7 Tempat Makan Best Di Sungai Petani

Sungai Petani adalah lokasi yang tidak kurang hebatnya bila sampai kepada topik tempat makan yang menarik. Setelah membuat tinjauan, berikut 7 tempat makan best di Sungai Petani yang boleh dicuba si kaki makan:

 

#1 Restoran Mae Salong

199-F, Kampung Bakar Bata, Sungai Petani

Restoran Mae Salong Menu
Restoran Mae Salong

Imej via Foursquare

Restoran rumah kelong ini mempunyai dekorasi yang cantik. Lamannya dihiasi pokok-pokok dan kolam ikan koi. Ia terletak tidak jauh dari Hotel Park Avenue. Restoran ini sesuai untuk anda dan keluarga anda.

Menu disini adalah berasaskan masakan Thai. Oleh itu, tom yamnya menjadi pilihan utama pelanggan di samping masakan lain termasuk kari ayam hijau, kangkung goreng, dan rojak.

Harganya juga berpatutan dengan rasa dan suasana yang amat selesa.

Dibuka setiap hari bermula 11 pagi sehingga 11 malam.

 

#2 Chennai Curry House

141-143, Jalan Lagenda, 08000 Sungai Petani

Chennai Curry House

Imej via Foursquare

Sebagaimana namanya, Chennai Curry House menyediakan menu masakan India. Oleh itu, antara menu yang boleh anda temui ialah nan, thosai, ayam tandoori, kambing varuval, biryani dan sebagainya.

Untuk merasai pengalaman berbeza, nasi dihidangkan di atas daun pisang. Rata-rata berpuas hati dengan masakan di Chennai Curry House.

Antara ruang makan dan ruang dapur dipisahkan oleh dinding kaca. Jadi, pelanggan dapat melihat keadaan dapur. Chennai Curry House dikenali bersih dan memiliki pelayan yang mesra serta suka membantu walaupun ada sebahagian pelayan mereka yang tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Dibuka dari hari Ahad sehingga Jumaat bermula jam 7:30 pagi sehingga 9:45 malam.

 

#3 Pallet Café

162, Jalan Lagenda, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani

Pallet Café

Imej via Foursquare

Pallet Café mempunyai gaya hiasan ala hipster yang memberi rasa tenang dan relaks. Bagi sesetengah orang ia menampilkan gaya artistik bercampur sentuhan moden.

Pekerjanya pula amat mesra dan sedia membantu. Lalu, ia menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan perjumpaan rakan-rakan. Masakan yang ditawarkan adalah makanan barat seperti lamb chop, grilled chicken, pasta dan pizza.

Tidak banyak pujian diberikan kepada makanan tapi tidaklah juga ada komen buruk mengenainya. Pallet Café amat sibuk pada waktu malam selain tengah hari. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

 

#4 Nasi Lemak Cinta Sayang

1, Jalan Lagenda, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani

Nasi Lemak Cinta Sayang

Imej via Foursquare

Papan tandanya besar. Jadi, mudah untuk dikesan tempatnya. Sebagaimana namanya, Nasi Lemak Cinta Sayang terkenal dengan nasi lemaknya. Ada pilihan telur rebus, telur goreng, ayam goreng, kari daging, kentang bercili dan sebagainya.

Jika nasi lemak bukan pilihan anda, anda mungkin mahu menu lain seperti mi goreng atau bihun goreng serta pilihan nasi campur. Seperti biasa, mereka menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk teh tarik kegemaran rakyat Malaysia.

Para pelanggan bersetuju yang restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ini bagus dari segi penjagaan kebersihan dan layanan yang baik.

 

#5 Medan Selera Jam Besar

Jalan Kilang Papan, 08000 Sungai Petani

Medan Selera Jam Besar

Imej via Foursquare

Perkara paling menarik apabila makan di medan selera adalah pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Maka, Medan Selera Jam Besar tidak terkecuali.

Anda boleh makan yong tau fu, sate, pelbagai jenis roti termasuk roti arab, dan bubur kacang. Khabarnya ada yang sudah beroperasi lebih 15 tahun di situ dan masih mengekalkan kualiti rasa makanan mereka. Oleh kerana adanya pelbagai pilihan dengan ruang makan terbuka, maka pelanggan mereka juga ramai.

Walaupun begitu, meletakkan kenderaan bukanlah masalah besar kerana mereka ada menyediakan ruang yang cukup luas untuk pelanggan. Medan selera ini dibuka setiap hari bermula jam 6 petang sehingga 12 tengah malam.

 

#6 Hussain Nasi Kandar

18-20 Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani

Hussain Nasi Kandar

Imej via Foursquare

Hussain Nasi Kandar adalah antara restoran nasi kandar yang terkenal di Kedah. Sebagaimana restoran nasi kandar yang lain, pelbagai jenis kari disediakan serta menu lain termasuk sambal telur sotong, nasi biryani, ikan keli sambal, puyuh goreng, daging kambing masak kurma, dan pelbagai jenis roti.

Hussain Nasi Kandar terletak di Taman Pekan Baru di belakang Bank Hong Leong. Tiada banyak beza Hussain Nasi Kandar dengan restoran mamak yang biasa kita temui. Walaupun begitu, ia menjadi tarikan kepada pelancong dari luar negara.

 

#7 Restoran LeBoss

201 & 202, Jalan Legenda Height, 08000 Sungai Petani

Restoran LeBoss Sungai Petani
Restoran LeBoss

Imej via Foursquare

Bukan sahaja menu masakan Malaysia disediakan di sini, malah ada juga menu masakan barat. Suasana restoran amat selesa. Makanan agak mahal tapi kuantiti makanan amat banyak. Jika anda bukan jenis makan dalam kuantiti yang besar atau tidak betul-betul lapar, anda mungkin tidak dapat menghabiskannya.

Restoran LeBoss dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 11 malam. Ia dibuka lewat sedikit pada hari Jumaat iaitu pada pukul 3 petang.

Pendapat Anda?

2 Comments

  1. Abmalik

Add Comment