7 Tempat Makan BEST Di Seremban

Seremban tidak kurang hebatnya dengan tempat makan menarik. Mereka juga memiliki tempat makan best di Seremban pelbagai yang patut anda cuba. Berikut 7 yang terpilih:

 

#1 Restoran Kemangi

Jalan Kuala Pilah, Persimpangan Taman Pinggiran Golf, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Restoran Kemangi Seremban
Imej via Foursquare

Restoran Kemangi pernah tersenarai dalam senarai tempat makan yang harus dilawati oleh Negeri Sembilan Tourism Board. Mereka menyediakan menu tempatan dan barat. Bagi sesetengah pelanggan, makanan yang mereka sediakan bukanlah yang paling sedap tapi rata-rata mengakui layanan pemilik dan pekerja mereka adalah 5 bintang.

Tempat yang selesa dan layanan yang baik sering memikat hati pelanggan untuk berkunjung ke sini.

Waktu operasi setiap hari bermula 4 petang sehingga 1 pagi.

 

#2 Johnny’s Restaurant

Jalan Sungai Ujong, Lot G38 &39, Palm Mall Seremban, 70200 Seremban, Malaysia

Johnny’s Restaurant Seremban
Imej via Foursquare

Mahu makan steam boat? Johnny’s Restaurant yang terletak di dalam bangunan Jaya Jusco merupakan salah satu restoran terkenal di Seremban. Selain steam boat, turut disediakan menu tempatan yang lain seperti nasi goreng dan tom yam.

Pekerja mereka pula terkenal mesra pelanggan. tempat ini amat sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Harganya berpatutan sesuai dengan mutu makanan mereka.

Jika anda datang semasa hari minggu, pastikan anda sudah pun membuat tempahan meja sebelum datang. Ini kerana Johnny’s Restaurant sering menerima jumlah pelanggan yang ramai.

 

#3 Restoran Selera Nogori

602 & 603 Jalan Haruan 4/8 Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Restoran Selera Nogori Seremban 2


Imej via Foursquare

Waktu operasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Ditutup pada hari Ahad.

Jika ke Negeri Sembilan, tidak lengkap rasanya jika tidak mencuba masakan mereka. Restoran Selera Nogori menyediakan masakan Melayu/ Negeri Sembilan dalam bentuk layan diri. Terdapat kira-kira 30 jenis masakan yang sedap untuk pilihan pelanggan.

Tempatnya bersih dan layanan juga baik. Pelayan sentiasa berbesar hati untuk membantu anda. Tempat duduk yang disediakan juga banyak. Restoran Selera Nogori terletak di Pusat Perniagaan Oakland, Seremban iaitu di belakang Pasaraya Rapid.

Waktu tengah hari ialah waktu puncak mereka. Oleh itu, anda mungkin terpaksa berkongsi meja dengan pelanggan lain. Namun, ini tidak menjadi masalah kepada para pelanggan yang datang.

 

#4 Haji Shariff Cendol Seremban 2

44 Jalan Yam Tuan, Seremban

Asalnya, Haji Shariff Cendol dijual secara jaja di kawasan Seremban Lake Garden pada tahun 1950an. Ia berkembang maju sehingga berjaya mendapatkan premis perniagaan sendiri. Haji Shariff Cendol menyediakan pelbagai jenis cendol dengan pelbagai pilihan perisa seperti kacang merah, pulut, dan jagung.

Selain cendol, mereka juga menyediakan rojak yang tidak kurang hebatnya. Semangkuk cendol tidaklah banyak isinya. Jadi, ia cukup dan tidak terbuang. Harganya pula sekitar RM2 sahaja.

Dibuka dari hari Ahad sehingga Jumaat pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

 

#5 Ijan Burger Station

408, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban.

Ijan Burger Station
Imej via Foursquare

Bermula dengan meniaga di gerai kecil, mereka berkembang menjadi restoran. Oleh itu, Ijan’s Burger sebenarnya sudah lama dikenali penduduk sekitar sejak lebih 10 tahun yang lalu. Daging burgernya pula istimewa kerana dibuat sendiri atau homemade.

Lebih menarik, pilihan daging pula bukan sekadar ayam dan daging lembu sepertimana kebiasaannya. Mereka juga menyediakan burger daging kambing, arnab, rusa, ikan, dan burung unta! Pening juga hendak memilih.

Apa lagi dengan kira-kira 50 jenis burger untuk dipilih. Ia adalah pilihan ramai yang sentiasa memuji kehebatan burger Ijan’s Burger dan tidak pernah jemu untuk datang sekali lagi.

 

#6 Chimpu Chapati North Indian Cuisine

1694 Jalan S/J 10/11, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban

Ramai yang berasa kecewa apabila mereka berpindah dari Seremban 2 ke Taman Seremban Jaya. Namun ini tidak mematahkan semangat peminat mereka untuk mencari lokasi baru mereka. Mereka menyediakan masakan India Utara seperti biryani, naan, capati, dan paratha.

Walaupun menu mereka tidak banyak, tapi pujian diberikan kepada menu yang ada. Ruang makan juga selesa, ditambah dengan layanan pekerja yang mesra. Rata-rata merasakan ia adalah restoran yang harus dilawati jika anda berkunjung ke Seremban.

 

#7 Ayam Golek Berempah (Hanif Kitchen)

397, Jalan Semarak 6, 70400 Seremban

Ayam Golek Berempah (Hanif Kitchen)
Imej via Facebook

Hanif Kitchen bukan sahaja terkenal dengan ayam goreng berempahnya, malah anda boleh menemui ikan patin masak tempoyak yang terkenal di negeri Pahang. Layanan yang diberikan oleh pekerja amat memuaskan. Kerana kelazatan menu mereka, pelanggan yang ramai adalah pemandangan biasa di sini.

Walaupun begitu, ini juga bermaksud yang anda perlu menunggu lebih masa sebelum menerima tempahan anda. Tidak banyak yang dikatakan tentang keadaan dekorasi restoran memandangkan ia bukanlah keutamaan rata-rata pelanggan yang datang.

Harga juga berpatutan. Waktu operasi adalah setiap hari Jumaat sehingga Rabu pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 malam.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment