Sarapan pagi di Warung Su dan Warung Cik Siti

Penulisan dan tips ini datangnya daripada CutiKelantan. Sesiapa yang melawat ke Kelantan, bolehlah bersarapan di Warung Nasi Kerabu Su ataupun Warung Cik Siti. Kedua-duanya sangat terkenal dengan nasi kerabunya untuk waktu pagi.

Nasi Kerabu Ketereh, memang menjadi pilihan penduduk di sekitar Ketereh Kelantan. Malah ada juga dari Machang dan Kota Bharu sanggup menikmati nasi kerabu yang mashur di Kelantan ini. Nasi kerabu ketereh memang sudah lama wujud dan menjadi hidangan wajib bagi mereka yang tinggal berdekatan. He, kalau ke Kalntan, apstikan anda mencubanya! Serius! 🙂

Terdapat dua warung yang popular iaitu Nasi Kerabu Su dan Cik Siti. Kedua-dua warung ini dibuka seawal jam 6:30 pagi hingga 12 tengahari.

Warung Nasi Kerabu Su

Warung-Nasi-Kerabu-Su

Membakar dengan semnagat. Hehe

 

Warung-Nasi-Kerabu-Su-2

Tempat duduk yang penuh

 

Warung-Nasi-Kerabu-Su-3

Panjangnya..

Warung Nasi Kerabu Su ini terletak di Ketereh iaitu di tepi jalan besar antara Machang dan Kota Bharu. Setiap pagi warung ini akan dipenuhi oleh penduduk setempat mahupun mereka yang singgah untuk membeli nasi kerabu untuk di bawa ke pejabat.

Kepulan asap pada pagi hari boleh dilihat dengan jelas dari warung ini kerana mereka membakar ayam dalam kuantiti yang banyak menggunakan arang kayu.Ayam dan daging dibakar secara tradisional di atas arang kayu

Pada jam 10 pagi diwaktu cuti sekolah, orang telah ramai singgah menikmati kelazatan nasi kerabu Su. Pelanggan memang panjang beratur menunggu giliran.

Rasa sambal nasi kerabu dan kehangatan daging/ayam yang dibakar beserta rempahnya sangat mencabar selera sesiapa sahaja yang makan di sini.

Harga sepinggang nasi kerabu daging/ayam bakar ialah RM3-RM4 sepinggan. Lokasi kedai di tepi jalan besar sahaja

 

Warung Nabi Kerabu Cik Siti

Warung-Nabi-Kerabu-Cik-Siti

Terletak di jaan besar

 

Warung-Nabi-Kerabu-Cik-Siti-2

Rempah kerabu yang lain rasanya

 

Warung-Nabi-Kerabu-Cik-Siti-3

Nampak cantik sahaja asap tu

Terdapat satu lagi warung nasi kerabu yang tidak kurang hebatnya selain dari warung Su ini iaitu Warung Cik Siti yang terletak sangat dekat sahaja dengan Warung Su. Hanya perlu berjalan kaki sahaja iaitu Warung Cik Siti

Cumanya, harga nasi kerabu di warung Cik Siti mahal sedikit dari Warung Su.

Warung Su selalu ramai orang disebabkan rasa rempah nasi kerabu dan ayam/daging yang lebih lazat dan harga berpatutan. Tetapi, jika terlalu ramai orang anda bolehlah ke warung Cik Siti. Rasanya lebih kurang sama sahaja.

Hidangan nasi kerabu daging bakar antara yang paling sedap. Anda pasti terliur Kepulan asap ayam dan daging yang di bakar di Warung Cik Siti. Boleh menikmati daging yang baru masak

Kedua-dua warung ini memang sangat tersohor di Ketereh. Sekali rasa, pasti ingat sampai bila-bila.

Menu popular : Nasi kerabu daging/ayam bakar

Tip:

  • Jika anda dari Kuala Lumpur, dan sampai di Kelantan pada waktu pagi, sangat disyorkan singgah dahulu untuk bersarapan di kedai ini sebelum menyambung perjalanan ke KB. Begitu juga jika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, anda boleh singgah menikmati nasi kerabu disini.

  • Singgah sarapan pagi jika hendak pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan Kota Bharu – Machang.

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

Add Comment