Lama Tunggu Burger Bakar Abang Burn ?

Dalam pelbagai  burger bakar, burger bakar Abang Burn antara yang kami suka. Cawangannya banyak dan bertambah hari demi hari. Murah rezeki sungguh Abang Burn ini.

Kenapa namanya Abang Burn? Itu kami tidak tahu. Penat juga memikirkan rahsia ini dan tercari juga di blog lain tentang rahsia ini. Tetapi sehingga hari ini tiada maklumat yang diketahui. Adakah wujudnya pakcik yang bernama Abang Burn atau sebenarnya namanya Bakar masih lagi misteri.

Adakah Si Bakar ini cuba mencari nama terkenal, lalu dipilih Burn sebagai gantinya. Oh mungkin?  Jadi jika anda tahu mengenainya beritahulah kami ye di bawah. šŸ™‚

Ops, jangan lari topik untuk post hari ini. Adakah lama menunggu burger bakar Abang Burn? Berapa lamakah proses yang diambil? Video ini diambil di Ampang.

 

 

Tapi berdasarkan pemerhatian kami, ianya mengambil masa sekitar 15 minit untuk menunggu apabila burger bakar dipesan di Ramal Junction, Kajang. Ramai orang sebenarnya di tempat makan ini ,  kira tunggu 15-20 minit sebenarnya masih lagi sesuai. Jadi perkara biasa dan boleh dianggap servis yang laju berdasarkan bilangan pelanggan yang dilayan.

Kami doakan rezeki Abang Burn bertambah lagi. Hidup Abang Burn!

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

Add Comment