johor 80150

Kami memang kurang berminat dengan bubur. Tetapi untuk warung ini, ianya nyata berbeza. Barisan kerusi dan meja yang panjang di tepi jalan sudah dapat kita agak kesedapan bubur nasi di sini. Terdapat juga makanan lain yang dapat anda pesan dari warung yang bersebelahan jika kurang berminat dengan bubur nasi.

Bubur nasi ini datangnya dengan satu set. Anda akan perolehi bubur nasi, kang kung dan telur masin. Memang sedap.

Baru 4 restoran yang berjaya dicerita untuk artikel kali ini. Kita bersambung pada artikel akan datang unutk mengetahui lagi tempat-tempat makan menarik di JB. Semoga anda berpuast hati dengan artikel tempat makan best di JB untuk kali ini.

Kredit gambar dan informasi : Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

3 Comments

    • Tim Saji.My

Add Comment